CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17326|Reply: 37

[LAIN-LAIN] 5 SIRI TV LEGEND YANG MUNGKIN ANDA DAH LUPA

[Copy link]
Post time 17-1-2019 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 25-1-2019 02:03 AM

Anda semua masih ingat zaman di mana segala drama atau siri yang kita tonton di kaca televisyen (TV) tidak dimonopoli mana-mana cerita berdasarkan novel?


Ia merupakan tempoh di mana pengarah dan penulis perlu mengerah idea sendiri untuk menghasilkan karya asli dan menarik. Kebiasaannya, cerita-cerita segar seperti inilah yang akan diingat sampai bila-bila. Buktinya? Mari kita lihat jika anda ingat siri TV berikut.



1. Puteri (2005)




Agak mustahil bagi lelaki yang sempurna akal dan fizikal untuk tidak mempunyai celebrity crush terhadap Nora Danish pada awal kemunculannya di kaca TV.


Puteri merupakan sitkom TV3 yang diarahkan pengarah tersohor Aziz M. Osman dan berkisarkan Puteri yang menetap bersama rakannya, Anita (lakonan Siti Fazurina) serta Kamala (lakonan Kanchana Devi) dan sentiasa bersama mengharungi apa saja masalah.


Ungkapan penarik "So.... Kita enjooooyyyy!" pasti tidak akan pudar dari ingatan penonton yang mengingatkan mereka kepada watak Puteri yang sentiasa ceria. Secara tidak langsung, sesiapa yang mengikuti sitkom ini pasti boleh menyanyikan sekali lagu Sha Na Na dendangan Amy Mastura yang menjadi lagu pembukaan.


2. Dunia Baru (2006)



Kredit foto: Wikipedia


"Kaf ba ra ka alif ta nun"


Siapa saja boleh lupa dialog ikonik yang sering diungkapkan ibu kepada Muhammad Adif ini. Buat yang tidak tahu, Dunia Baru merupakan drama berkisarkan kehidupan sekumpulan mahasiswa di universiti. Ia merupakan antara drama yang sangat popular sehingga mencapai lebih tiga juta penonton.


Ia dibarisi pelakon hebat seperti Elyana, Pierre Andre, Ellyas Abdullah, Anne Ngarsi, Iqram Dinzly, Almy Nadia, Anita Baharom, Baizura Kahar dan ramai lagi.


Siri ini kemudiannya dijadikan filem iaitu Dunia Baru The Movie (2008) dengan barisan pelakon sama dan tetap mendapat sambutan yang melambung tinggi. Sayangnya, sambungan daripada siri TV ini iaitu Dunia Baru Reunion (2010) dan Dunia Generasi Baru (2015) tidak mendapat sambutan menggalakkan.



3. KAMI (2007)



Kredit foto: Wikipedia



Anda tidak betul-betul indie kalau tidak pernah menonton atau mendengar tentang KAMI. KAMI menceritakan hidup lima sekawan iaitu Lynn, Ali, Sofie, Abu dan Adii dalam menjalani kehidupan mereka yang bergelut dengan masalah peribadi masing-masing.


Satu perkara yang sentiasa menyatukan mereka adalah muzik yang melambangkan saat memberontak mereka di usia remaja. Zaman kemunculan siri KAMI merupakan zaman kebangkitan muzik indie di Malaysia dengan kemunculan band terkenal seperti Meet Uncle Hussein, One Buck Shot dan Laila's Lounge. Malah, band Bittersweet dan One Buck Shot turut mempunyai cameo dalam siri ini.


KAMI kemudiannya difilemkan pada tahun 2008 dengan barisan pelakon dan pencipta yang sama.



4. Spa Q (2008)



Kredit foto: Wikiwand.com



Masih ingat dulu-dulu lepas pulang dari sekolah atau kerja, mesti TV di rumah akan berkumandang lagu Ku Mahu oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza tanda drama Spa Q sudah dimainkan.


Dalam satu isi rumah, mesti ada sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang mengikuti Spa Q dari awal, selalunya golongan ibu-ibu lah.


Spa Q merupakan drama pada slot Akasia yang pernah meletup suatu ketika dulu, diterajui Norish Karman sebagai Qistina (Pemilik kepada Spa Q) dan dibantu pelakon hebat lain seperti Betty Benafe, Elly Mazlein, Farahdhiya dan Ridzuan Hashim.


Mungkin anda tidak perasan atau terlupa, tetapi Nelydia Senrose turut membintangi cerita ini. Siri ini pernah dilancar semula sebagai Spa Qistina (2010) oleh Astro Ria, tetapi dengan teraju utama yang berlainan.



5. Tower 13 (2009)



Kredit foto: tontonfilem.com



Siapa saja tidak mengenali pengarah filem dan siri tersohor Kabir Bhatia? Melalui naskhah hebat seperti Nur Kasih, Bisik Pada Langit, Pulang dan Sepi, adakah anda semua ingat satu ketika dulu Kabir Bhatia pernah mengarahkan siri seram?


Tower 13 mengisahkan Adam (lakonan Bront Palarae), seorang pengurus kepada bangunan Emerald yang disoal siasat detektif Malik (lakonan Azhan Rani) berkenaan satu kes kematian di bangunan tersebut. Cerita ini menyajikan 13 cerita berbeza daripada bangunan yang sama, di mana kesemua cerita itu berkait sedikit demi sedikit, disusun dengan begitu kemas dan menyeramkan.


Antara kisah paling diingati pastinya kisah daripada Ustaz Khalid yang pernah membuat perjanjian dengan syaitan untuk menghidupkan semula ibunya yang telah mati.




Banyak lagi sebenarnya siri TV yang masih segar di ingatan, seperti Kasanova XXL, Emil Emilda (siapa ingat betapa kurusnya Aaron Aziz ketika itu), Rona Roni Makaroni dan lain-lain. Jadi? Mana satu antara siri yang menjadi kegemaran anda? Atau anda ada pilihan sendiri? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka dunia baru, puteri ..tower 13... mmg best.
Mnyeramkn..mmg tk miss tgk tower 13.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:54 AM | Show all posts
ai dulu suka tgk spa q dengan kami !
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:55 AM | Show all posts
Natasha..lakonan Fasha Sandha tu..memang best
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:03 PM | Show all posts
hmmmmmmmmm………………..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Spa q tu masa tu nelly mcm ada pelat2 klate lagi kan masa tu. Kecik2 dah cantik nelly tuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 12:10 PM | Show all posts
spa Q tu besttttt... satu lagi Lara ape tah. yg emelda berlakon tu. dlm cite tu Abby jadi makcik lara yg gedik2
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:15 PM | Show all posts
tak ikut pun semua drama di atas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Baizura kahar dunia baru... cun..tapi hilang dah
Pelakon lelaki kami rambut gerbang tu pun hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:38 PM | Show all posts
suka dunia baru n kami..time tu aku tgah skola menengah dok asrama..bestnye skang da xremaja da..huwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 17-1-2019 12:10 PM
spa Q tu besttttt... satu lagi Lara ape tah. yg emelda berlakon tu. dlm cite tu Abby jadi makcik lar ...

Manjalara.. jahat nau2 sheila rusly dlm cite tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:12 PM | Show all posts
sinalegna replied at 17-1-2019 12:55 PM
Manjalara.. jahat nau2 sheila rusly dlm cite tu

yessss manjalara.. aku duk terbayang2 tajuk dia lara alana
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:22 PM | Show all posts
Spa Q best la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Spa Q tu la turning point Azizah Mahzan showing her true color gitu.. dr seorang watak ibu2 memgangis ditangga menunggu anak pulang di pagi raya ke watak wanita tua x sedar diri dgn rambut pelesenya.. dgn slang2 mat salleh nya.. hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 04:40 PM | Show all posts
Tower 13 tu mmg mcm Kdrama...jalan cerita dia u cannot miss even 1 scene pastu kena follow every episode.... mmg kna guna KBAT btol layan Tower 13...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Spa q time tu iolss baru form 4.. Mati2 igt si nely mmg dah habis skola, dia nampak matang sgt.. Rupa2nya baru form 1 dia time tu.. Time citer tu jugak nama dia still letak nik zaris nelydia takde ber rose2 bagai. I ngan member i dari situ habis ktorg csi keluarga nely. Tp dulu2 nely ni gelap muka berjerawat, pakai braces and sedikit tembam..
Dunia baru mmg minat habis sbb elyana.
Kami sbb jue evans.
Citer sutera maya pon best..
And lg satu, kat sini ada tak sesape igt drama ada sorg budak perempuan ni cacat.. Mulut dia senget, jari dia selalu buat lambang rock tu.. Kakak and abg dia tak berapa suka kat dia. Best citer tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
K.a.m.i suke gila kot dgn dunia baru
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecut je almy nadia time tu..nnngis tepi bucu tgk badan lma compare skg..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 17-1-2019 05:54 AM
Spa Q tu la turning point Azizah Mahzan showing her true color gitu.. dr seorang watak ibu2 memgangi ...

Zaff zafff dgn nada gedik hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri salju?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067725 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list