CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1522|Reply: 9

Bunuh Bekas Isteri, Anak Tiri Kerana Tak Puas Hati Dicerai

[Copy link]
Post time 15-1-2019 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki bertindak kejam membunuh bekas isteri dan dua anak tiri hingga maut kerana berang diceraikan wanita itu.


Memetik Tribun News, kejadian berlaku di rumah mereka di Talang Ulu, Rejanglebong, Bengkulu, Indonesia pada Sabtu lalu.


Mayat mangsa dikenali sebagai Hasnatul Laili, 35, dan dua anaknya, Melan Miranda, 16, dan Cika Ramadani, 10, ditemui berlumuran darah di dalam rumah oleh jiran mereka sekitar jam 5.15 petang.




Kredit foto: Tribun News




Menurut salah seorang jiran, Endang, 34, dia berasa curiga selepas panggilan telefonnya tidak diangkat. Malah, dia berasa pelik apabila rumahnya seperti tidak berpenghuni dari pagi sampai petang, tidak seperti kebiasaannya.


Mereka juga mendapati kesemua pintu rumah berkunci, namun keadaan pintu belakang yang dikunci dari luar menimbulkan kecurigaan.


Sebaik pintu dibuka, mereka menemui mayat mangsa dan anak-anaknya dalam keadaan berlumuran darah dan penuh kesan lebam sebelum melaporkannya kepada polis.


Sementara itu, Detik.com melaporkan kesemua mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum leher mereka dijerut.


Susulan laporan, polis menahan bekas suami ketiga Hasnatul dikenali sebagai Ari, 35, di sebuah hotel di Kota Manna, Bengkulu Selatan, awal pagi semalam.


Ari dipercayai orang terakhir dilihat bersama mangsa.

"Ketika disoal siasat, suspek mengaku membunuh mangsa kerana berang akibat diceraikan isterinya kira-kira sebulan lalu,” kata jurucakap polis.


Difahamkan, Ari datang ke rumah wanita itu pada Jumaat lalu dan dipercayai berlaku pertengkaran antara mereka.


Selain barangan kemas, wang tunai dan telefon bimbit, suspek turut melarikan kereta jenis Suzuki milik mangsa.


Suspek ditahan bagi membantu siasatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 01:18 PM | Show all posts
ikutkan memang ex berpotensi utk bertindak diluar batasan..jika dilihat rekod lama posibility tu ada.

jangan acah2 berani dan play victim walo kau mmng teraniaya..in my case..i let him take any part yg dia nak..the easier parts is him..i take the harder and keep my mouth shut.

at the end..i seat with him and talk..like a friend and advice him like a BOSS slowly dia tau apa part dia yg kena tanggung. paperless.




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape la salah anak2 tu. Dunia makin kejam
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 02:56 PM | Show all posts
Menurut salah seorang jiran, Endang, 34, dia berasa curiga selepas panggilan telefonnya tidak diangkat. Malah, dia berasa pelik apabila rumahnya seperti tidak berpenghuni dari pagi sampai petang, tidak seperti kebiasaannya.


Mereka juga mendapati kesemua pintu rumah berkunci, namun keadaan pintu belakang yang dikunci dari luar menimbulkan kecurigaan.


mujurlah ada org alert dgn pkra yg berbeza dari kebiasaan. kalau tak.. mereput dh bau busuk baru org perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 06:58 PM | Show all posts
dah kawen 3 rupanya...jantan tak guna ni mgkn malas berkerja, harapkan duit bini, tak sanggup hadapi dunia tanpa hidup atas kemewahan isteri. parasit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu diikotkan.. mangsa ini org berada juga kan.. cantik.. ptt la ex nya mroyan.. laki yg ke 3.. ntah2 pemalas.. dasar nk mkn hasil duit kerja bini kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 12:07 PM | Show all posts
wah bekas suami ketiga... suspek pulak tu yang diceraikan...  

tenanglah di sana kamu 3 beranak, semoga ada keadilan untuk kamu semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat mangsa dan keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang lepas ni mkn free duduk dalam sana tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 05:20 PM | Show all posts
arm_band replied at 16-1-2019 12:07 PM
wah bekas suami ketiga... suspek pulak tu yang diceraikan...  

tenanglah di sana kamu 3 beranak,  ...

perempuann ni mesti kaya mcm tok vida...tu yang jantan tu meroyan bila kena cerai...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.220699 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list