CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2353|Reply: 12

Hentikanlah 'Membawang', Lagi Elok Kalau Kita Lebihkan Makan Bawang Pula

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Kebiasaannya  bawang dijadikan salah satu bahan  pelengkap masakan untuk menambah rasa dalam masakan. Tahukah anda bawang juga sebenarnya bagus dimakan mentah?

Bawang merah mentah sebenarnya mempunyai bahan anti kanser.



Foto: Google


Menurut Dr Suri Roowi  yang merupakan saintis MARDI dibawah dinyatakan jenis bawang dan cara terbaik bawang digunakan untuk hidangan kita.


Jadi, kita boleh pilih jenis bawang yang betul untuk dimakan mentah. Contohnya dimasukkan ke dalam salad atau sandwich.



Kredit foto: Mingguan wanita



Berikut 7 khasiat Bawang Mentah yang kita perlu tahu :
1.Bawang merah mengadungi khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.
2.Bawang merah juga bersifat antiplatelet iaitu bahan untuk mencegah pengumpulan darah dan antikanser khususnya usus,perut dan kerongkong.
3.Memakan bawang merah mentah juga bagus bagi  menghindari kita dari terkena sakit jantung dan stoke.
4. Sekiranya bawang merah dimasak, bahan antiplatelet ini akan mudah hilang. Malah dikatakan selepasa 10 minit dimasak, bawang sebaliknya akan merangsang aktiviti platelet menjadikan darah mudah bergumpal.
5. Pengumpalan darah boleh dicegah dengan hanya memakan bawang merah secara mentah.
6. Bawang merah juga tinggi  antioksidan dan vitamin C.
7.Bawang kuning pula mempunyai tinggi mineral ( fosforus, potassium,magnesium dan zat besi ).



Foto: Google



Satu petua yang dikongsikan untuk mengelakkan mata pedih semasa memotong bawang ialah menyimpannya dalam freezer selama 5 minit . Cara ini juga dikatakan meninggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan quercetin akan terhasil lebih banyak.

Sehubungan itu, marilah kita amalkan pemakanan bawang mengikut cara yang disyorkan  demi menjaga kesihatan tubuh kita. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls klu masak mmg suka taruh bawang merah byk2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:47 PM | Show all posts
meols setiap kali gi beli brg wajib borong bawang walaupun kt rmh banyak lagik
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:50 PM | Show all posts
Tapi kalau dah makan terlalu banyak boleh buat badan berbau bawang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:57 PM | Show all posts
allysumc replied at 15-1-2019 01:35 PM
Iolls klu masak mmg suka taruh bawang merah byk2

adik i pun mcm tu. dia kata msln akan jd lbh sedap. mmg pun. utk sesetengah mskn jd sesuai bila lbh bawang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 05:02 PM | Show all posts
orang kata..makan bawang akan memekatkan..... betul ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 08:16 PM | Show all posts
Kucing tak boleh makan bawang kerana pengambilan bawang yg byk boleh menyebabkan anemia pada kucing dan seterusnya membawa kematian pada kucing. Kalau nk bagi kucing makan makanan lebihan kita asingkan dulu bawangnya(kalau makanan tu ada bawang ler) . Info tambahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pinklepie replied at 17-1-2019 08:16 PM
Kucing tak boleh makan bawang kerana pengambilan bawang yg byk boleh menyebabkan anemia pada kucing  ...

Info tambahan yang bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
monolog replied at 17-1-2019 02:18 PM
Info tambahan yang bagus

TQ
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
lelaki klu mkn  bawang mentah...biasa klu mkn sate/laksa....sperm mesti bebau lain mcm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 01:36 PM | Show all posts
tapi mkn bwg banyak ni deodorant pon kena byk ya. mandi kena rajin. nnt bau office hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 04:31 PM | Show all posts
ingat lagi masa student dulu selalu tumis bawang, bawang putih  dengan cili kering satu pinggan penuh jadi sayur... makan ramai2 dgan kawan satu rumah dengan telur goreng ngan kicap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2019 11:22 AM | Show all posts
bazarayamy replied at 11-4-2019 04:31 PM
ingat lagi masa student dulu selalu tumis bawang, bawang putih  dengan cili kering satu pinggan penu ...

sama lah kita...mkn dengan nasi panas-panas..sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.069559 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list