View: 2444|Reply: 29
|
[Tempatan]
Bil air dan bil IWK akan digabung semula dalam satu bil
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan itu, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar.

Bagaimanapun katanya kadar kenaikan masih dalam perbincangan memandangkan setiap negeri mempunyai kadar tarif berbeza dan ada juga yang tidak pernah menyemak semula selama berpuluh tahun.

"Saya nampak banyak kerajaan negeri setuju. Ada satu atau dua negeri sahaja tidak bersetuju lagi tetapi kita akan berbincang dengan mereka.

"Bagaimanapun saya boleh memberi jaminan ia tidak akan membebankan rakyat, dan ia akan bagi manfaat untuk rakyat dengan adanya air yang bersih untuk diminum," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan Indah Water Konsortium (IWK), di sini hari ini.

Ditanya sama ada kadar kenaikan akan ditetapkan pada 20 peratus seperti yang dipertimbang oleh Pulau Pinang, beliau berkata: "Tengoklah bagaimana... masih ada masa untuk kita bincangkan mengenai kadar tarif... kalau 20 peratus itu dirasakan sangat tinggi kita boleh turunkan sedikit."

Katanya kerajaan berharap perundingan di antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) dan kerajaan-kerajaan negeri berhubung perkara itu dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Xavier berkata penggabungan bil air dan bil rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Labuan mencatatkan kejayaan apabila kutipannya meningkat daripada 40 peratus kepada 93 peratus sejak langkah tersebut diperkenalkan pada 2016.

Justeru katanya beliau percaya jika langkah itu diperluas ke seluruh negara, IWK dapat menampung kos operasinya, sekali gus kerajaan dapat mengurangkan subsidi yang berjumlah RM150 juta setiap tahun. 

"Pada tahap ini kami tidak boleh terus menyokong mereka dan kita mesti cari jalan untuk menyelesaikan isu IWK... kita lihat dengan pengebilan bersama ini tiada masalah untuk penduduk membuat pembayaran sekali gus," katanya.

Terdahulu, IWK yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Faizal Othman dan Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mahmod menandatangani MoU untuk penggunaan sisa kumbahan terawat iaitu biopepejal sebagai baja bagi tanaman yang tidak boleh dimakan.

"Ia boleh digunakan untuk program penghutanan semula, di ladang getah dan juga pokok-pokok yang ditanam oleh majlis perbandaran* kita harap ia dapat dikomersilkan suatu hari nanti," katanya. - BERNAMA

 


|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bil air under condo mgmt, not by syabas, camna nak combine dgn iwk |
|
|
|
|
|
|
|
tarif ayaq naik ahcai2 pakatan haramjada tak mau kepanasan ka? kereja baguih banyak duit kot la ni.....saya masih tak dapat jawapan apa duboq punya guna limguanjeng buat belanjawan defisit di saat hutang negara berjuta sedangkan tarif ayaq untuk basuh bulu hangpa tetap bakal naik....wakakakakkaka |
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 16-1-2019 04:35 PM
Bil air under condo mgmt, not by syabas, camna nak combine dgn iwk
Setahu saya ada beberapa kondo yg dah tukar ke bil air individu. Kondo saya dan beberapa kondo lain di sekitar bil air sampai ke nama peribadi pemilik atau penyewa unit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau combined means kalau sewa rumah tenant la kena bayar iwk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 16-1-2019 04:38 PM
kalau combined means kalau sewa rumah tenant la kena bayar iwk kan?
Ya saya rasa mmg biasanya tenant bayar IWK secara amalan kontrak sewaan di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg rajin kerja, berak pun kena bayar
Tapi pemalas parasit untung semua free makan bersuap lagi
Sampah tul |
|
|
|
|
|
|
|
rumah i tak.. i yang kena bayar iwk..
padahal ikutkan tenant la kan yang patut bayar sebab dorang duduk and guna air..
i dah check dengan agent memang clause iwk tak ada..
so i la kena bayar..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 16-1-2019 04:35 PM
Bil air under condo mgmt, not by syabas, camna nak combine dgn iwk
And mostly bil air under management ni lagi mahal charges daripada syabas. Masa 1st condo i straight bayar kat syabas only rm10 jer. Bila bil dari management mostly 25 ker rm30 sebulan. |
|
|
|
|
|
|
|
CharlesDera replied at 16-1-2019 04:38 PM
tarif ayaq naik ahcai2 pakatan haramjada tak mau kepanasan ka? kereja baguih banyak duit kot la ni.. ...
ko ni apasal tanya... depa dah tadah air kencang..
apa kisah air naik ke apa... unlimited supply air kencing perisa petai n jering |
|
|
|
|
|
|
|
mestilah tanya..mana la tau depa sudi berilmiah dalam isu kenaikan tarif ayaq ni...balik2 benda sama ja depa dok sembang dengan saya....lepaih tu saya kasaq2 sikit bahasa kata saya jahat...waakakkakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
gabung napenye……….ramai x byr IWK ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dalam agreement takde dan owner bersetuju bayar, then it's up to pihak2 berkontrak asalkan tak melanggar undang2.
|
|
|
|
|
|
|
|
better la IWK ni untuk bangunan perniagaan 1 unit 1 bil..
sbb gabung2x ni menyusahkan penyewa bangunan.. masing2x lepas tangan nak bayar..
|
|
|
|
|
|
|
|
I setuju ja...dah guna bayar ler. Toksah dok mentaliti nak laribdr tanggungjawap...ini i referb pd iwk bill.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian iwk. susah nk srh org bayo bil padahal taik da kutip. cara ni sesuai utk setelkan bil. |
|
|
|
|
|
|
|
apartment aku, bil air dgn iwk mmg asing2..syabas & iwk.
Indah water RM8 sebulan..setiap 3 bulan dapat bil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah termiss bayar 6 bln sbb tak dapat bil (setiap 3 bln akan dapat 1 bil)...
sekali datang surat kutip utang company dari JB wooo..walhal aku dok KL..
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh online skrg. penyedia servis terbaik walaupon client wat taik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah pengguna x nak bayar IWK. Kerja buat tapi duit tak dapat, lama2 susah jugak depa. Operation semua bukan free... tak apa lah... dah kita pun guna, kita bayor aje. |
|
|
|
|
|
|
| |
|