CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1871|Reply: 12

[Tempatan] Ibu ‘Flush’ Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali, Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 03:04 PM | Show all posts |Read mode



Kejamnya duhai mu ibu. Seorang remaja berusia 16 tahun tergamak ‘membunuh’ bayi yang baru dilahirkannya dengan cara membuang mangsa ke dalam mangkuk tandas. Lebih menyayat hati, bayi yang dipam berulang kali itu tersekat separuh badan di dalam mangkuk tandas itu ketika ditemui.

Suspek pada mulanya mengadu sakit perut dan dihantar oleh ibu bapanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan dalam kejadian khamis lalu di Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia.

Bagaimanapun ketika menunggu nombor giliran, suspek telah pergi ke bilik air dengan alasan mahu membuang air besar. Akibat terlalu lama, ibu suspek merasa curiga lantas mengetuk pintu untuk bertanya keadaan anaknya itu.


Gambar : Detiknews


Setelah suspek membuka pintu, ibunya panik melihat anaknya telah melahirkan bayi yang ketika itu berada di dalam mangkuk tandas lantas segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak hospital untuk meminta bantuan.

Difahamkan, ahli keluarganya tidak mengesyaki bahawa remaja itu hamil kerana dia berbadan gempal. Suspek juga sering mengenakan pakaian besar beserta jaket supaya kandungannya tidak kelihatan bagi mengaburi mata ahli keluarganya.


Gambar : Detiknews

Hasil siasatan polis mendapati, setelah dilahirkan, bayi yang masih bernyawa itu telah dicekik oleh suspek terlebih dahulu. Kemudian mangsa diletakkan ke mangkuk tandas dan disiram dengan air sebanyak lima kali.

Ketika siraman terakhir itulah mangsa terjatuh ke dalam lubang tandas sehingga separuh badannya dari pinggang ke kaki tersekat dalam lubang tandas hingga meninggal dunia.

Suspek telah mengakui melahirkan bayi tersebut dan memang berniat menyebabkan kematiannya bayinya itu. Suspek bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara atas kesalahan sengaja menganiaya bayinya yang baru dilahirkan sehingga meninggal dunia.



© Ibu ‘Flush’ Bayi Dalam Lubang Tandas 5 Kali, Bayi Tersangkut Dalam Lubang Hingga Meninggal Dunia | Berita Viral Malaysia
Sumber: https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/ibu-flush-bayi-dalam-lubang-tandas-5.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental sial

Eeeiii

Why God ? Why ??????
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih mahu mengeseks tanpa langkah pencegahan that takes a minute only to end up suffering for eternity and probably alone. Women always end up taking the short end of the stick so please kaum wanita tolong jangan jadi bodoh kerana nafsu badan binasa. If it was a rape case then that's a different story.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:34 PM | Show all posts
tenangla dikau disana nak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 03:56 PM | Show all posts
yindoonnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 04:21 PM | Show all posts
sampainya hati dia pegi flush budak tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap maknya tu jadi gila terkenang perangai syaitan siram anak dalam jamban.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 04:58 PM | Show all posts
apo nak jadi ngan manusia....sanggup buat benda keji cam tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 05:25 PM | Show all posts
Kejamnya perbuatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal tak kerat 12
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 05:51 PM | Show all posts
jawa tempatan duboq hang...wakakakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 05:55 PM | Show all posts
tergamak betul hati dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:02 AM | Show all posts
Astaghfirullah. Rasa marah ada, kesian pun ada kat budak ni sorang2 menghadapi masalah camni. Kalau ada keluarga budak ni yg tahu awal2, mungkin budak ni takkan buat keputusan camtu. Sedangkan si jantan keparat tu dah sedap2 main blah je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.870616 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list