CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 970|Reply: 5

[Dunia] Di NZ, 3,300 doktor muda mogok pasal gaji

[Copy link]
Post time 15-1-2019 10:30 PM | Show all posts |Read mode
3,300 doktor muda lancar mogok di New Zealand

WELLINGTON: Hampir 80 peratus doktor muda yang bertugas di hospital awam New Zealand meninggalkan tugas masing-masing hari ini, susulan kegagalan rundingan antara kesatuan dengan kerajaan berhubung persekitaran kerja dan gaji.

Mogok itu ternyata menjadi tamparan kepada kerajaan Perdana Menteri, Jacinda Ardern terutama dalam usaha melaksanakan janji untuk menyalurkan dana untuk perkhidmatan sosial dan mengekang kepincangan ekonomi ketika mengambil alih jawatan itu pada 2017.

Kesatuan pusat sokongan tradisional kerajaan itu berkata, pertumbuhan gaji yang lembap dan kos sara hidup yang melampau menyebabkan pekerja terpaksa bergelut.

Tahun lalu, guru sekolah, jururawat dan pegawai mahkamah bertindak tahun lalu demi untuk menuntut kenaikan gaji.

“Mereka mahu mengawal waktu kerja kami, bagaimana kami bekerja dan dimana kami bekerja,” kata Setiausaha Kesatuan Kebangsaan, Dr Deborah Powell.

“Kami cuba untuk menyelesaikan masalah ini tanpa mengadakan mogok tetapi kami tidak diberi pilihan,” katanya.

Lebih daripada 3,300 doktor muda daripada 3,700 yang berkhidmat di hospital kerajaan, meninggalkan tugas di hospital dan klinik sebaik saja rundingan dengan kerajaan tidak menemui jalan penyelesaian minggu lalu.

Persatuan Doktor Residen New Zealand (NZRDA) berkata, rundingan sudah diadakan dengan Lembaga Kesihatan Daerah (DHB) selama lebih daripada satu tahun berhubung terma-terma baharu, yang menetapkan pembayaran untuk kerja lebih masa, hujung minggu dan tugas malam.

Susulan kegagalan rundingan membuatkan kesatuan itu mengisytiharkan mogok selama 48 jam pada 29 dan 30 Januari depan, bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. - Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2019 10:33 PM | Show all posts
hahahah

In the UK  James Hunt ....kena

ini New Zealand

masa doktor di UK buat mogok dulu  ramai SHO nak lari ke aussie dan ke NZ

now.....................
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:50 PM | Show all posts
depa tak terima lambakan graduan perubatan daripada Malaysia kereja sana ka? ka lambakan graduan perubatan Malaysia tak reti speak the language...wakakakakkakakak
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2019 10:58 PM | Show all posts
ini bukan masalah yg sama carbon copy dgn situasi semasa di malaysia ke ni??



Mogok itu ternyata menjadi tamparan kepada kerajaan Perdana Menteri, Jacinda Ardern terutama dalam usaha melaksanakan janji untuk menyalurkan dana untuk perkhidmatan sosial dan mengekang kepincangan ekonomi ketika mengambil alih jawatan itu pada 2017.

Kesatuan pusat sokongan tradisional kerajaan itu berkata, pertumbuhan gaji yang lembap dan kos sara hidup yang melampau menyebabkan pekerja terpaksa bergelut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kenaikan dia mintak tu
Bagi jelah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang neh tak malas ker klo ikut logik si mahader tua kutuk tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.176690 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list