CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10028|Reply: 139

[Tempatan] Update : Wang 550,000 Yen Perlu Diserahkan Kepada Baitulmal

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 15-1-2019 08:03 PM

Perlu serah kepada Baitulmal- Mufti
Siti Nor Hidayatidayu Razali

WAN MOHAMAD menunjukkan sebahagian wang tunai yang sudah ditukar dari mata wang Yen kepada RM. FOTO Zaman Huri Isa
WANG yang ditemui tanpa pemilik dan tidak dituntut oleh sesiapa perlu diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Katanya, jika di Kelantan wang berkenaan perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.

“Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal.

“Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.

“Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan seorang penjual yang menemui wang tunai 550,000 yen atau lebih RM20,000 ketika membuka guni bundle yang dibelinya.

Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, menemui wang itu yang diletakkan dalam beg duit yang diselitkan di kot.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, wang yang ditemui tidak boleh digunakan untuk peribadi termasuk perniagaan.




Terdahulu :

TUMPAT: Seorang peniaga menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam pakaian terpakai ketika membuka guni ‘bundle’ di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.

Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.

“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai ‘bundle’ dalam masa terdekat dan menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook jam 9.20 malam kelmarin,” katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki untuknya selepas membeli lebih 10 guni ‘bundle’ sejak sebulan lalu.

Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu dan hanya satu beg duit bersama satu kot.

“Sejak memuat naik di Facebook pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.

“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wan Mohamad Adam menunjukkan sebahagian wang tunai yang sudah ditukar kepada Ringgit Malaysia. - NSTP/Zaman Huri Isa


Kayo pakcik kayo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:09 PM | Show all posts
sikit je rm20,000 tu... kejap je habis sekarang ini...
semoga heshe pandai invest for the future....

kalau tukar duit sini dalam 4,000... perbelanjaan akak sebulan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:15 PM | Show all posts
Rezeki ke? Kalau berita ni tersebar di Jepun, pastinya ada orang yang akan tuntut semula wang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:20 PM | Show all posts
bodohnya dah jumpa pastu dengan bangga bercerita..
siap cakap guna duit tu bla bla bla..
but well.. k to the e to the l
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:36 PM | Show all posts
dah jumpa tu diam diam sajok bang

ada perkara boleh batak viral ada perkara kena diam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada jepun mai tuntut siap rekod police report dgn serial number duit....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:44 PM | Show all posts
ko dah citer...
trus ada org claim....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye bodo piang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:46 PM | Show all posts
Siap tukar pulak duit tu. Diam2 sudah lah pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam2 sudeh laa abe..tak pasal2 putih mata 1 dunia dah tau..iols pernah la jugak beli beg bundle dr Jepun..Tapi bukan jumpa duit..jumpa kondom..kondom x pakai lagi laa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dapat duit mau cerita 1 dunia diam2 sudah le pergi masuk ASB setahun beranak Wang itu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 01:57 PM | Show all posts
tk bagitahu satu dunia nanti mcm mana nak viral perniagaan bundle heshe itu... entah2 tkde pun duit yen tu... saja jah nak viral bagi bundle beliau laku.. sbb bundle pun byk dh bungkus sekarang ini... heshe ni pun bakalan juga kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa tu diam2 jela.

Kitorg aritu jumpa duit beratus ribu baht dlm envelope kat tokyo airport, pi report bagi kat officer sana. Kalau takde org tuntut taktau la masuk poket sape.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:06 PM | Show all posts
Siap ada bukti bergambar
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
euww? takda integriti. yucks. patutnya usaha lah dulu cari pemilik duit tu. zmn skrg dunia tanpa sempadan kot. ini ko sebat plak. entah2 org kehilangan duit tu mmg dalam kesusahan ke ape. ee puhlis la, siap bagitau nak jadikan modal.krik krik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 02:14 PM | Show all posts
kenapa perlu war2kan baik dia syp2 je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 15-1-2019 01:46 PM
Siap tukar pulak duit tu. Diam2 sudah lah pakcik.

Senyum penuh bangga
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:19 PM | Show all posts
estrelle replied at 15-1-2019 01:48 PM
Diam2 sudeh laa abe..tak pasal2 putih mata 1 dunia dah tau..iols pernah la jugak beli beg bundle dr  ...

Hahaha... Rezeki juga tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:19 PM | Show all posts
tau la rezeki bang...tp baik ko senyap2 je..kang dr rezeki terus jadi bala...diam2 dah la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.368475 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list