CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2075|Reply: 17

[Tempatan] Pelajar perubatan didakwa menjadi 'bapa ayam'

[Copy link]
Post time 16-1-2019 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar perubatan didakwa menjadi 'bapa ayam'
MOHD. AZLI ADLAN
[size=0.9]16 Januari 2019 10:30 AM





Mohd. Luqman (kiri) keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa menjadi 'bapa ayam' di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.



KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perubatan sebuah institusi pengajian tinggi awam di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan menjadi 'bapa ayam' terhadap kegiatan pelacuran pada lima bulan lalu.

Mohd. Luqman Zulkepli, 29, yang berasal dari Panji Alam di sini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.



Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Luqman didakwa melakukan muncikari atau menjadi menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki di sebuah hotel di bandar raya ini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara pukul 2.43 pagi, 27 Ogos 2018 hingga pukul 6.15 petang, keesokan harinya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali jika sabit kesalahan. - K! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2019 01:20 PM | Show all posts
Pelajar perubatan mengaku tidak bersalah tuduhan jadi bapa ayam


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@nstp.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti awam di sini, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa ayam di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Tertuduh Mohd Luqman Zulkepli, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Dia didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana muncikari.

Kes ini adalah yang pertama seumpamanya di Mahkamah Syariah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Luqman melakukan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki.

Dia dituduh melakukan pertuduhan itu antara jam 2.43 pagi hingga 6.05 petang antara 27 hingga 28 Ogos 2018 di sebuah hotel di bandar raya ini.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Fazru Anuar Yusof dan Mohd Sofian Arifin.

Sebelum ini media melaporkan, dua bapa ayam warga tempatan mengenakan caj antara RM250 hingga RM600 untuk ‘menjual’ perkhidmatan tiga pelacur di bawahnya menggunakan aplikasi We Chat yang menjadikan dua hotel ternama di bandar raya ini sebagai lokasi operasinya.

Bagaimanapun, semua mereka ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam dua serbuan berasingan di dua hotel berkenaan pada Ogos lalu.





Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
muncikari?? bahasa baru kah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 01:26 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 01:27 PM | Show all posts
awaynepian replied at 16-1-2019 01:24 PM
muncikari?? bahasa baru kah??

Kamus Bahasa Melayu



[ba.rua] | باروا

Definisi : 1. orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; 2. kata makian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)




Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Universiti apa offer medic kat terengganu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 01:34 PM | Show all posts
imthegirl replied at 16-1-2019 01:31 PM
Universiti apa offer medic kat terengganu?

Universiti Munchikari Via WeChat Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks to this thread, dpt belajar 1 perkataan baru arini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 01:41 PM | Show all posts
imthegirl replied at 16-1-2019 01:31 PM
Universiti apa offer medic kat terengganu?

Unisza         
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:05 PM | Show all posts
Pimp Daddy versi ummah kepelikkang

* sebutannya Ping Deddy
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 02:08 PM | Show all posts
"muncikari" ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak;
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 16-1-2019 01:34 PM
Universiti Munchikari Via WeChat Malaysia

Online course ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:35 PM | Show all posts
yang keluar berita kena tangkap last year tu, yang ni kan?

umur baru 29 tapi nampak macam nak 40 dah budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:47 PM | Show all posts
bukan dia ni belajar kat Mesir ka apa dulu? cuti, balik Malaysia jadi bapak ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:54 PM | Show all posts
Muka dah terpampang nyata bakal di bahan dek acik2 bawang sekampung, kat mana family nak sorok muka disebabkan kes ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2019 06:53 PM | Show all posts
bisnes ok ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:19 AM | Show all posts

https://www.unisza.edu.my/index.php?...logo-unisza23...



Translate this page

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - Sebuah IPTA yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman dengan motto Ilmu Demi Faedah Insan.

Faedahlaa sesangat ....dapat melahirkan bapak ayams bertaraf Ijazah Kehormatan..
Khas untuk Bumiputera SAHAJA...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.facebook.com/245964752094643/posts/3056922870998803/?app=fbl

Tuduhan kepada saudara Luqman digugurkan atas sebab TIADA BUKTI dan bukan kerana KURANG BUKTI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072633 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list