CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43758|Reply: 333

Haneesya Hanee akur gelaran Dewi Remaja ditarik

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by auntyaya at 17-1-2019 07:36 AM



GELARAN Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam kemuncak Dewi Remaja, pada Ahad, telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja.
Pengumuman tersebut dibuat di pejabat Nu Ideaktiv sebentar tadi. Serentak dengan itu juga, Haneesya turut menyerahkan mahkota kemenangan, trofi serta selempang Dewi Remaja.
Menurut Editor Remaja, Faiz Aiman, gelaran tersebut ditarik kerana Haneesya Hanee telah melanggar syarat-syarat Dewi Remaja seperti yang telah ditandatanganinya sebelum memasuki pertandingan ini.



“Pihak kami tidak berkompromi dengan perkara seperti ini kerana ia melibatkan reputasi jenama Dewi Remaja, majalah Remaja dan peserta yang lain juga.
“Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan menarik balik gelaran tersebut daripada Haneesya Hanee,” katanya.
Tambah Faiz lagi, tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018/2019 tiada pemenang.
“Kami kesal dengan kejadian ini. Pun begitu, pihak kami akan terus menyokong kerjaya Haneesya Hanee biarpun tidak bergelar Dewi Remaja lagi,” jelasnya.





HANEESYA Hanee atau lebih mesra dengan panggilan Hanee yang ditemui selepas membuat penyerahan mahkota, trofi dan selempang kemenangan di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam, sebentar tadi, akur dengan keputusan penganjur tersebut.

“Saya ingin meminta maaf daripada hati atas apa yang telah terjadi ini. Saya akui ini merupakan salah saya dan akur dengan keputusan yang dibuat.
“Saya anggap penarikan gelaran ini wajar kerana apa yang saya buat itu salah dan merosakkan nama Dewi Remaja. Sebenarnya saya juga sudah berhasrat untuk memulangkan sendiri gelaran ini,” jelas Hanee sebak.




Tambah Hanee, dia berharap atas apa yang berlaku ini, ibunya tidak dilibatkan sama.“Saya juga memohon agar ibu saya tidak dilibatkan dalam hal ini yang mengatakan tidak pandai jaga anak dan sebagainya. Ini perbuatan saya sendiri dan tidak melibatkan ibu saya. Jangan libatkan ibu saya,” pintanya.
Hanee juga memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dan terus bangkit.
“Saya akan perbaiki diri saya, tak akan berputus asa. Setiap orang berhak mendapat peluang kedua. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai pengajaran.



“Saya juga berterima kasih kerana masih ramai kawan-kawan yang memberi sokongan dan nasihat,” jelas Hanee lagi.
Pada Isnin lalu, tersebar video yang menunjukkan Hanee bersama dua lagi finalis Dewi Remaja di sebuah kelab.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 03:22 PM | Show all posts
belajar dari kesilapan diknon..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:22 PM | Show all posts
takpe la dik.. nanti 5-6 tahun kau buat la comeback.. waktu semua org dah makan semut..
terlupa sket kisah silam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:23 PM | Show all posts
so dia pass crown kat sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:26 PM | Show all posts
Edited by lasagna at 17-1-2019 04:10 PM

nasib cepat nak dethroned kan.
kalau tak tercalar smp bebila laa nama Dewi Remaja ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:28 PM | Show all posts
Mana minah yang bertudung tu? Nak tengok penampilan sheols lepas video sheols berpakaian menjolok mata tersebar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 03:29 PM | Show all posts
kakyun replied at 17-1-2019 03:23 PM
so dia pass crown kat sapa?

dewi remaja kali ni xde winner. dorg x pass kt sesape crown tuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:32 PM | Show all posts
yg rambut karat tu spe?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 03:33 PM | Show all posts
Orix replied at 17-1-2019 03:32 PM
yg rambut karat tu spe?

tia sarah..
menang 2nd place hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:35 PM | Show all posts
mengarut tull!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:36 PM | Show all posts
dgn kuasa acik2 bawang
dewa dewi pun boleh turun takhta
luaskan kuasa mu!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg pun x nk bg throne tu dkt tia, mmg x layak sbb jwb soalan pun ntah apa2, cringe iolls dgr jawapan die, juri pun bengap sbb x reti bg markah, pastu juara plk x lyk jd dewi remaja, failed!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:38 PM | Show all posts
alangkan mawar gst pun comeback meletup-letup drama sana sini, dapat proposal sweet2, kawen gilang gemilang, teringin nak minum air kelapa terus laki bwk g bali, apelah sgt dgn hanee ni. padahal aku rasa time gst dia tu ya ampun malunyaaaa kalo jd minah ni

rakyat malaysia pemaaf dan pelupa. hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:38 PM | Show all posts
sikap buruk punca tragedi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Remaja? Pic atas dari sisi tepi dah mcm umur 30an dah Iols tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 17-1-2019 03:33 PM
tia sarah..
menang 2nd place hari tu

Dia pun kena tarik gelaran 1st runner up ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dah agak dah...ape cite yg lagi dua org tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:43 PM | Show all posts
kene akur sahaja lah.. kalau bantah nanti kena kecam lagi kan sisturrr???
selayak nya lah dgn heshe
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:45 PM | Show all posts
Orix replied at 17-1-2019 03:39 PM
Dia pun kena tarik gelaran 1st runner up ke

Tak la.. sbb dia tak terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:45 PM | Show all posts
zatiii replied at 17-1-2019 07:29 AM
dewi remaja kali ni xde winner. dorg x pass kt sesape crown tuu

duit tu heshe dpt jugak kah?
rugi la sponsor... ujung2 takde dewi remaja pun
promotion semua tu lebur mcmtu jahhh


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.098971 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list