CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Di mana Ustazah Nur Farhana?.

  [Copy link]
Post time 21-1-2019 09:56 AM | Show all posts
becir replied at 18-1-2019 11:22 PM
Tahun bila yg Ada kes pengetua pempuan/ keje gomen yg tinggalkan kete tepi hutan then menghilangkan  ...

nak juga tahu kes ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 21-1-2019 05:52 AM
Mengada2 puki sekor ni

Wah. Baru bangkit dari kuburan ker sisturr
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:36 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 18-1-2019 10:59 AM
Kesian depa juga. Adik aiols pernah diajar cikgu mental. Tapi cikgu tu memang baik seblom mental p ...

cikgu ni dari semenanjung ke cheezy? pakai tudung labuh? eiks sekolah mana?
sebab kami masa form 5 di ajar guru math yg ala ala mental sikit.
siapa2 yg pernah ponteng kelas dia, dia akan suruh keluar kelas masa dia mengajar walaupun dia tau budak tu ponteng sebab wakil sekolah utk sukan/acara kokum lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 21-1-2019 02:36 PM
cikgu ni dari semenanjung ke cheezy? pakai tudung labuh? eiks sekolah mana?
sebab kami masa form  ...

Bukan. Yang ni cikgu lokal. Adik ai batch 90s.

Btw, nama cikgu mental chuols tu, cikgu Normah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 02:54 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-1-2019 02:40 PM
Bukan. Yang ni cikgu lokal. Adik ai batch 90s.

Btw, nama cikgu mental chuols tu, cikgu Normah k ...

yesss tepat sekali hahaha
cikgu ni memang membunuh semangat belajar math
pelajar yg dia anti (termasuk ai) dia xkan tanda sikitpun di kertas ujian/exam
plus dia xkan pandangpun masa di kelas.
panggil dia pun dia x hirau

nasib baiklah otak ai bijak n berusaha belajar sendiri, klu tak, meranalah sendiri2 diboikot oleh cikgu 4 bulan sbl spm huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 21-1-2019 05:52 AM
Mengada2 puki sekor ni

Hai abam changa. Welkambek kluar pnjara trus mnyumpah org ek. Msti msa mula kluar kes setazah ni, abam changa ketar tngan n kpala sbb xdpt ckp birahnya kau dekkk kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2019 03:52 PM | Show all posts
Suchi replied at 20-1-2019 12:02 AM
Yuols kat fb ni ade kisah cikgu izzuddin yg nmpak mcm helok hensem duk mengajar dah 7 tahun kat  ...

dabong ? jauh tu.. hmmm berulang plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 04:16 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 18-1-2019 11:34 PM
Sah2 dah meninggal cuma mayat/rangka belum dijumpai.

eerrr.. bukan dh dijumpai ke? salah info la aku rupenye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2019 04:53 PM | Show all posts

sekejap kate ayah mentua... ni dlm fb kate ayah siana.... mane satu yg betul da...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 21-1-2019 08:40 PM
Login_ID replied at 21-1-2019 02:54 PM
yesss tepat sekali hahaha
cikgu ni memang membunuh semangat belajar math
pelajar yg dia anti (te ...


Hahaha! Cikgu tu paling anti aiol kay! Kat sekolah weols, dia ngaja Add Maths. Sebab ada 1 kali tu aiol menjawab sheol apesal tak siap kerja rumah. Weol masa tu yang tak buat kerja ramai2 dibariskan di depan untok dirotan. Seblom tu ditanya la hapa alasan. Ai orang second last berbaris, so ai jawab la "alasan sia sama saja macam diurang". Tetiba satu kelas berdekah ketawa. Amekaw terus cikgu Normah anti ai siap pi cakap kat PK 1 if ada ai dan 3 orang lagik budak lelaki yang dia benci kat kelas tu, dia takkan masuk mengajar, wakakaka! PK1 sampai jumpa ai dan beberapa setan tu runding huntok pindah kelas okay. Bila dah jadik cikgu sekarang, rasa kasihan pula mengenang cikgu Normah. Sah2 sheol mental, kawan pon takda, bercakap seorang diri, dah la zaman tu takda sematfon nak berhubung dengan family, weol lagik buat taik kat dia. But sapa soh kan dia sundri pon pelik.

But ujung2 cikgu Normah yang pindah. Dengar gosip sheol dapat balik Kelantan teros. Tak sampai 6 bulan dia kat sekolah weols wei. Seperti 4 bulan sebegitu saja. Rasanya dia pindah dari sekolah uol pi sekolah ai, hahaha. Or dari sekolah ai pindah pi sekolah uol (seblom balik Kelantan). Ai budak Mat Salleh. Seblom Mat Salleh, sheols mengajar di Lohan. Ada sorang stoden pompuan sheol paling sayang kat kelas weol. Seblom pindah dia siap bagi surat ngan hadiah. Tapi sheol bebudak masa tu yang tiada memahami naluri orang dewasa so sheol seperti rasa lucu instead of terharu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 21-1-2019 04:16 PM
eerrr.. bukan dh dijumpai ke? salah info la aku rupenye

Macam belom jumpa ja Raxief. If not harus dah kecoh diinterview segala di media massa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
la,kena kontrol laki rupenye..iols da suspek da sebb something fishy je laki ustazah ni..
cikgu2 yg depresi ni mostly sbb pkahwinan..apela stress sgt ajr bdk sekolah rendah pun..
lagi 1,iols suspek family ustazah ni jns redha dan husnuzon je gitu,ala2 cite dlm tv tu..syurga di tapak kaki suami gitu..
cheh,kalau da membahayakan adik sendiri amek je xpyh nak taat membuta tuli
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 09:02 AM | Show all posts
dah dapat posting kat SPU....awat x accept ja...? dari langgaq ke SPU dalam 45 menet saja pun.... awat yg laki dia x bg tukaq....drp berulang jauh yakmatt ke liklau bek ulang alik ke SPU....malaih drive leh nek komuter jaa...turun kat tasek gelugoq.... ni x pasai2 sampai depress bini hang haih.


Sorry to say...aku tgk puak2 lahir 90an ni mmg mudah depress...jiwa x brp kental....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 03:16 PM | Show all posts
JiEunTak replied at 23-1-2019 09:02 AM
dah dapat posting kat SPU....awat x accept ja...? dari langgaq ke SPU dalam 45 menet saja pun.... aw ...

chuols tggu puak2 millenial turn into 20s mesti lg ramai yg ada mental issue.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah Nur Farhana Akan Berpindah

USTAZAH Nur Farhana Ibrahim akan ditempatkan di sekolah berhampiran rumahnya selepas proses pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang selesai.

Pengarah JPN Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, pihaknya difahamkan guru agama terbabit akan melalui proses pertukaran biasa yang sedang diuruskan JPN Pulau Pinang.

“Saya difahamkan Pengarah JPN Pulau Pinang baharu sahaja pulang dari Putrajaya bagi membincangkan isu beliau termasuk berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bagi menentukan penyesuaian perkhidmatannya.

“Kita hanya menunggu arahan jika semua proses di JPN Pulau Pinang selesai.

“Buat masa sekarang kita belum dihubungi JPN Pulau Pinang, namun kita tidak ada halangan untuk tempatkan beliau di sekolah berhampiran rumahnya nanti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pengetua dan Guru Besar di Dewan Sri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Dr Salmee Said.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Nur Farhana, 27, yang disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Alor Senibong, Langgar, pada petang Isnin minggu lalu seperti kebiasaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan dipetik berkata, suami mangsa memaklumkan isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014.

Beliau dilaporkan berkata, ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan terpaksa berulang alik setiap hari dari Langgar, Alor Setar ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar di sekolah berkenaan.

Jarak sehala Langgar ke Balik Pulau ialah kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu sudah banyak kali memohon untuk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dengan keluarganya.

Nur Farhana ditemui selamat di Kuala Kangsar, Perak, Khamis lalu.

Sementara itu, Abd Aziz berkata, setiap tahun pihaknya memproses ribuan permohonan pertukaran guru dari luar Kedah untuk mengajar di negeri itu.

Katanya, tidak timbul isu guru sukar untuk bertukar ke Kedah berikutan pihaknya mengambil kira kepentingan pelajar dan keperluan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

“Proses pertukaran guru ini sentiasa berterusan dari semasa ke semasa, sehingga sekarang kita masih menandatangani permohonan berkaitan selain ada guru yang sudah diluluskan berpindah ke sini tapi dia batalkan.

“Begitu juga dengan guru bersara, di Kedah kita ada 36,000 guru dan proses ini sangat dinamik.

“Kita sentiasa beri perhatian bagi setiap permohonan seperti saranan Kementerian Pendidikan agar mewujudkan ekosistem pengurusan yang gembira.

“Ini bermakna kita hendak guru kita gembira dan tidak mahu mereka tertekan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
https://goo.gl/images/2AiYMQ ni gambar kawen diorang .pic pkcik google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada penyelesaian
Shamsul Munir Safini

MASA depan kerjaya ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, masih terumbang-ambing sama ada dia akan bertukar sekolah atau berdepan tindakan lain.

Keputusan sama ada Nur Farhana dapat bertukar sekolah atau tindakan disiplin diambil belum dapat diputuskan dalam masa terdekat ekoran beberapa prosedur di peringkat pengurusan.

Difahamkan, tindakan ke atasnya masih belum dapat diputuskan Jabatan Pelajaran (JPN) Pulau Pinang kerana laporan daripada pihak berkuasa masih belum diperolehi.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr Mahanum Mat Sam berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada polis mengenai kejadian guru agama berkenaan yang hilang pada 14 Januari lalu sebelum dijumpai di Kuala Kangsar tiga hari kemudian.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan polis yang sedang melengkapkan laporan sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sementara itu, Nur Farhana dilaporkan masih bercuti sakit (MC) susulan kejadian itu dan sama ada dia ditukarkan masih samar kerana prosedur yang perlu diteliti termasuk kertas laporan polis mengenai kejadian.

Semalam media melaporkan bahawa JPN Kedah tidak mempunyai masalah untuk menempatkan guru agama berkenaan di sekolah yang berdekatan rumahnya.

Pengarah JPN Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, pihaknya difahamkan guru agama terbabit akan melalui proses pertukaran biasa yang diuruskan JPN Pulau Pinang.

Beliau berkata, pihaknya akan menunggu arahan dan jika semua proses di JPN Pulau Pinang selesai, mereka tiada halangan menempatkan beliau di sekolah berhampiran rumahnya.

Nur Farhana sebelum ini menolak tawaran pertukaran sekolah ke Seberang Perai Utara dan hanya mahu berpindah ke Alor Setar dan ia tidak dapat diluluskan kerana tiada kekosongan selain perlu mengikut polisi jabatan.

JPN Pulau Pinang juga mengesahkan bahawa guru agama itu baru saja disahkan jawatannya pada Mac 2018 dan mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Genting (SKG), Balik Pulau pada 15 Ogos 2016.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Nur Farhana disedari suaminya selepas tidak pulang ke rumah mereka di Alor Senibong, Langgar, Alor Setar pada petang Isnin seperti kebiasaan.

Suami Nur Farhana mendakwa isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dan dipercayai mengalami masalah sama berikutan berulang-alik setiap hari dari Langgar, ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg susah gek nak bertukar ni..tp muda2 dah murung, ustazah pulak tu..mmg sesuatu ler..yg lain ni buat trigger tmbh depression tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.098037 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list