CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 2

Nasi Kandar Pelita hentikan jualan rokok

[Copy link]
Post time 17-1-2019 12:12 PM | Show all posts |Read mode

PEKERJA di Nasi Kandar Pelita Taman Chai Leng menunjukkan rak jualan rokok yang telah dikosongkan sejak semalam di Pulau Pinang.-
17 Januari 2019 11:51 AM




BUKIT MERTAJAM 17 Jan. - Rangkaian restoran nasi kandar popular, Nasi Kandar Pelita menghentikan penjualan rokok di 28 cawangan restoran berkenaan di seluruh bermula semalam.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, langkah itu selaras dengan kempen kerajaan untuk menjadikan restoran sebagai zon larangan merokok bermula awal Januari ini.



"Selepas kempen ini dimulakan pihak kami merasakan tiada keperluan untuk menjual rokok di restoran lagi.
"Walaupun mengalami sedikit kerugian dengan keputusan ini tetapi kami yakin ia boleh diatasi dalam terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bermula 1 Januari 2019, semua tempat makan sama ada berhawa dingin atau tidak, adalah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Larangan itu adalah mengikut pindaan pewartaan tempat makan di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004), bertujuan melindungi orang awam terutama golongan bukan perokok daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 02:22 PM | Show all posts
tarak syok la lepak mapley taboley isap rokok anneeyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:06 PM | Show all posts
Dah dilarang merokok buat apa nak jual rokok lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.313144 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list