SPRM sedang dalam proses untuk menentukan jika 6,000 baju kalis api bernilai RM13.5 juta yang dibeli Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada 2016 merupakan barang palsu. Menurut sumber, suruhanjaya itu menerima maklumat bahawa pakaian memadam kebakaran itu tidak dibuat pengilang yang berpengkalan di United Kingdom. Ini kerana perolehan baju kalis api itu didakwa berasal dari sana, kata sumber. PROJEK TAK PATUH PIAWAIAN.. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat keputusan dalam satu mesyuarat pada 10 Jun 2016, untuk menyerahkan projek itu kepada syarikat persendirian swasta, yang alamatnya berdaftar di Cheras, Kuala Lumpur. Jumlah tepat untuk tender bekalan itu adalah RM13,590,000, atau RM2,265 bagi setiap unit pakaian.
|