CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1384|Reply: 7

Perbalahan Sesama Liberal Semakin Meruncing

[Copy link]
Post time 15-1-2019 01:35 PM | Show all posts |Read mode




setelah membuatkan kenyataan akhbar bahawa bfm hanya sekadar memecat pelaku jenayah seksual daripada stesen radio tersebut, terdapat banyak pihak yang menyuarakan bantahan terhadap tindakan ‘ringan’ dan ‘berlepas tangan’ bfm89.9.

bfm dipersoal kerana tidak membawa kes rogol dan jenayah laku seksual tersebut kepada polis, di samping menyorok perbuatan tersebut di belakang siasatan dalaman.

ramai juga yang membangkitkan kebimbangan bahawa dengan tindakan lepas tangan tersebut, kini sekumpulan perogol yang tidak dikenali berlegar di kalangan masyarakat.

begitu juga, sikap hipokrasi liberal yang menutup mata terhadap perbuatan tersebut, tidak memainkan isu yang sudah berlanjutan beberapa tahun itu, serta sekadar tidak melayan kes dengan alasan ‘pengadu tidak membuat laporan’ menjadi kecaman pengguna media sosial.

namun rupa – rupanya sikap talam dua muka yang dipamerkan golongan liberalis ini turut mendatangkan perbalahan di kalangan mereka, seperti yang disuarakan oleh wartawan malaymail boo su lyn.

“golongan liberal sudah pergi terlalu jauh!”

boo su lyn, seorang wartawan malaymail yang kerap kali menulis pandangan berhaluan kiri, menyokong sekularisme, feminisme, yang pernah mencetus pelbagai kontroversi mengkritik pengamalan agama islam di malaysia mungkin merupakan orang terakhir kita fikir akan mengecam bulatan liberal.

namun beliau juga sendiri kini merasakan golongan liberal sudah pergi terlalu jauh.

tak ada siapa pun yang bercakap tentang isu ini walaupun satu jenayah yang sepatutnya dihukum 20 tahun penjara didedahkan kepada umum dalam kenyataan media.

hal ini sangat ketara apabila merujuk tahap liputan berita bfm oleh pemberita liberal. pemberita malaymail, zurairi, sekadar menulis 2 baris tweet melaporkan tentang kenyataan akhbar bfm.

bagaimanapun, sehari sebelumnya, zurairi menulis artikel khas mengecam mufti wilayah kerana memanggil safiey ilias dengan panggilan ‘saudara’.




boo su lyn juga mengecam golongan liberal yang mengatakan penyiasatan jenayah tidak patut dibuat kerana ‘menghormati mangsa rogol’

buat apa kita mengadu tentang tahap laporan rogol yang sangat rendah kalau kita sendiri biarkan mangsa hadapi serangan seksual sendirian? … kerana menurut sesetengah aktivis dan liberal, terpulang kepada mangsa hendak ambil tindakan kepada perogolnya atau tidak

beliau juga mempersoalkan kesimpulan dan respon menjengkelkan sebahagian liberal terhadap kes bfm tersebut.

adakah mereka akan melakukan reaksi tak masuk akal yang sama jika tuduhan jenayah seksual dibuat kepada media konservatif seperti utusan? aktivis – aktivis ini akan bukan saja hanya meminta tindakan jenayah diambil, tapi mereka juga akan minta pengurusan atasan untuk meletak jawatan!

ternyata, kita menyangka golongan liberal ini teguh dan bersatu atas prinsip, tapi nampaknya belang sebenar mereka sudah mula terdedah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 01:44 PM | Show all posts
Cacamerbanya  artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:07 PM | Show all posts
pening kepala aku bacaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:34 PM | Show all posts
boleh tahan kuil juga posting ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:57 PM | Show all posts

menggambarkan golongan liberal..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:34 AM | Show all posts
finally, yang non muslim jua menegakkan kebenaran & hak wanita, manakal siti kassim terus membodohkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 06:00 PM | Show all posts
saya dah cakap....melayu hidung pesek acah2 liberal ikut ikutan ni dah jadi macam lebai..dia je betul..org lian sume salah..sume kena ikut dia..korang x caya.....liberal my ass....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:40 PM | Show all posts
libtard
noun
/libˈtärd/
1. an individual, whose thinking process has been
rendered impaired by political correctness and the
failure to understand that people are responsible
for their actions and the world does not owe lazy
or stupid people a living.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070240 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list