CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 19

[Tempatan] Dua kedai mamak (nama dirahsia) jual mahal diserbu

  [Copy link]
Post time 15-1-2019 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Dua kedai mamak dikesan caj harga tinggi



KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah mengesan dua restoran nasi kandar di negeri ini yang mengenakan harga makanan tidak munasabah.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Chin Ching Chung berkata, dua restoran terbabit mengenakan harga RM7.50 bagi nasi goreng ayam dan RM8.50 bagi bihun goreng ayam termasuk caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Berikutan itu, katanya, restoran terbabit diberi tempoh 10 hari untuk memberi alasan berhubung tindakan mereka mengenakan harga terbabit atau tindakan diambil ke atas mereka.

“Harga biasa jualan bagi dua makanan itu adalah RM6, tetapi mereka mengenakan caj lebih tinggi. Kedua-dua restoran perlu memberi penjelasan berhubung harga itu berserta pecahan kos operasi dan barang yang dijual.

“Jika penjelasan tidak memuaskan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan bersepadu di Alor Setar, hari ini.

Operasi terbabit turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Ching Chung berkata, notis ke atas dua restoran berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Halal (Bahagian Pengurusan Halal) JHEAIK, Syeikh Azhari Mohamad berkata, pihaknya turut mengarahkan salah sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal menurunkan ayat al-Quran yang digantung.

Katanya, pemilik restoran itu dinasihatkan untuk memohon sijil halal supaya dapat meyakinkan pelanggan beragama Islam.

“JHEAIK menasihatkan umat Islam agar memilih untuk makan di restoran yang mempunyai sijil halal. Tahun lalu kami meluluskan 80 peratus daripada 450 permohonan daripada premis makan, produk dan rumah sembelihan.

“Yang tidak lulus itu kerana mereka tidak mengikut syarat halal, contohnya mereka mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamak yg mana? Anyone tau ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:33 PM | Show all posts
chin ching chung ching ching chong ching chong....ini sound effect filem kingdom of heaven.....bukan bunyi pebudaya lgbt laga pedang tau...wakakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:36 PM | Show all posts
kenapa nak rahsia..bgtau la namanya...lets consumer kasi ajar
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam la mamak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 12:14 AM | Show all posts
mamak kan status Bumiputra
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 15-1-2019 11:33 PM
chin ching chung ching ching chong ching chong....ini sound effect filem kingdom of heaven.....bukan ...

Satu komen yang sangat ilmiah dari seorang yg penah pigi ke Limbah Kilang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamak = Umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mamak bistro rege firaun kt kl ni xde kena tindakan ke?nasi campur lauk ayam goreng+sayur kobis dicharge almost rm8.....?ayam goreng seketul rege nk 5hinggit daa?

And penah my fren beli sotong goreng kt situ,sekor size sederhana kena rm12 utk sotong tu je..firaun betul mereka
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:34 AM | Show all posts
pyropura replied at 16-1-2019 12:25 AM
Satu komen yang sangat ilmiah dari seorang yg penah pigi ke Limbah Kilang

itu ja ka pedopura? tak dak la bowdow sangat macam hang kata kat india ada berpuluh bahasa rasmi....kampung asai rentung hang sendiri kot....belum lagi pedopura sembang pasai perumahan di selangoq...lepaih tu melarat ke melaka dan johoq......wakakakakakakkakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 16-1-2019 12:32 AM
Kalau mamak bistro rege firaun kt kl ni xde kena tindakan ke?nasi campur lauk ayam goreng+sayur kobi ...

Aah kt area2 kwsn hotspot, bandar2 mmg rega cenggitu. Ayam seketul rm5.50 campo nasik n kuah bersamaan rm7.50..sila buat pemantauan....especially resto mamak yg ada byk chains atau big name tu hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 07:35 AM | Show all posts
lunyai lah kedai mamak/yendia dikerjakan mutakhir ini....ada lah dosa kau org tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 08:06 AM | Show all posts
Napa perlu rahsiakan nama kedai tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 08:56 AM | Show all posts
kat kl - selangor ni lagi yahudi firaun harganya...
ayam guring sahaja seketul dkt rm7. (tapau)
kawan aku beli nasi kosong sahaja kena rm3..  (tapau)

syed bistro... shit la bila bayar
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa harga tu lama dh. .. aku penah makan nasik,ayam,kari skit,perut lembu skit. rm18 skali air
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 16-1-2019 03:25 AM
Aah kt area2 kwsn hotspot, bandar2 mmg rega cenggitu. Ayam seketul rm5.50 campo nasik n kuah bersa ...

Tp y xleh blah tu sotong sekor size sederhana rm12..pstu dpt size kecik sikit pn sama gk harga..mmg cekik darah..Q-bistro namanya..
Sblm ni tpkse g bli mkanan kt situ sbb xde kedai mkn lain n bila dh ada kedai mkn melayu kt sini mmg say bye2 dah bistro firaun tu..hohoho~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadapla korg mkn kedai mamak. Dh mcm2 video viral sbg tontonan pun masih terliur2 nk mkn di kedai mamak/keleng
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 09:53 AM | Show all posts
cam stended rege kedai mamak jah...aku akan terkejut bila nak byr...tp pg kedai lain tgk harga cenggitu jugak...kedai melayu tempat aku ni plak hidup segan mati xmau...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:06 AM | Show all posts
kenapa rahsiakan nama
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 16-1-2019 09:21 AM
Tp y xleh blah tu sotong sekor size sederhana rm12..pstu dpt size kecik sikit pn sama gk harga..mm ...

Tu la....sotong mmg mahal pun. Paling murah pun rm10 sekor yg saiz sederhana... Tp aku xpenah amik pun knowing rega yg mahal. Mkn yg ayam grg pun ok dah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 1.173834 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list