CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2246|Reply: 33

[Tempatan] Sebulan Dipenjara, Pemuda Serik Jadi Pemandu Pelancong

[Copy link]
Post time 17-1-2019 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Wan Mohamad Amirul Adib, 22, memeluk ibunya, selepas dibebaskan dari pusat tahanan Thailand kelmarin. — Foto Bernama

ALOR STAR, 17 Jan — Rakyat Malaysia, Wan Mohamad Amirul Adib Wan Mohd Subhi  yang ditahan di Thailand kerana membawa ‘walkie-talkie’ dan membawa kenderaan tanpa permit, berterima kasih kepada rakyat negara ini yang telah menyalurkan sumbangan sehingga membolehkannya pulang ke tanah air.

Wan Mohamad Amirul Adib, 22, yang ditahan pada 14 Disember lepas ketika membawa tujuh pelancong Malaysia melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Thailand, dibebaskan daripada tahanan kelmarin setelah membayar wang jaminan yang ditetapkan sebanyak RM51,800.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi memberikan sumbangan berjumlah lebih RM20,000 bagi mencukupkan jumlah wang jaminan yang diperlukannya sebanyak RM51,800 untuk membolehkan saya dibebaskan.

Ini merupakan kerja sampingan dan baru kali pertama menjadi pemandu pelancong untuk membawa masuk pelancong ke Thailand.

“Saya tidak sangka ia menjadi kenangan sedih kerana dimasukkan ke dalam penjara sementara menunggu jumlah duit jaminan cukup untuk membolehkan saya keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Lumba Kuda, di sini, semalam.

Katanya, jumlah wang jaminan yang tinggi itu memaksa keluarganya mengumpul wang dan menggadai barangan peribadi sebelum akhirnya terpaksa memohon bantuan dan sumbangan orang ramai.

Katanya, selepas wang jaminan itu mencukupi dia kemudian dibebaskan daripada Penjara Nathawee, Songkhla pada pukul 8 malam, Isnin lepas sebelum dibawa ke Balai Polis Sadao untuk urusan dokumentasi dan selepas semuanya selesai dia telah keluar dari pintu sempadan Thailand ke Malaysia pada pukul 5.30 petang, kelmarin.

Wan Mohamad Amirul Adib yang bekerja sebagai penasihat jualan berkata buat masa ini dia serik untuk menjejakkan kaki ke negara jiran itu selain menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara untuk mengambil tahu undang-undang sesebuah negara supaya tidak melakukan kesalahan seperti dirinya.

”Ambil tahu mengenai undang-undang itu penting...kadang-kadang kita tidak tahu perkara yang kita buat itu menyalahi undang-undang dan saya juga harap pihak-pihak yang terlibat dalam pelancongan supaya mengambil berat mengenai perkara ini,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Siti Zubaidah Saad, 48, berkata dia sangat terhutang budi kepada rakyat Malaysia khususnya Pegawai Menteri Besar Mohd Azril Ramli dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pendang yang banyak membantu untuk membebaskan anak ketiganya itu.

”Biar ini jadi pengajaran buat kita semua dan saya harap tiada lagi rakyat Malaysia yang perlu berdepan dengan situasi ini.

“Tempoh sebulan ini sangat memeritkan buat saya sekeluarga dan saya juga harap dia dapat berpindah dari Kuala Lumpur untuk tinggal bersama saya di sini,” katanya. — Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 10:07 AM | Show all posts
apo yg ko buat dikkkk??
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:11 AM | Show all posts

kene tangkap bwk walkie talkie masuk thailand sis
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:13 AM | Show all posts
putribatrisya replied at 17-1-2019 10:11 AM
kene tangkap bwk walkie talkie masuk thailand sis

lerrrrrr.....yeke...

tak memasal....


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:23 AM | Show all posts
bos dia la bangang, tak bitau benda2 cmni
baik bubarkn ajala syarikat pelancongan tu
wat nayer kt pekerja aja

tanam jagung lagi bagus
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:33 AM | Show all posts
mmg takleh bawak masuk ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 10:37 AM | Show all posts
x psal2 merasa duk penjara kat negara org pulak tu
nape la kompeni tu x bertanggungjwb
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la,amik tau sket nak masuk tmpt org tu.pastu ko hempuk bos ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 10:51 AM | Show all posts
batmana replied at 17-1-2019 10:23 AM
bos dia la bangang, tak bitau benda2 cmni
baik bubarkn ajala syarikat pelancongan tu
wat nayer kt  ...

patutnya semua duit jaminan tu boss dia kena bayar...  ni hulur tak sampai separuh sampai isteri terpaksa merayu kat orang ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:54 AM | Show all posts
Cari kerja sampingan kat Malaysia jer la lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 17-1-2019 10:23 AM
bos dia la bangang, tak bitau benda2 cmni
baik bubarkn ajala syarikat pelancongan tu
wat nayer kt  ...

Khuenst patutnye bos tu je lah yg bayar wang jaminan tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bimbo dan menyusahkan seluruh keluarga...muka maknya pon mcm..mmhmm.nanti kau dkt rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:25 AM | Show all posts
kerja bwk beca di malaysia sahaja lah dik... tk pasal2 habis duit nk menjamin... elok duduk je sementara dlm itu... makanan pun free..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:56 AM | Show all posts
susah betul pergi negara orang, duduk sahaja di negara sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:03 PM | Show all posts
2 benda ku baru belajar kalau melancong ke Thailand, based pd kes2 terbaru:

i. Tak boleh bawak walkie talkie (wlu ni  benda biasa).

ii. Kalau bwk keta langgar pejalan kaki kau yg akan disalahkan wlu macamana sekali pun.
Kena bayr ganti rugi, blh cecah 200k.
Dan kena ada penjamin warga Thailand (jamin dgn cagarkan aset).

Ada lg tak?


seram plak nk gi Thailand. Tak memasal je nnti.
  
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:12 PM | Show all posts
Dikkk cari jelah keje lain, keje dlm Malaysia je x melibatkan undang2 negara lain. Senang, tak payah pening kepala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thailand skrg bkn tentera ke yg pegang....junta thai bkn kerajaan awam...mmgla tak blh bwk walkie talkie
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:22 PM | Show all posts
batmana replied at 17-1-2019 10:23 AM
bos dia la bangang, tak bitau benda2 cmni
baik bubarkn ajala syarikat pelancongan tu
wat nayer kt  ...

tau takpe naya kat org je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:35 PM | Show all posts
syadail replied at 17-1-2019 12:03 PM
2 benda ku baru belajar kalau melancong ke Thailand, based pd kes2 terbaru:

i. Tak boleh bawak wa ...

yang no 2 tu pun baru tahu. Member suami bawa masuk kereta, terlanggar motor rakyat sana sebab motor tu brek mengejut.  Pi balai polis, polis cakap member tu salah. Kena bayar almost RM30k.. tobat tak mau masuk dah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 17-1-2019 10:33 AM
mmg takleh bawak masuk ke...

Memerlukan kebenaran dari thailand
Even Di Malaysia pun memerlukan lesen untuk pakai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.090011 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list