CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11232|Reply: 69

6 Filem Malaysia Yang Sangat Dinanti-Nantikan Tahun 2019

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Tahun 2018 telah membuktikan bahawa industri perfileman Malaysia semakin berupaya memikat hati penggemar-penggemar filem dan mematikan tanggapan bahawa filem tempatan tidak berkualiti. Malah, empat daripada lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi datangnya dari tahun 2018 iaitu Munafik 2, Hantu Kak Limah, Paskal dan Polis Evo 2.


Bagaimana dengan tahun 2019? Adakah filem tempatan akan terus mengungguli carta filem di Malaysia? Mari kita saksikan antara filem-filem tempatan yang dinanti-nantikan bagi tahun 2019.

1. XX Ray III
Kesinambungan daripada filem sains fiksyen XX Ray (1992) dan XX Ray II (1995), XX Ray III bakal menampilkan barisan wajah baru seperti Izzue Islam, Nonny Nadirah dan Adam John. Filem ini diterajui oleh pengarah yang sama iaitu Aziz M. Osman dan pastinya menjadi filem yang dinanti-nantikan oleh penggemar francis ini. Malah, bagi tujuan mempromosikan filem ini, pihak penerbitan telah menghasilkan patung figura edisi terhad sebanyak 200 bagi watak Prof. Amir Hamzah dan jualan figura itu mendapat sambutan yang hangat. Tayangan filem ini akan bermula pada 24 Jan 2019 di seluruh Malaysia.



Kredit foto: URTV.com




2. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Agak mustahil sebagai warga Malaysia untuk tidak mengenali kembar cilik Upin dan Ipin ini. Malah sambutan bagi siri kartun ini begitu hangat sehingga ke negara luar, terutamanya Indonesia. Berbeza dengan Geng: Pengembaraan Bermula (2009), filem kali ini memberi penekanan sepenuhnya kepada pengembaraan Upin, Ipin dan rakan-rakannya yang lain di mana mereka diserap ke dalam portal yang diakibatkan oleh sebilah keris daripada setor Tok Dalang. Dengan pertolongan watak-watak seperti Mat Jenin dan Belalang, mereka akan menempuh cabaran dan menentang musuh iaitu Raja Bersiong demi mencari jalan untuk pulang ke Kampung Durian Runtuh. Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac 2019.



Kredit foto: Lescopaque.com




3. Misteri Dilaila
Pada pengakhir tahun 2018, kita disajikan dengan trailer dari filem seram terbaru arahan Syafiq Yusof iaitu Misteri Dilaila. Filem ini merupakan hasil kerjasama produksi Skop Production dan Astro Shaw, dan dibintangi barisan pelakon-pelakon handal seperti Zul Ariffin, Rosyam Noor, Elizabeth Tan dan Nam Ron. Keupayaan Syafiq Yusof menghasilkan filem seram dapat kita lihat melalui Villa Nabila (2015) dan pastinya karya kali ini lebih menarik. Syafiq turut akan tampil dengan filem arahannya bersama Matluthfi iaitu Sekolahaha dengan tema yang lebih ringan dari norma filemnya. Setakat ini masih belum ada tarikh tayangan rasmi bagi kedua-dua filem ini.



Kredit foto: Facebook Kakimuvee




4. Bikers Kental 2
Kita mungkin telah disediakan banyak filem yang melibatkan motosikal, road trip atau perlumbaan seperti Mat Moto, Rempit Sampai Langit dan Wawa Semput. Tetapi selain Adnan Sempit, jarang sekali kita lihat filem-filem sebegini menerima sekuel. Bikers Kental (2013) merupakan filem adventerous/komedi santai yang relevan untuk diteruskan penceritaannya. Mungkin ada yang tidak tahu filem ini juga turut diadaptasi kepada teater muzikal di pentas unggul Istana Budaya, yang turut mendapat sambutan hangat. Sekuel filem ini akan menampilkan teraju utama yang sama iaitu Zizan Razak dan Dato??? Awie, diarahkan oleh Helmi Yusof dan dijangka akan dikeluarkan pada Mac 2019.



Kredit foto: Facebook Bikers Kental 2



5. Boboiboy The Movie 2
Siapa saja yang sangka usaha Animonsta dalam menghasilkan Boboiboy The Movie (2015) akan memberi pulangan yang begitu luar biasa? Filem itu mengutip sebanyak RM15.77 juta sekaligus meletakkan ia di tangga ke-9 dalam carta kutipan filem tempatan yang tertinggi. Boboiboy The Movie 2 akan berlandaskan dari garis masa siri tv Boboiboy Galaxy di mana perubahan fizikal dan peningkatan kuasa pada setiap watak sudahpun kelihatan. Selepas kejayaan Boboiboy The Movie, pastinya rakyat Malaysia tidak sabar menantikan apa yang ingin ditampilkan pada filem kedua ini. Filem ini bakal ditayangkan pada September 2019.



Kredit foto: boboiboy.wikia.com





6. Ejen Ali The Movie
WAU Animation mungkin agak jarang didengari berbanding produksi animasi gergasi seperti Les Copaque dan Animonsta, tetapi percayalah bahawa mereka merupakan pesaing yang begitu hebat. Kejayaan Ejen Ali selama 2 musim di kaca tv tidak dapat dinafikan, sehingga mendapat permintaan yang tinggi bukan saja di Malaysia, malah di Indonesia. Ejen Ali The Movie bakal menjanjikan lebih aksi cemerlang dan kesinambungan plot dari sirinya. Siapa tahu, mungkin ibu kepada Ali akan didedahkan dalam filem ini? Filem ini dijangka keluar pada Disember 2019.



Kredit foto: IMDb.com




Jika kita perhatikan, tahun ini mungkin merupakan tahun di mana filem animasi akan mendominasi pawagam tempatan. Terdapat juga beberapa filem lain yang dinantikan seperti Hero, Rock 4, Bulan dan Pria Terhebat dan Mat Kilau, tetapi filem-filem ini masih belum siap produksi dan belum disahihkan tarikh tayangannya. Jadi filem mana yang anda tak sabar nak tengok? -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 12:14 PM | Show all posts
semuanya tak terhingin nk tgk lepas baca tajuknya yg very the pprt... yg filem budak2 tu jah yg budak2 akan pergi tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sokmogitu at 17-1-2019 12:17 PM

Aku tunggu filem Motif lakonan Sharifah Amani dan Rosyam Nur. Selain tu xde baj buat Jibril / Mandatori the movie ke? Lakonan Aeril/Lisa level2 filem dlm series ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bikerz kental tu tajuk tak boleh lg menarik ke?
Poster dia confirm lebih kurng je fan edit tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:20 PM | Show all posts
6 Filem Malaysia Yang Sangat Dinanti-Nantikan Tahun 2019


Biar betik?? Upin Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali tu yer la kot dinanti-nantikan oleh bebudak. Yang lain hambar yach.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:27 PM | Show all posts
adoi x menarik langsung
…………….
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 12:32 PM | Show all posts
Xsabar nak tengok ajen ali je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 12:44 PM | Show all posts
xde ati nk tgk ... maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 01:03 PM | Show all posts
x rengsa pulak nk tgk bila baca tajuk2 filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:26 PM | Show all posts
eh hello? mana filem kaka faz hantu kebaya merah? nak tunggu tahun 2050 ke baru tayang? ke dah tayang tapi iols tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:58 PM | Show all posts
nampak idung besar zizang terus xselera nak tgk movie melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:04 PM | Show all posts
maaf la
semua iols tak hingin nak tengok
even upin ipin pon ils tak bagi anak iols tengok
ntah pape je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:15 PM | Show all posts
ok cantek
upin ipin tu aku nk bawa family tgk wayang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
wah ejen ali...iols suka
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tgk boboiboylah....dh lama anak tunggu...n ejen ali kot...upin ipin tk rasa nak tgkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:04 PM | Show all posts
sapeka replied at 17-1-2019 03:04 PM
maaf la
semua iols tak hingin nak tengok
even upin ipin pon ils tak bagi anak iols tengok

Wah hebatnya cik tak tengok semua ni!!! Mesti hebat orangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Munafik 2 ngan hantu kak limah 2 tu tengok tak abis pun...tah apa yg buat filem tu meletup tak taula...x dela best mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Shumi baba dgn bernard chauly dh xnak buat movie ke? Meols penggemar karya dorg. List filem yang disenaraikan langsung xrasa mcm nk pg tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:56 PM | Show all posts
R u sure dinanti-nantikan? Tajuk tak menahan Tukar tajuk yang bakal ditayangkan sudehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:56 AM | Show all posts
tp serious tak tunggu pun movie-movie tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.338635 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list