Entah tidak tahu apa yang patut diucapkan lagi kepada bekas perdana menteri ini.
Walaupun pemandu teksi seluruh Malaysia telah menolak dan antara yang menjatuhkannya di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebelum ini, beliau masih lagi menerima dan melayan kumpulan-kumpulan pemandu teksi ini dengan baik di rumah beliau.
Bukan sahaja melayan dengan baik, dijamu pula setiap orang yang hadir dengan jamuan makan dan minum.
Usah kata menolak atau menyombong, bahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula dilihat beriya-iya mahu membantu golongan ini dengan menggesa KERAjaan Pakatan Harapan (PH) melakukan sesuatu untuk meringankan beban mereka.
Ketika Malaysia di era pentadbiran Barisan Nasional (BN), kerajaan waktu itu masih mencari formula agar pemandu teksi dan e-hailing boleh berada pada peringkat sama.
"Objektifnya adalah bagi memastikan mereka sama peringkat dan adil kepada pemandu teksi," kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Pada masa itu kerajaan ada program khas untuk pemandu teksi seperti memberi geran RM5,000 bagi membeli teksi baru dengan lesen individu.
"Ada masanya juga kita bagi tayar percuma dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.
Dan kali ini bekas perdana menteri itu memohon kepada KERAjaan PH agar mempertimbangkan untuk rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada pemandu teksi.
Bekas perdana menteri berkata, ini perlu kerana ramai daripada mereka masih tidak memiliki rumah.
“Mereka sudah mohon tapi tidak dipertimbangkan. Pada saya ini tidak adil kepada mereka.
“Ini kerana mereka rakyat yang bekerja keras, bekerja waktu yang panjang, memerlukan rumah dengan bayaran yang habis minima disebabkan pendapatan mereka yang tidak menentu,” katanya pada sidang medianya di kediaman beliau di Langgak Duta.
Jika orang biasa mungkin tidak akan melayan lagi dengan sikap pemandu teksi yang seperti tidak tahu mengenang jasa.
Tetapi sikap Datuk Seri Najib yang terbuka dan bersedia membantu ini benar-benar membuat hati yang keras menjadi lembut dan cair. Bagai mahu menitik air mata melihat sikap baik dan ihsan lagi yang berjiwa besar yang ditunjukkan kepada orang yang pernah memusuhinya satu ketika dahulu.
Sikap ini patut dicontohi oleh semua pemimpin, terutamanya Perdana Menteri hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad agar dapat menjadi pemimpin yang tidak mengamalkan sikap dendam kesumat yang dipraktikkan sejak dahulu. - FMT/MK/AbuLeman
© Akhirnya pemandu teksi terpaksa tebalkan muka mengadap Najib - Abu Leman
Post time 17-1-2019 01:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by akusukaq at 17-1-2019 01:40 PM
byk jgk najib tolong pemandu teksi ni tp dorang ni jenis kufur nikmat. selayak nya lah kene kencen dgn gomen PH. itu saje cara Allah bagi kesedaran. tak pyh le nak merempan sgt. tak de siapa pun nak kesian
bnyk jugak dia tolong pemandu teksi ni...masa dia jadi PM...
aku ni kerap naik teksi...jadi derang ada bercerita....dapat tayar percuma n bantuan apa entah...
tapi ada jugak yang kutuk najib macam time tu...nak2 klu tahun lepas dapat BRIM tetiba tahun ni takde BRIM..berbakul sumpah najib tu..kata PM x beri bantuan la itu lah ini la....
aku dgr jek la...
sbb manusia mana pernah puas.. nak cari manusia yang bersyukur mmg payah...huhuh
Dulu masa zaman permit persendirian korang jugak yang sokong nak tukar pada permit company. Bila dah tukar pada permit company korang jugak yang kena byr paling murah dlm rm70++ sehari utk sewa teksi. Sewa sampai mampos. Yang untung company teksi la. Korang kalau sakit pun still kena bayar sewa harian tu. RM70x30 = RM2100 sebulan.
Ko rasa kete apa yang boleh korang dapat dgn harga byr bulan2 mcm tu?
awat tak pi jumpa anwaq...jangan risau anwaq dah tak menduboq dah....kata macai2 pakatan haramjada dia la...saya mana tau saya tak perenah lepak dengan anwaq...wakakakakkakakakka
Post time 17-1-2019 05:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Teksi2... apa lagi yang korang nak perjuangkan? Setiap yang lama pasti akan ada pengganti/pilihan yang lebih baik.. macam surat khabar... sekarang orang dah malas nak belek2 kertas.. baca online saja...
Sama macam nokia... dulu symbian paling laku.. tapi sekarang dah ada android/ios.. kau keras kepala tak nak ikut melingkup laa macam nokia..
Orang pilih grab mesti ada sebab laa pacik.. karma jugalah buat teksi.. sebab masa belum ada grab korang cekik kaw2 tambangkan? Sekarang driver2 grab seminggu paling kurang bodoh2 malas pun main2 boleh dapat rm1k seminggu