Seorang wanita bertindak membakar suaminya sehingga mati kerana enggan memberitahu kata laluan telefon pintarnya.
Kejadian yang dilaporkan oleh Tribun News itu dikatakan berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 12 Januari lalu.
Kredit foto: Tribun News
Menurut jurucakap polis Ipda Abdurasyid, pihaknya menerima laporan mengenai kes seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama IC, 25, menyimbah minyak tanah sebelum membakar suaminya Dedi Purnama, 26.
Kejadian dikatakan berpunca daripada keengganan mangsa untuk berkongsi kata laluan telefonnya.
Kredit foto: Carian Google
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital terdekat kerana kecederaan parah, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Kredit foto: Tribun News
Menurut siasatan awal, suspek mendakwa dimarahi dan dipukul selepas bertanyakan kata laluan telefon suaminya. Mempertahankan dirinya, wanita itu kemudian menyiram suaminya dengan minyak tanah sebelum membakarnya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut telah membantu memadamkan api yang menyala pada tubuh Dedi Purnama.
Kredit foto: YouTube
Berikutan penyebaran video kejadian yang kini tular, beberapa rakan Dedi mengucapkan takziah dan rasa berduka atas pemergiannya.
"Selamat jalan Dedi, semoga tenang di alam sana," kata temannya yang hanya dikenali dengan nama ChunK Rasta.
Wanita itu kini dalam tahanan polis untuk membantu siasatan. - CARI |