CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2046|Reply: 4

Hukum Pekerja Merangkak Macam Keldai, Kejam Atau Membakar Semangat?

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Sadis juga jika perlu melakukan perkara memalukan dan menjijikkan hanya untuk mengekalkan pekerjaan.


Pelik-pelik hukuman dikenakan terhadap pekerja di China sekiranya gagal mencapai sasaran jualan.


Terbaru, beberapa pekerja syarikat produk kecantikan dipaksa merangkak di tepi jalan raya yang sibuk di Shandong pada Isnin.




Kredit foto: Weibo/Shanghaiist




Menurut Shanghaiist, sekurang-kurangnya enam individu dilihat merangkak di belakang seorang lelaki yang memegang sepanduk memampangkan nama syarikat mereka sambil diperhatikan orang sekeliling.


Tindakan mereka itu kemudian dihentikan pihak berkuasa, manakala operasi syarikat terbabit digantung sementara.


Dilaporkan, pengurus syarikat berkenaan mendakwa mereka hanya mahu 'memberi semangat' kepada pekerja yang gagal mencapai sasaran jualan.


Seperti diketahui umum, ia bukan kali pertama pekerja di China dihukum sedemikian rupa sekiranya gagal mencapai sasaran jualan syarikat.







Ada syarikat dilaporkan memaksa pekerja menampar sesama sendiri selain dipaksa makan cacing hidup, makanan busuk, minum air tandas dan sebagainya jika sasaran jualan tidak dicapai.













Alamak, kena hukuman begini hanya kerana gagal capai sasaran jualan. Sanggupkah anda terus bekerja di syarikat yang mengenakan hukuman sebegini? Kalau penulis, tak sanggup! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 02:18 PM | Show all posts
lebih rela la meniaga sendiri dari keja kne mental torture cmni..PRC ni sah2 labour law tahap pprt jnis xjaga kebajikan pekerja..ingatkan dlm sukan je rupanya dlm sektor pekerjaan pun sama..hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Komunis punya fahaman mmg hati kering. Tp kata kesamaan. Sama rata. Ni menindas plak org bwh. Lari la dr fahaman diorg
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:04 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun saingan tinggi untuk dapatkan pekerjaan sebab tu ramai yang turut je tampa bantahan untuk elak dibuang kerja
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam nya....tp kerja sales-based memang nampak agak susah..kena capai target...ini baru penderaan fizikal... Belom lagi ambil kira mental
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.151740 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list