CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1474|Reply: 8

[Tempatan] Update : Pengurusan Baharu Ambil Alih Mawar Medical Centre

[Copy link]
Post time 16-1-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 16-1-2019 10:53 AM

PUSAT Perubatan Mawar (PPM) dan Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) di Seremban kini dalam proses mendapatkan lesen baharu berikutan pertukaran pengurusan.

Perunding Penjagaan Kesihatan SendiHartamas Sdn Bhd, Kamaljeet Singh berkata, pengurusan baharu PPM ketika ini adalah SendiHartamas iaitu anak syarikat milik penuh Intelek Ceria Sdn Bhd.

Katanya, syarikat itu kini dalam proses permohonan mendapatkan lesen baharu selepas mendapat nasihat daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAP) berikutan pertukaran pihak pengurusan.

“Syarikat akur dan tiada masalah berbuat demikian dan berharap Kementerian Kesihatan dapat meluluskan segera permohonan ini bagi membolehkan hospital beroperasi seperti biasa.

“Ketika ini juga sudah ramai pesakit menghubungi doktor masing-masing bertanyakan mengenai operasi hospital kerana perlu mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang media di PPM, Seremban, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaljeet berkata, walaupun operasi hospital itu terpaksa dihentikan, tetapi seramai 516 pekerja termasuk doktor masih bertugas seperti biasa sejak November lalu.

Katanya, daripada 11 pakar perubatan yang berhenti sebelum ini, lapan daripada mereka bersetuju untuk bertugas semula di hospital itu.

“Saya berharap pengurusan baharu ini akan mengubah cara operasi hospital kepada lebih baik seterusnya memberi lebih manfaat kepada pesakit yang mendapatkan rawatan.

“Selain itu selepas hospital ini mendapat lesen, kami juga akan menukar nama kepada Pusat Perubatan Putra Mawar,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Diperbadankan (MBI) berhasrat mengambil alih PPM dan PHM sebagai sebuah hospital rakyat milik penuh kerajaan negeri, yang bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata, sebaliknya membantu masyarakat.

Bagaimanapun, kerajaan negeri terpaksa membatalkan hasrat berikutan tawaran harga yang disifatkan tidak konsisten dan munasabah.

Berita berkaitan

Lesen Mawar Medical Centre dibatalkan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 11:31 PM





Terdahulu :

KEMENTERIAN Kesihatan membatalkan lesen Mawar Medical Centre di Seremban, Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta kerana melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berikutan itu pusat perubatan terbabit perlu mengembalikan lesen dan memberhentikan operasi dengan serta merta berkuat kuasa, hari ini.

Katanya, pada 12 November tahun lalu, Menteri Kesihatan membuat siaran akhbar dan pada tarikh sama Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan notis tunjuk sebab untuk membatalkan lesen Mawar Medical Centre.

“Susulan itu, Mawar Medical Centre mengemukakan representasi terhadap notis yang berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak Mawar Medical Centre gagal mengemukakan penjelasan dan bukti bahawa mereka tidak melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Oleh itu, representasi yang dikemukakan itu tidak dapat dipertimbangkan. Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan surat pada 14 Disember tahun lalu bagi tujuan pembatalan lesen Mawar Medical Centre,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, pihak hospital berkenaan mengemukakan rayuan mengikut Subseksyen 49(2), Akta 586 bertarikh 20 Disember lalu.

“Bagaimanapun, berdasarkan dokumen sokongan yang dikemukakan, Pusat Hemodialisis Mawar sudah menyerahkan kepada sebuah syarikat lain untuk menyelia, mengarah, mengawal semua aspek berkaitan pusat itu yang jelas menunjukkan bahawa Pusat Hemodialisis Mawar bukan lagi pihak yang menjalankan dan menyediakan perkhidmatan di bawah Akta 586.

“Oleh itu, rayuan berkenaan tidak dapat dipertimbangkan dan surat pengesahan pembatalan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Kesihatan pada hari ini,” katanya.

Pada masa sama, katanya, selaras dengan ketetapan Peraturan 320(c), Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006, menjadi tanggungjawab Pusat Hemodialisis Mawar sebagai pemegang lesen untuk memastikan kesinambungan rawatan hemodialisis bagi setiap pesakit di Unit Hemodialisis Mawar Medical Centre sedia ada.

“Tanggungjawab itu turut meliputi keperluan pemindahan pesakit ke pusat hemodialisis lain serta pengurusan bantuan kewangan dan subsidi rawatan yang diterima pesakit-pesakit ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 10:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nasib pesakit2 yg sedia ada?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:23 AM | Show all posts
Senang2 jer Pusat Hemodialisis Mawar serahkan kepada pihak lain utk uruskan pusat tersebut sedangkan ia adalah pemegang lesen?  Tak beretika langsung...kalau ada kejadian tak diingini berlaku siapa yang perlu dipertanggungjawabkan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:35 AM | Show all posts
hari tu ada baca somewhere yg staff mmg complaint pasal management mawar ni problematic.. tp kesian pada patient yg dah biasa dtg situ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols suka bwk ank dtg sini utk pesakit luar. Xde org n murah. Tp x sangka kes utk dialisis ni mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:41 AM | Show all posts
ni klinik yg sebelah UTC ampangan tu ke?sebelum ni memang banyak komplain pon pasal klinik tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 10:48 AM | Show all posts
tobby replied at 16-1-2019 09:49 AM
Apa nasib pesakit2 yg sedia ada?
menjadi tanggungjawab Pusat Hemodialisis Mawar sebagai pemegang lesen untuk memastikan kesinambungan rawatan hemodialisis bagi setiap pesakit di Unit Hemodialisis Mawar Medical Centre sedia ada.

“Tanggungjawab itu turut meliputi keperluan pemindahan pesakit ke pusat hemodialisis lain serta pengurusan bantuan kewangan dan subsidi rawatan yang diterima pesakit-pesakit ini,”

akan pindah ke pusat lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sepital private laju je korang batal khen. Kalau staff kkm buat perangai bahalol bukan main melompat korang kena komen. Sepital pon xde tampal patient right.. Majority website sepital gomen hampagas xde letak list specialist..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Pengurusan baharu ambil alih Pusat Perubatan Mawar
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

PUSAT Perubatan Mawar (PPM) dan Pusat Hemodialisis Mawar (PHM) di Seremban kini dalam proses mendapatkan lesen baharu berikutan pertukaran pengurusan.

Perunding Penjagaan Kesihatan SendiHartamas Sdn Bhd, Kamaljeet Singh berkata, pengurusan baharu PPM ketika ini adalah SendiHartamas iaitu anak syarikat milik penuh Intelek Ceria Sdn Bhd.

Katanya, syarikat itu kini dalam proses permohonan mendapatkan lesen baharu selepas mendapat nasihat daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAP) berikutan pertukaran pihak pengurusan.

“Syarikat akur dan tiada masalah berbuat demikian dan berharap Kementerian Kesihatan dapat meluluskan segera permohonan ini bagi membolehkan hospital beroperasi seperti biasa.

“Ketika ini juga sudah ramai pesakit menghubungi doktor masing-masing bertanyakan mengenai operasi hospital kerana perlu mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang media di PPM, Seremban, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaljeet berkata, walaupun operasi hospital itu terpaksa dihentikan, tetapi seramai 516 pekerja termasuk doktor masih bertugas seperti biasa sejak November lalu.

Katanya, daripada 11 pakar perubatan yang berhenti sebelum ini, lapan daripada mereka bersetuju untuk bertugas semula di hospital itu.

“Saya berharap pengurusan baharu ini akan mengubah cara operasi hospital kepada lebih baik seterusnya memberi lebih manfaat kepada pesakit yang mendapatkan rawatan.

“Selain itu selepas hospital ini mendapat lesen, kami juga akan menukar nama kepada Pusat Perubatan Putra Mawar,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Diperbadankan (MBI) berhasrat mengambil alih PPM dan PHM sebagai sebuah hospital rakyat milik penuh kerajaan negeri, yang bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata, sebaliknya membantu masyarakat.

Bagaimanapun, kerajaan negeri terpaksa membatalkan hasrat berikutan tawaran harga yang disifatkan tidak konsisten dan munasabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070557 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list