CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2902|Reply: 46

[Tempatan] Kenapa Pembunuh Adib Masih Belum Ditangkap? - Bapa

[Copy link]
Post time 15-1-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA KEDAH: : Walaupun sabar namun perasaan terkilan itu masih terasa.

"Kenapa siasatan terlalu lambat dan pembunuh anak saya masih belum ditangkap?"

Demikian luahan Mohd Kassim Abd Hamid, bapa anggota bomba Muhammad Adib ketika bertanya tentang siasatan kejadian yang mengorbankan nyawa anaknya.

Walaupun sedar keputusan inkues terhadap kes anaknya masih belum diterima, namun dia berharap siasatan itu berjalan dengan lancar.

"Sebagai seorang ayah mestilah ada tersentuh, tetapi alhamdulillah kita kena bersabar."

"Keadilan sewajarnya amat dinantikan anggota keluarga.

"Bagi saya pihak keluarga saya mengharapkan yang keadilan yang sebenar, inkues tu dapat berjalan dengan lancar."

Beliau berkata demikian kepada media ketika menerima ziarah Tengku Temenggung Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim ke kediaman keluarganya di Kampung Tebengau, dekat sini, pada Selasa.

Gesaan untuk menyegerakan siasatan berkaitan kes Adib turut disuarakan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan dengan telus mengikut undang-undang sedia ada.

Pada 27 Disember lalu, Peguam Negara dilaporkan akan mengarahkan Majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pasti pakcik lihat kuil pasti akan merasa trauma. Semoga bersabar pakcik sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 08:39 PM | Show all posts
Ayah Adib kena jumpa DS Najib....

Dah kena troll nanti, cepat lah dorang take action....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:27 PM | Show all posts
pakcik baik diam je...nti pakcik kena konar cakap rasis
btw xsalah pun jadi rasis...mmg lumrah manusia sejak bermula tamadun manusia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
saman je pak cik. tunggu apa lg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lawyer buzze azam hrp dpt bantu family adib...
kesian nya...
i rasa sebak setiap kali lalu kt situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2019 10:24 PM | Show all posts
kita rakyat malaysia semua tertunggu2 ternanti2 hasil siasatannya apatah lg fmly arwah kann
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib yang digebang-gebang nak sumbat dalam jel lepas jadi kerajaan itu pun sampai sekarang enjoying life, siap boleh trolling lagi..inikan nak tangkap pembunuh arwah adib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 11:02 PM | Show all posts
bila nak kena COUGHT ni??

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:11 PM | Show all posts
inkues ni tak mau buat live ka...wakakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:12 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 15-1-2019 08:39 PM
Ayah Adib kena jumpa DS Najib....

Dah kena troll nanti, cepat lah dorang take action....

ada benerrrr nya kata2 hang tu ceq...wakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 15-1-2019 11:11 PM
inkues ni tak mau buat live ka...wakakakakakakakkaka

Pada 27 Disember lalu, Peguam Negara dilaporkan akan mengarahkan Majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib

Baru nak arahkan siasat sebab kematian?
Adakah  peguam negara masih tak  mau terima kes ini sebagai kes bunuh sebagaimana siasatan polis baru baru ni?

Lembab macam kura- kura depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Last week polis cakap dah complete investigation papers kes ni kan? TPP dah submit kat court. Mahkamah dah tetapkan case management untuk inquest 18/1. Rasanya tu lah latest development.

"Saya tidak boleh dedahkan maklumat yang ada, biar mahkamah. Saya yakin mahkamah akan mendengar semua dan berita yang jelas serta fakta yang tepat akan (media) perolehi melalui mahkamah," katanya pada sidang media di Maktab PDRM di sini hari ini.

Pengurusan kes inkues untuk menentukan punca kematian Muhammad Adib yang meninggal dunia 17 Disember lalu ditetapkan pada 18 Januari depan.
- Awani
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:22 PM | Show all posts
cmf_king_kong replied at 15-1-2019 10:56 PM
Najib yang digebang-gebang nak sumbat dalam jel lepas jadi kerajaan itu pun sampai sekarang enjoying ...

Pening kepala lah nak charge DS Najib atas kesalahan apa.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuh Adib belum tangkap
Pembunuh Teoh Beng Hock belum tangkap
Pembunuh Ataltunya belum tangkap
Pembunuh Kevin Morais belum tangkap
Pembunuh Hussein Najadi belum tangkap
Kapal terbang MH 370 terbang terus hilang
200 nyawa hilang

Eksklusif Di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:24 PM | Show all posts
Remyda replied at 15-1-2019 11:15 PM
Pada 27 Disember lalu, Peguam Negara dilaporkan akan mengarahkan Majistret untuk membuat inkues ba ...

ni nak habaq bagi dekat hangpa semua kat sini..kuasa pendakwaan milik mutlak peguam negara....ini kat dalam undang2 bertulih.....dan peguam negara ni pulak dia bukan badan bebaih macam kehakiman....peguam negara ni agensi kerajaan.....so arahan ataih datang daripada sapa...faham2 la sendiri...wakakakakakakakakakkak

sebab tu masa kes limguanjeng tu.....surat khabaq tulih tajuk mahkamah gugoqkan...tetapi sebenaqnya digugoqkan ataih permohonan pendakwaan dah tu depa punya wayang kata ada "fresh new evidence" yang boleh menggagaikan kes pendakwaan kononnya...itu semua wayang...ini semua tomi tomas punya arahan...wakakakakakakakkak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 09:02 AM | Show all posts
aku speku arwah adib mati gitu je la...takdak tangkapan,apatah lagi pendakwaan semua tu..paria yg bunuh dia boleh la sambut thaipusam dan deepavali  sampai mampus..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:10 AM | Show all posts
mcm ada tgn2 ghaib!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajawali replied at 16-1-2019 09:02 AM
aku speku arwah adib mati gitu je la...takdak tangkapan,apatah lagi pendakwaan semua tu..paria yg bu ...

Harap2 kalau dia orang tak ditangkap, aku doakan hidup depa sengsara ataupun tak tenang sampai mati. Kesian Adib tak bersalah tapi kena seksa sampai macam tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tangan2 ghaib yg cuba sembunyikan sesuatu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.147134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list