Seorang pemuda bangsa cina dapat ditahan pihak polis apabila cuba melarikan diri selepas melanggar beberapa buah motosikal. Kejadian ini berlaku di Jalan Maarof, Bangsar.
Dalam video berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang lelaki cina sedang menyangkung dan di soal siasat oleh polis. Tiba-tiba, beliau cuba untuk memanjat penghadang jambatan jalan tersebut cuba untuk terjun, namun percubaannya dapat dipatahkan oleh polis dan beberapa lelaki yang berada di lokasi kejadian.
Menurut saksi kejadian, suspek memandu dalam keadaan merbahaya, telah melanggar beberapa buah motosikal sebelum sempat ditahan.
Percubaannya untuk melarikan diri digagalkan apabila salah sebuah motosikal yang dilanggar oleh suspek tersekat dibawah kereta yang dipandu beliau mengakibatkan kereta beliau tidak boleh bergerak. Motosikal tersebut juga dilaporkan terseret beberapa ratus meter dari semasa ianya dilanggar.
Setakat ini masih lagi belum ada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi terdapat beberapa kecederaan dialami oleh penunggang motosikal yang dilanggar oleh suspek.
Masih lagi menunggu laporan lanjut dari pihak polis mengenai situasi sebenar suspek. Sama ada bawah pengaruh alkohol atau dadah yang mengakibatkan beliau memandu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
|