CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1135|Reply: 20

[Tempatan] Pemandu Teksi Dipenjara 2 Tahun Panggang Kucing Dalam Mesin Pengering

[Copy link]
Post time 17-1-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SELAYANG: Seorang pemandu teksi yang viral dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menangkap dan memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering sehingga mati dalam keadaan berdarah, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hakim Rasyihah Ghazali, menjatuhkan hukuman itu terhadap A Mohanraj, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 14 September tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Moharaj didakwa dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di kedai dobi Queen Self-Service, Taman Gombak Ria, di sini, jam 12.54 tengah malam hingga 1 pagi, pada 16 September tahun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dihukum mengikut Seksyen 29 (1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dijatuhi hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung isteri dan menjaga ibu yang sedang sakit.

“Sepanjang dalam tahanan, saya sering diejek dan dihina oleh banduan lain. Sehubungan itu, saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, Roslan Mohd Isa, membantah rayuan itu dan memohon hukuman berat kerana kesalahan membabitkan kepentingan awam yang menyaksikan tingkah laku menganiaya dan menzalimi haiwan yang tidak mampu melawan.

“Sebagai manusia berakal, tertuduh seharusnya melindungi binatang kerana ia tidak berdosa dan mendatangkan bahaya.

“Perbuatan menganiaya dan menzalimi haiwan adalah sikap yang tidak boleh diterima oleh masyarakat,” katanya.

Pada prosiding itu, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie dan dihadiri Pengarah Penguatkuasa JPV Malaysia, Zaharinan Abd Aziz.

Sebelum ini, pada 20 September 2018, Mohanraj dan juruteknik, SS Satthiya, 26,

mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.

Pada 16 Oktober tahun lalu, pekerja kontrak, K Ganesh 41, pula dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, pada prosiding sama, Satthiya, dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah untuk dijadikan saksi pendakwaan.

Mengikut fakta kes, pada 11 September 2018, pengadu yang juga pengurus premis dobi menerima panggilan telefon daripada pelanggan yang memaklumkan terdapat bangkai kucing dalam mesin pengering baju bernombor siri D12.

Selepas membuat pemeriksaan dalam mesin itu, pengadu mengambil tindakan memeriksa rakaman CCTV dan mendapati dua lelaki mengambil kucing yang berada di bawah meja lipat serta mencampakkan haiwan berkenaan dan menutup mesin pengering.

Kedua-dua tertuduh kemudian memasukkan token dan menekan butang mula sebelum beredar meninggalkan kedai dobi berkenaan. Ekoran tindakan itu, pengadu terpaksa menutup sementara kedainya akibat gangguan bau bangkai yang sangat teruk.

Beliau kemudian membuat laporan polis dan tangkapan dibuat pada 14 September tahun lalu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
A Mohanraj (tengah) dijatuhi hukuman penjara 2 tahun oleh Mahkamah Sesyen 2 Selayang atas pertuduhan menyebabkan penderitaan dengan zalim ke atas seekor kucing di sebuah kedai dobi tahun lalu. - NSTP/Eizairi Shamsudin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:29 PM | Show all posts
selayak nya lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:31 PM | Show all posts
haram, patut dia ni masuk dlm mesin pengering tu, ko siap lah duduk dlm penjara tu teruk lah ko kena, bila dah gini tau pulak bagi alasan jaga mak jaga bini, time buat ko tak ingat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:32 PM | Show all posts
Bagus rasakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 01:32 PM | Show all posts
Hilang keperimanusiaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ko..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 17-1-2019 01:29 PM
selayak nya lah

Tered aku hat ni pendek seciput ja komen hang. Rindu nak baca karangan karangan hang tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau plak terasa kena ejek dgn tahanan lain ye
Lain kali perangai tu biar senonoh skit
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:02 PM | Show all posts
sia-sia je     
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:06 PM | Show all posts
kawan iols yang jumpe kucing ni..
siap anak dia mcm nak terkeluar dari anu dia waktu jumpe dalam mesin tu.. elok masukkan kau dalam mesin tu..

kawan plak  ngah mengandung terperanjat dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:07 PM | Show all posts
padan muka kau. gigih beli token semata nk menganiaya binatang. tak heran kalau next time bunuh org plak. sama gak org yg suka meracun binatang. psiko
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Keling ni mmg suka bunuh2 ke.. manusia bunuh.. binatang pun bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
2 years in prison is nothing compared to how the poor thing suffered at your hands. Selamat mereput
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:12 PM | Show all posts
elokla dpt balasan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:12 PM | Show all posts
Saya tunggu kes Hj yang racun kucing2 tu pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 02:17 PM | Show all posts
Alhamdullilah justice is served. Harap pasni sesame yang menganiaya binatang selain kucing pun turut di kenakan hukuman. no bias on animals!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sewel camni mesti bahaya kalau naik teksi dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh sial sangat perangai..tau pun hati tisu kena ejek pun dh lembik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 02:51 PM | Show all posts
saiko punya puak esrtet
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.329499 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list