CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 5

[Tempatan] Update : Perisai' Lusuh Bakal Berganti

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 16-1-2019 09:40 AM

PEMBELIAN baju kalis api untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menggantikan pakaian berkenaan yang usang dan rosak akan disegerakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, pada masa ini, JBPM dalam proses pembelian seperti diluluskan Kementerian Kewangan.

“Setelah perolehan (pembelian) selesai, pengagihan (baju kalis api) ke negeri-negeri akan dibuat segera,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Menjawab soalan wartawan mengenai perkongsian antara tiga hingga empat anggota bomba bagi sepasang baju kalis api, Zuraida berkata, kementerian akan membuat semakan terperinci supaya penggunaannya mematuhi Peraturan Keselamatan dan Pekerjaan.

Harian Metro hari ini melaporkan, sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak atau berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Lebih memburukkan keadaan, pembelian 6,000 baju kalis api bernilai RM13.5 juta pada 2016 lalu dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kontraktor dilantik JBPM membekalkan pakaian yang dihasilkan daripada plastik yang merisikokan nyawa penggunanya walaupun ia bernilai RM2,400 hingga RM2,500 sepasang.

Dalam perkembangan sama, Zuraida berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan pakar supaya setiap anggota disediakan dua pasang baju kalis api.

“Cadangan ini baik, walau bagaimanapun kementerian perlu melihat dan mengkaji kekerapan penggunaan berdasarkan statistik operasi.

“Pada masa sama, kementerian juga perlu akur kemampuan kerajaan dalam menyediakan peruntukan bagi perolehan terbabit,” katanya.

Katanya, isu berkaitan monopoli pihak tertentu di kementerian sehingga tiada perolehan baru bagi baju kalis api tidak timbul kerana semua perolehan dilakukan secara tender terbuka.

“Pembatalan tender bagi tahun 2017 dan 2018 adalah disebabkan penender tidak mematuhi spesifikasi teknikal ditetapkan JBPM,” katanya.


Terdahulu :

Kuala Lumpur: Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara boleh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak ataupun berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Difahamkan, sejak 2017, pembelian baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhenti berikutan urusan pembeliannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penggunaan baju kalis api yang tamat tempoh bukan saja amalan tidak profesional tapi turut mengundang maut berikutan baju berkenaan gagal berfungsi sepenuhnya untuk menghalang sambaran atau bahang api ketika anggota bomba bertugas.

Difahamkan, baju kalis api yang digunakan seluruh pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima hingga 10 tahun.

Selain menggunakan baju kalis api yang ‘nazak’, antara 30 peratus hingga 40 peratus anggota bomba di seluruh negara dilapor berkongsi baju kalis api itu dengan rakan mereka.

Terpalit masalah sama, rekrut bomba yang baru keluar dari pusat latihan.

Antara Balai Bomba yang kekurangan baju kalis api dan terpaksa berkongsi sesama mereka dilaporkan berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Chow Kit, Kuala Lumpur; Ipoh dan Tapah, Perak; Shah Alam, Selangor; Alor Setar, Kedah; Seremban 2, Negeri Sembilan serta Johor Bahru, Johor.

Sumber memberitahu Harian Metro, disebabkan siasatan yang dilakukan SPRM, tiada pembelian atau perolehan baju kalis api baharu boleh dibuat sejak 2017 sehingga kini.

Menurutnya, pada 2017, SPRM merampas 6,000 baju kalis api di stor bomba di Balai Bomba Salak Tinggi bernilai hampir RM13.5 juta bagi tender dikeluarkan pada 2016.

“JBPM ataupun kerajaan dilapor membayar 98 peratus kepada pembekal iaitu RM13.2 juta sebelum baju itu dirampas,” katanya.

Sumber itu berkata, rampasan dilakukan SPRM selepas agensi antirasuah itu menerima aduan mengenai masalah pada baju kalis api dibekalkan syarikat pembekal.

Menurutnya, pemeriksaan makmal juga mengesahkan pakaian dibekalkan itu menggunakan bahan asas daripada plastik (polyster) yang mudah terbakar.

“Sejak kes disiasat SPRM, 3,800 baju kalis api dibatalkan pembeliannya pada 2017. Bagi 2018 pula, 6,000 baju kalis api yang setiap pasang berharga antara RM2,400 hingga RM2,500 turut dibatalkan pembelian.

“Pembatalan pembelian baju kalis api juga disebabkan kawalan pihak tertentu yang kini bertugas di JBPM dan kementerian kerana mahu menentukan syarikat mana akan dianugerahkan tender berkenaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, sumber itu menjelaskan disebabkan kegagalan pembelian baju kalis api baharu anggota di kebanyakan balai bomba berkongsi baju itu sesama mereka.

“Boleh dikatakan satu pasang baju kalis api dikongsi antara tiga hingga empat anggota. Situasi itu berlaku hampir di semua balai di seluruh negara.

“Ia jauh berbeza berbanding jumlah ideal (sesuai) setiap anggota bomba perlu dibekalkan dua pasang baju seorang,” katanya.

Sumber itu berkata, amalan berkongsi baju kalis api juga menyebabkan anggota bomba terdedah kepada masalah kesihatan kerana kesan berpeluh pada baju merisikokan mereka kepada penularan penyakit kulit.

“Selain itu, baju bersaiz lebih besar berbanding badan si pemakai juga mendedahkan risiko berlakunya kemalangan. Anggota bomba boleh tersangkut ketika memadam api.

“Untuk makluman, jangka hayat baju kalis api adalah antara tiga hingga lima tahun, bergantung kepada penjagaan dan tahap pendedahan lapisan luar kepada api.

“Ia boleh juga menjangkau sehingga 10 tahun jika tidak digunakan langsung. Namun, penggunaan kerap akan mengurangkan jangka hayat baju kalis api itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhamad Hamdan Wahid ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan berkata, pihaknya dalam proses perolehan bagi mendapatkan bekalan baju kalis api itu.

Katanya, perkara dibangkitkan adalah isu dalaman dan sepatutnya tidak perlu dimaklumkan kepada media.

“Beri tahu kepada saya saja tak perlu bangkitkan kepada pihak media. Baju kalis api dalam proses perolehan (pembelian) namun saya tidak boleh beri jaminan bila (pembelian boleh dibuat),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 10:00 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
KEADAAN baju kalis api anggota bomba yang usang dan koyak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:51 PM | Show all posts
sekolah PERSENDIRIAN sepet lagi penting...wakakakkakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 15-1-2019 11:56 AM
KEADAAN baju kalis api anggota bomba yang usang dan koyak.

Aduh cmn niii.. aku jd bomba pun tak nak masuk pdm api.. dah bagi baju pprt
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:02 PM | Show all posts
ujung-ujung ph jugak yang disalahkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
PEMBELIAN baju kalis api untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menggantikan pakaian berkenaan yang usang dan rosak akan disegerakan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, pada masa ini, JBPM dalam proses pembelian seperti diluluskan Kementerian Kewangan.

“Setelah perolehan (pembelian) selesai, pengagihan (baju kalis api) ke negeri-negeri akan dibuat segera,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Menjawab soalan wartawan mengenai perkongsian antara tiga hingga empat anggota bomba bagi sepasang baju kalis api, Zuraida berkata, kementerian akan membuat semakan terperinci supaya penggunaannya mematuhi Peraturan Keselamatan dan Pekerjaan.

Harian Metro hari ini melaporkan, sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yang kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yang koyak atau berkongsi baju sama dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Lebih memburukkan keadaan, pembelian 6,000 baju kalis api bernilai RM13.5 juta pada 2016 lalu dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kontraktor dilantik JBPM membekalkan pakaian yang dihasilkan daripada plastik yang merisikokan nyawa penggunanya walaupun ia bernilai RM2,400 hingga RM2,500 sepasang.

Dalam perkembangan sama, Zuraida berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan pakar supaya setiap anggota disediakan dua pasang baju kalis api.

“Cadangan ini baik, walau bagaimanapun kementerian perlu melihat dan mengkaji kekerapan penggunaan berdasarkan statistik operasi.

“Pada masa sama, kementerian juga perlu akur kemampuan kerajaan dalam menyediakan peruntukan bagi perolehan terbabit,” katanya.

Katanya, isu berkaitan monopoli pihak tertentu di kementerian sehingga tiada perolehan baru bagi baju kalis api tidak timbul kerana semua perolehan dilakukan secara tender terbuka.

“Pembatalan tender bagi tahun 2017 dan 2018 adalah disebabkan penender tidak mematuhi spesifikasi teknikal ditetapkan JBPM,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.166745 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list