CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1735|Reply: 22

[Tempatan] Beri kemasukan tanpa visa kepada pelancong China, India

[Copy link]
Post time 15-1-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menggesa kerajaan untuk memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong China dan India untuk meningkatkan pelancongan Malaysia.

Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang berkata ketibaan pengunjung ke Malaysia merosot sebanyak tiga peratus kepada 25.95 juta pada 2017 berbanding 26.76 juta pada 2016, walaupun ketibaan pelancong positif di seluruh ASEAN pada 2017.

"Industri pelancongan Malaysia ketinggalan di belakang negara-negara jiran seperti Thailand yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.8 peratus, Singapura (6.2 peratus) dan Filipina (11 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata Malaysia boleh meningkat dan menjadi destinasi percutian pelancong jika kerajaan memberikan perjalanan tanpa visa kepada pelancong terutamanya dari China dan India.

“Menurut Tourism Malaysia, Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 34.2 peratus bagi pelancong China dan pertumbuhan sebanyak 10.4 peratus bagi pelancong India dari Jan hingga Sept 2018 berbanding tempoh sama pada 2017.

"Dengan pertumbuhan pelancong China dan India, kerajaan perlu mengambil peluang untuk menarik dua pasaran utama ini untuk pelancongan dalam negeri dengan kemasukan yang mudah ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian visa selama 15 hari untuk pelancong dari China dan India dari 1 Jan, 2019 hingga 31 Dis, 2019 adalah baik tetapi ia perlu mempertimbangkan untuk memberikan perjalanan tanpa visa kepada mereka.





- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Visa kita nak masok India punye la mahe berdentum..  Cadangan yang paling bangang sekali by MATTA.  Soon MATTI..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk sini dok lama2 than claim dah lama dok sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas claim. Lama lama mintak macam macam pulak

Macam tak biasa apa jadi kat sini
Bagi betis nak peha

Hanya di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cadangan puak dap la ni nak bawak bala je kejenya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah...yg sedia ada drp China dan India ni pun dah bersepah, ada yg kerja cuci kereta dari rumah ke rumah pun ia...mana majikan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 10:22 PM | Show all posts
dulu dah pernah buat kan kasi VOA untuk warga kari lepas tu 40 ribu MIA....

boleh ja nak ketatkan syarat issuance of VOA di pintu masuk tapi masalahnya yang jaga pagar tu yang tak boleh diharap...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau buang kerakyatan kaw, minta kerakyatan India and China. Pastu kaw bukak la tanpa visa kat geng sakai ngkau dari province negara leluhur low class kaw tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh tolonglahhhh....xpayah,menyemak je ramai2 yg masuk dr negara2 ni. Membantu dr segi meningkatkan jenayah ada lah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah antara penghinat negara yg hanya mengutamakan keuntungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk tarak visa. Pastu ghaib

Zaman pak lah pun beribu juga pelancong cina ghaib tanpa dikesan  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:08 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2019 01:28 PM

Bagus la semoga semakin ramai warga China dan India melawat malaysia secara percuma tampa visa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 15-1-2019 08:04 PM
Visa kita nak masok India punye la mahe berdentum..  Cadangan yang paling bangang sekali by MATTA.   ...

Visa nak masuk india pun menghampiri rm 500
Gilo ka nak bagi free tanpa visa



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:36 AM | Show all posts
mampus.....melayu layu di tanah malayu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:44 AM | Show all posts
agenda nak ramaikan lagi puak2 harem ni.. abes semua tanah ditibai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg masuk guna visa pun boleh lenyap. Inikan pulak masuk tanpa visa. Kejap je population Malaysia bertambah nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Palahotak depa
Amboi2 makin lemak laa kalau senang masuk
Dah la perangai jijik pprt depa2 tu
Ummah india cina msians ok lagi la perangai
Kalau yg ori sana tu hish tak sanggup nak bayangkan apa jadi kalau ramai2 mai sini

Msians nk pi china pun kena visa kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:06 AM | Show all posts
apa hal nak bagi muka sangat kat pelancong sepet ngan arang neh

rakyat mesia nak pergi negara orang pun harga visa pun yahudi

mana mesia ni tak ketinggalan dalam indus pelancongan kalau semua duk makan gaji buta malas nak study how negara jiran like Indonesia and thailand  bangunkan industri mereka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 16-1-2019 08:32 AM
Palahotak depa
Amboi2 makin lemak laa kalau senang masuk
Dah la perangai jijik pprt depa2 tu

Depa nak buat red carpet kat adik beradik depa

Mai malaysia pastu ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:25 AM | Show all posts
Edited by precious_chicas at 16-1-2019 09:28 AM

Abes, rakyat china dan india bukan kah dikenakan VOA max 15days stay in Thailand? Kalau dengan VISA pun Thailand masih boleh menerima kunjungan yg ramai dari negara2 china india, tentunya bukan sebab tanpa visa.
Hat itu Kem. Pelancongan kenalah study apa yg kurangnya Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.092776 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list