CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1330|Reply: 11

[Jenayah] Logo halal bersama gambar dewa Hindu pada risalah menu. Teka kat mana?

[Copy link]
Post time 16-1-2019 03:56 PM | Show all posts |Read mode




PENGARAH KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar menunjukkan tanda logo halal yang disalahgunakan oleh sebuah restoran makanan India yang boleh mengelirukan pelanggan Islam dalam operasi di Georgetown pagi tadi. - UTUSAN ONLINE







PULAU PINANG 16 Jan. – Tanda logo halal dicetak pada risalah menu dengan gambar dewa Hindu. Itu tindakan yang dikesan dilakukan sebuah restoran makanan India di Little India, Georgetown di sini.

Akibatnya, restoran berkenaan disiasat kerana menyalahgunakan tanda logo halal selain cubaan mengelirukan pelanggan khususnya dalam kalangan umat Islam.

Kesalahan itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pagi ini.

Dalam operasi yang diketuai Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar itu, sebuah restoran yang mempunyai ritual agama Hindu turut disiasat kerana menyalahgunakan sijil penyembelihan halal.

Menurut Mohd. Ridzuan, operasi pagi ini melibatkan sebanyak empat buah restoran di sekitar Little India yang menjadi tumpuan ramai khususnya pelancong termasuk orang Islam.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiga daripada restoran itu menyalahgunakan logo dan sijil halal bagi menunjukkan menu di premis mereka boleh dimakan pelanggan Islam.

“Selain itu, salah sebuah restoran turut dikesan melakukan representasi yang boleh memperdaya atau mengelirukan iaitu dengan menggantung ayat-ayat suci al-Quran. “Perbuatan itu melanggar Perintah 4, Perintah Perihal Dagangan (takrif Halal) 2011,” katanya.

Menurut Mohd. Ridzuan, bagi kesalahan takrif halal, syarikat yang disabit melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM5 juta untuk kesalahan pertama.

Katanya, bagi individu pula, kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun. Dalam pada itu, tambah beliau, operasi ke atas restoran-restoran di sekitar negeri ini dimulakan pihaknya sejak kelmarin dengan lebih 45 buah diperiksa setakat ini.

“Sepanjang tempoh itu juga, kita telah mengeluarkan hampir 10 kompaun terhadap restoran-restoran tersebut atas pelbagai kesalahan berkait dengan pematuhan lesen,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Modus operandi hang ni sama ja kat mana mana pun


Kesian sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 04:03 PM | Show all posts
takde masalah pun... bknnya nak pergi situ utk sembah berhala pun... nak makan sahaja...
lagipun vege sah2 la halal... unless ada bubuh alcohol...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 04:03 PM | Show all posts
kasi denda maksimum, rm5 juta, bira bangkrup satu keturunan penipu ni semua

menurut Mohd. Ridzuan, bagi kesalahan takrif halal, syarikat yang disabit melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM5 juta untuk kesalahan pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg la nama resto apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 04:11 PM | Show all posts
bukan kapitan kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2019 04:20 PM | Show all posts
Semakin banyak operasi mcm nie. Bagus penguatkuasa buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 04:29 PM | Show all posts

tapi penuh jugak kedai2 mamak. aku rela makan kedai melayu lah.... banyak sangat kes pekerja hindu lah, kotor lah. memang tak la nak makan lagi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2019 04:51 PM | Show all posts
nasib baik x minat sgt mamak…………….
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:02 PM | Show all posts
tetap aja ramai yg nak lepak kat mamak tu...
dia org bukan kisah pun janji masuk tembolok dia org tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:06 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 16-1-2019 05:02 PM
tetap aja ramai yg nak lepak kat mamak tu...
dia org bukan kisah pun janji masuk tembolok dia org t ...

ramai sebab mandrem pemanggil bomoh import calcutta kuat sangat la tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 16-1-2019 04:03 PM
takde masalah pun... bknnya nak pergi situ utk sembah berhala pun... nak makan sahaja...
lagipun ve ...

Mmg tak de masalah nak mkn pun.. cuma tekak ni jd kembang wpun tahu masakan india ni kbnykannya vege.. tak tau la.. sbb aku ni.spisis penggeli.. mkn kat kedai kelantan pun aku tak mo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062387 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list