CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 794|Reply: 2

[Tempatan] Musa kecewa tak dapat teruskan rawatan walaupun beri kerjasama.

[Copy link]
Post time 17-1-2019 01:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-1-2019 09:09 AM

Musa kecewa tak dapat teruskan rawatan walaupun beri kerjasamaFMT Reporters -

January 17, 2019 12:09 AM


Tan Sri Musa Aman.


PETALING JAYA: Tan Sri Musa Aman kecewa tidak dapat meneruskan rawatan selepas sepenuh kerjasama diberi kepada pihak berkuasa, apabila mahkamah ketepikan perintah yang akan membolehkan dia menemui doktornya di luar negara.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata dia perlu menghormati keputusan mahkamah hari ini, walaupun dia percaya mana-mana orang patut berhak mendapatkan rawatan selagi tidak mengganggu prosiding mahkamah.


“Dalam hal ini, saya merasakan saya telah dianggap bersalah sehingga terbukti sebaliknya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan rawatannya di United Kingdom tahun lepas sebenarnya susulan kepada rawatan oleh doktor pilihannya di Singapura yang sudah 22 tahun merawatnya.


Musa berkata Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pasport diberi kepadanya faham akan merit permintaan itu, tetapi ditolak Mahkamah Tinggi selepas semakan.

“Pastinya ini tidak patut dan tidak boleh menjadi pendirian yang betul,” katanya.

Musa menegaskan dia sentiasa berpegang pada kedaulatan undang-undang, seperti yang ditunjukkan pada Ogos 2018 dengan kepulangannya ke tanahair untuk membantu siasatan terhadap dirinya, meskipun bertentangan dengan nasihat doktor.

“Isu melarikan diri atau mengelak daripada pihak berkuasa tidak timbul sama sekali,” katanya.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/17/musa-kecewa-tak-dapat-teruskan-rawatan-walaupun-beri-kerjasama/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 01:13 AM | Show all posts
beruk kecewa sebab kalah teruk kat thread lambang salib yer beruk

tu la, ilmu setitis nak tunjuk pandai, kan dah kena titik kaw kaw

bahahaha


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:20 AM | Show all posts
sejak balik dr london hr tu senyum pun ssh..klu dlu ketawa senyum smua ada..mcm kena sampuk ja c musa ni hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.080604 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list