CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 10

[Tempatan] tun turun berkempen di cameron 25 jan

[Copy link]
Post time 17-1-2019 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Dr M bakal turun berkempen di Cameron Highlands
[size=1.25em]Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual turun berkempen untuk PRK Cameron Highlands pada hari terakhir kempen, 25 Jan ini.
[size=1.25em]Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kehadiran pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah tentu akan membantu meningkatkan sokongan kepada PH.
[size=1.25em]"Kami meletakkan harapan pada beliau," katanya pada sidang media sewaktu melancarkan slogan PH 'Pembangunan Bersama Harapan' di Kuala Lipis, hari ini.
[size=1.25em]Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh dan calon PH bagi PRK berkenaan M Manogaran.
[size=1.25em]Bagaimanapun, Lim berkata aturcara Dr Mahathir sepanjang kempennya di kawasan Parlimen berkenaan belum diputuskan lagi.
[size=1.25em]Selain Dr Mahathir, turut turun berkempen pada PRK berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah yang dijadualkan pada 23 Jan ini, dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada minggu ini.
[size=1.25em]Sementara itu, Fuziah berkata PH akan memberi tumpuan utama kepada kawasan DUN Jelai memandangkan DUN berkenaan berada di bawah BN yang diwakili Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.
[size=1.25em]"Di DUN Tanah Rata kita ada kekuatan kita di sana," katanya.
[size=1.25em]Mengenai slogan yang dilancarkan hari ini, Manogaran berkata ia amat sesuai dan tepat untuk digunakan memandangkan kerajaan persekutuan ditadbir PH.



[size=1.25em]"Bila masa kempen, kita buat tinjauan dengan isu di Koyan, Jelai dan Cameron Highlands adalah pembangunan, daripada segi peluang perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.
[size=1.25em]"Dengan keperluan itu, kita lancarkan hari ini slogan yang selaras dengan aspirasi penduduk Cameron Highlands," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 03:40 PM | Show all posts
jgn lupa claim duit minyak

bahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 03:40 PM | Show all posts
kaum india dijangka solid undi ph kerana calonnya masyarakat india

melayu 60% bn 40% ph

cina 99% sokong ph

orang asli mungkin 80% bn 20% ph

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:41 PM | Show all posts
n jgn miss peluang bergambar dgn makcik kedai runcit harapan tak harapan cakap memang sedap tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 03:41 PM | Show all posts
walava replied at 17-1-2019 03:40 PM
jgn lupa claim duit minyak

bahahaha

takde isu tapi buat isu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik cameron jgn lupa prepare surat lawyer ye.. Sebelum lencun atok tabur kencing lagi    LOL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 03:43 PM | Show all posts

pada kau la

pada aku, rasuah ni isu paling berat, nabi melaknat pemberi dan penerima rasuah

pastu si pemberi n penerima rasuah mati masuk neraka

tak gitu darsita??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 03:44 PM | Show all posts
walava replied at 17-1-2019 03:43 PM
pada kau la

pada aku, rasuah ni isu paling berat, nabi melaknat pemberi dan penerima rasuah

skandal 1mdb tu rasuah ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 03:47 PM | Show all posts
Knights replied at 17-1-2019 03:44 PM
skandal 1mdb tu rasuah ke tak?

tak, tu bisnis



didik anak kau, dah jadi pegawai nnt bila besar, jgn ambik atau bagi rasuah


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 03:58 PM | Show all posts
Knights replied at 17-1-2019 03:44 PM
skandal 1mdb tu rasuah ke tak?

1mdb ni yg kena tangkap  bukan ka si sepet 2 3 org tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ph menang pun pengundi dpt apa? selain berjaya mandi air kencen . tu jeh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.163978 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list