Perdana menteri dijangka menyampaikan ucapan kepada Oxford Union pada 18 Januari.PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi pemimpin Malaysia pertama yang akan berucap kepada persatuan debat British yang terkenal, Oxford Union, menyertai senarai pemimpin terkemuka seperti Winston Churchill dan Margaret Thatcher.
Perdana menteri dijangka menyampaikan ucapan kepada persatuan debat yang dianggotai ahli-ahli Universiti Oxford itu pada 18 Januari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas undangan itu.
“Selepas berbulan-bulan merancang, Dr M akhirnya akan muncul di Oxford Union,” katanya di Twitter.
Sye Saddiq berkata perdana menteri berusia 93 tahun itu bukan sahaja pemimpin Malaysia pertama tetapi juga pemimpin Asean pertama yang terpilih secara demokrasi yang diundang untuk berucap kepada Oxford Union.
“Tak sabar. Malaysia, harimau Asia,” tambahnya.
Oxford Union mempunyai tradisi menganjurkan debat dan speaker sejak 1823. Bekas perdana menteri British, Harold Macmillan menggelarnya bentang kebebasan bersuara di Barat.