CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 709|Reply: 13

[Tempatan] 41 peratus tandas awam di JDT (bukan nama sebenar) kotor yang amat!

[Copy link]
Post time 17-1-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode
41 peratus tandas kotor


SEBANYAK 41 peratus tandas awam di bandar raya Johor Bahru berada dalam keadaan sederhana bersih dan kurang bersih.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, ia hasil pemantauan menerusi usaha penggredan 1,630 tandas awam dijalankan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 2018.

Beliau berkata, ia termasuk tandas di pasar raya, restoran, stesen minyak, hentian bas, pusat ibadat, universiti dan sekolah.

Katanya, daripada bilangan tandas yang di gred, hanya 15.58 peratus mencapai tahap bersih dan amat bersih iaitu 4 dan 5 bintang, manakala 39.26 mencapai tahap memuaskan iaitu tiga bintang serta 41 peratus di tahap sederhana bersih dan kurang bersih iaitu satu dan dua bintang.

“MBJB akan melaksanakan penggredan tandas awam daripada semasa ke semasa dan antara perkara diambil kira termasuk persekitaran tandas yang bersih serta selesa, tandas berasingan bagi lelaki dan perempuan, mesra pengguna serta kemudahan bersesuaian.

“Ia mampu menggalakkan warga bandar raya untuk terus mengekalkan keindahan, keceriaan dan kesihatan.

“Ia juga penting dalam visi menjadikan Johor Bahru sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa, berbudaya dan lestari,” katanya pada sidang media penguatkuasaan undang-undang di premis perniagaan di Pejabat MBJB, hari ini.

Mengulas mengenai pembaharuan lesen perniagaan, Amran berkata, mesyuarat jawatankuasa kesihatan dan pelesenan MBJB bersetuju melanjutkan pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi 2019 mulai 15 Januari hingga 15 Februari depan bagi beberapa kategori lesen perniagaan.

Menurutnya, ia termasuk lesen perniagaan dan iklan berisiko tinggi seperti pusat hiburan, pusat hiburan keluarga, refleksologi, urutan tradisional dan spa.

“Pembaharuan kategori lesen perniagaan dan iklan berkenaan tidak dikenakan bayaran denda lewat.

“Bagi kategori lesen perniagaan dan iklan berisiko tinggi, pembaharuan lesen perniagaan dan iklan dikenakan bayaran denda lewat 10 peratus.

“Bagi kategori lesen perniagaan dan iklan tidak berisiko, mereka tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen dan perlu mengisi borang permohonan lesen baru dan dikenakan bayaran proses RM20,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 11:46 AM | Show all posts
mmg tak heran pun....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:50 AM | Show all posts
adoi tandas kalo kotor rela aku tahan baik balik rumah je membuang

tapi so far kalo g mana2 pergi petron

bersih sket
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:51 AM | Show all posts
Mmg kotor ya amat.. Yucksss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 11:53 AM | Show all posts
kekadang sesetengah org masuk tandas
lps tu malas nak flush!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 11:57 AM | Show all posts
ingatkan kat kelantan jer isu ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:02 PM | Show all posts
di malaysia ni kat mana tandas awam bersih? Even kat airport yang penjagaan dibuat dgn rapi tu pun kotor. orang malaysia ni tak ada etika ketika berak. Bersepah, tandas duduk dia mencangkung dan air basuh berak mercik sampai ke dinding.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 12:05 PM | Show all posts
mmg kebanyakkan tandad kotor je…………...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:15 PM | Show all posts
harap org yg manage tempat2 tu, ambil tindakan ye...
susah nak jumpa tandas awam yg betul2 bersih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 12:23 PM | Show all posts
tandas yg guna tisu pun sama
tisu disumbat dlm lubang tandas
lepas calit, calit
tak flush pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:23 PM | Show all posts
oooooooo ingatkan pembersih sangat sebab orang dia kan suka condem orang negara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:43 PM | Show all posts
sqlite3 replied at 17-1-2019 12:02 PM
di malaysia ni kat mana tandas awam bersih? Even kat airport yang penjagaan dibuat dgn rapi tu pun k ...

dah imej tandas camtu kat Malaysia kan, nama pun bilik air jadi kena lah basah merecik sepanjang masa. macam gambling pulak kalau kena guna tandas awam kat sini, kalau jumpa yang bersih tu serupa macam menang loteri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Menderita woi bagi sesiapa yang ada OCD
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.243101 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list