CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Di mana Ustazah Nur Farhana?.

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 17-1-2019 07:29 AM
Katanya, menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pada tahun 2014 dan us ...

Oh kemurungan.

Laki sundal ka dek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 17-1-2019 06:55 AM
Kakak aku yang mengajar kat sabah mintak balik ke semenanjung punya la susah.5 tahun beb tak dapat ...

1. Negeri dia nak masuk penuh.
2. Option dia berlambak di negeri yang dia nak pindah.
3. Dia kerja penuh cemerlang sampai pentadbir susah nak lepaskan atau option dia kekurangan kat negeri tempat dia mengajar sampai susah nak carik ganti.
4. Takda orang nak bertukar suka sama suka dengan dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustazah pun murung?.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 17-1-2019 06:17 AM
Laki dia lah bodoh.. Cubalah scarifice tok bini pindah dekat ngan bini.

Laki dia keja kat kedah....
Mgkin dah beli rumah kat kedah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
trigger baca komen2 kat fb yang marah bila ada yang bg cadangan mungkin dia patut bersara awal sebab dia tak mampu nak ulang alik jauh gini.
Ada gak yg marah suh dia keje gak sebab kerja mulia la itu lah inilah kendian kaitkan dengan keperluan misi/doktor wanita bagai.
Masalahnya dia bukan doktor n misi bagai kalau dah dia tak mampu nak paksa apa lagi.
Nak pindah tak dapat biarlah laki je fikir cemana nk uruskan perbelanjaan  semua tu dah laki pun takleh nak bantu gak bini tu dapat duk dekat ngan sekolah.

Depression is real, sapa yang pernah dan sedang melaluinya sahaja faham

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:26 AM | Show all posts
tetiba aku teringat sorg ni nk tukar sama suka ngan aku
die keje kt hospital penang tu tp tinggal kt jitra nuh
die citer kt aku hari2 die bgn 3 pg sbb nk gi keje
sbb tu die desperado nk pindah masuk tmpt aku

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 17-1-2019 07:48 AM
agree... takkan takleh berkorban kot. tanak dok dekat tmpt bini, pilih tmpt yang sama-sama jauh la ...

Baca berita kat fb katanya peniaga.
Speku iols,mungkin duk umah sendiri atau umah pusaka atau ade org tua sekali dlm
Umah tu yg suami tu kena jaga so tak leh gi mana duk la tersekung dlm umah tu.kot ade sapa2 yg kenal boleh bitau pasal apa setazah tu terpaksa duk jauh dr sekolah.

Apapun sebab dan alasan yg menjadi mangsa ustazah tu.
Dia dah kemurungan sejak 2014 tapi keadaan masih sama masih dia kena lalui menda yg menyebabkan dia kemurungan..
Kesiannnyaaalah

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:35 AM | Show all posts
i can feel her becoz i am a woman too..
when u tak ada sumber nak meluahkan isi hati kehidupan walaupun u ada pasangan dlm perkahwinan ...
u akan rasa lonely dan sgt tertekan sebab semuanya tersimpan dalam naluri sendiri
wanita perlu dibimbing dan diberi semangat dan kata2 sebab mereka insan yg lemah...bersandarkan 9 nafsu dan 1 akal ..jadi bayangkanlah elemen apa yg byk menguasai diri wanita?

Itupun  sebenarnya lelaki ramai tak kan faham wanita walaupun mereka sendiri seorang suami ...dan yg lebih teruk sebenarnya mereka tak mahu memahami wanita itu dlm konteks yg lebih mendalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:38 AM | Show all posts
leh tak meols nk speku yg si laki tu mmg sejenis tak hirau kepenatan bini?
bini ko dah penat kot, balik rumah je tetap jugak kene buat keje rumah.
selalu laki mcm ni bila ditanya psl simptom die tak tau sbb die tak peduli pun
bila tanya takde masalah ape2
same kes mcm ibu kelar anak tu, laki pun tak tau bini die postpartum depression

laki pun keje peniaga bukannye ada majikan
bleh je pindah sg 2 ke, sg petani, at least dekat la skit
kalau laki die nk berbisnes tu ha bleh je ikut jln dlm balik langgar
balik pulau  tu jauh kot bknnye turun jambatan ka turun feri ka terus sampai
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpati situasi keluarga ni.. ada pengorbanan besar yang perlu dibuat oleh suami atau isteri bagi memastikan keadaan normal balik. Penat wife tu berulang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:43 AM | Show all posts
Ada baca yg ustazah tu terjun dari tingkat 5 shopping complex kat ipoh, meninggal dunia..wallahualam samada berita ni betul atau x..

anak kecik lg,baru 3 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:45 AM | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2019 08:28 AM
Baca berita kat fb katanya peniaga.
Speku iols,mungkin duk umah sendiri atau umah pusaka atau ade ...

laki die peniaga takde majikan kot kaka
leh ja sacrifice duduk dekat skit
at least kt sp ka
meols rasa duduk sg 2 pun ok sbb situ dekat dah ngan feri
sewa rumah sana pun murah, tempat makan pun byk
dahla bini die ngajaq kt balik pulau tu
kalau bayan lepas ka belah town ka mungkin leh bertahan skit
kalau nak bawak orang tua pun bleh

dak pun laki izinkan bini dia sewa bilik ka kat belah sana
kalau penat tu takyah balik tidoq sana ja
ni meols speku bini dia penat2 balik rumah pun kene buat keja rumah
sapa tak stress

meols teringat formula nih
bini kerja + laki pemalas = bini stress
bini surirumah + laki pemalas = bini stress
kesimpulannye bini stress sbb laki pemalas tu ja
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:53 AM | Show all posts
cari la rumah dkt sekolah tu.. sewa ke.. laki dia patut berkorban la.. biar laki yg payah cari nafkah bkn isteri.. biar laki yg ulang alik.. moga dia selamat la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:53 AM | Show all posts
kesiannya..menanggung depression..hrp2 dia dlm keadaan selamat dan tak buat sesuatu diluar jangkaan..brg2 peribadi pun tak dibawa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat la ustazah ditemui
Satu je nak elak depresi
Jangan terlalu harapkan makhluk
Makhluk manusia ni xkan faham kita
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-1-2019 08:45 AM
laki die peniaga takde majikan kot kaka
leh ja sacrifice duduk dekat skit
at least kt sp ka

Dahla ank dia pun kecik lg baru 3 tahun tgh membuas silap aribulan nyusu pun lum putus lagi.

Tulah takde nya setazah tu nak murung saja2 menda ni pun dah lama bygkan drpd 2014 kot bukan baru sehari dua dia murung.
Sian dia lama menanggung derita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-1-2019 08:26 AM
tetiba aku teringat sorg ni nk tukar sama suka ngan aku
die keje kt hospital penang tu tp tinggal k ...

Di ipoh mmg ada satu bas express charted yg weekdays akan gerak pkl 3am setiap hari utk mrk yg bekerja di KL. One of them is my father's cousin, for 10 yrs dia tpaksa korban ulang alik gi kerja ipoh-kl sbb x nak menyusahkn wife & anak2 transfer/pindah KL
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:03 AM | Show all posts
jauh sgt travel.. alangkah yang duk ampang keje shah alam pun gigih cari bilik sewa and weekend baru balik umah besar..

salah seorang kena berkorban..
ada few jiran and sedara PJJ sbb tak mampu nk travel gini..

kalau sayang kan diri sendiri.. jangan harapkan tukaran.. yang tak bila tiba.. yang penting diri sendiri dulu

1) berhenti cari keje lain
2) laki support bini cari rumah semntara dekat tempat keje bini..
3) cari la bilik sewa pun jadi.. untuk pi keje weekend balik la semula ke laki..

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 17-1-2019 08:19 AM
Ustazah pun murung?.......

Sesiapa pun boleh kemurungan tak kira siapa even doktor sekalipun.

Salah satu punca kemurungan adalah disebabkan perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)

So dia takde kena mengena dengan tahap iman dan kewarakkan org so tak perlu pelik sekiranya seorang setazah alami kemurungan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya Ada Tanya Mengapa Dia Menangis, Tapi Dia Hanya Menjawab Tak Ada Apa-Apa” – Guru hadapi tekanan dikhuatiri hilang. Seorang guru dikhuatiri hilang apabila tidak hadir ke sekolah tempatnya mengajar di sini, sejak dua hari lalu.

Nur Farhana Ibrahim, 27 merupakan guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Genting di sini disahkan mengalami simptom tekanan serius (reactive depression with marked anxiety symptoms) sejak beberapa tahun lalu.Mengalami Tekanan

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya di sini setiap hari. Menurut suaminya, Muhammad Naim Mahayadin, isterinya menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

“Saya ada tanya mengapa dia menangis, tapi dia hanya menjawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa dan terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini tadi. Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar kerana isterinya akan menaiki kereta rakannya ke tol Sungai Dua, Butterworth.

“Isteri saya tumpang kereta rakannya untuk ke tempat kerja dan parkir keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada menghubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri ada di atas almari bilik. Saya menghubungi rakan isteri dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.

“Mereka hanya nampak kereta isteri di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak mempunyai masalah sebelum itu dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.
Pada masa sama, dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

“Saya bersama-sama guru dan guru besar ada mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya buat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya,” katanya.

Risau dengan keadaan isterinya, Muhammad Naim berkata, dengan tekanan yang dihadapinya itu, dia dilarang untuk duduk berseorangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan anggota polis dengan bantuan dari Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.

“Saya mohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.

Hubungi nombor : 0111 0649948/019 4589948 (abang- shauki) 01110769948 ( kakak-madihah)





















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083794 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list