CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan pertimbang perintah berkurung untuk remaja bawah 18 tahun

[Copy link]
Post time 17-1-2019 06:12 PM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Rang Undang-undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgunaan bahan seperti gam dan ubat-ubatan psikotropik dalam kalangan remaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.

“Bahan khayal termasuk (ubat-ubatan) psikotropik dan gam tidak dikategorikan sebagai bahan haram, tetapi anda boleh membuat campurannya dan menjadi khayal.

“Ia sebenarnya memberi kesan kepada otak terutamanya kepada golongan muda seawal usia 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di Perdana Putra, di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan P. Waytha Moorthy.

Ditanya sama ada rang undang-undang itu akan turut memasukkan hukuman bagi pesalah, Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini ia masih dalam peringkat draf.

“Aspek punitif dan pendidikan akan dimasukkan dalam draf itu… kami masih menelitinya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata jawatankuasa itu turut bersetuju supaya akta berkaitan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.

Tanpa menyatakan akta tersebut, beliau berkata mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung di dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952 yang mengawal import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropik.

“Sebagaimana sedia maklum, penanaman ketum buat masa ini dibenarkan manakala menjadi kesalahan apabila ia dituai dan dijual,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata jawatankuasa turut bersetuju untuk mengeluarkan Seksyen 8 dan 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 daripada Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tak Diingini 1969.

“Ini supaya penagih dadah yang telah menjalani pemulihan secara sukarela tidak didaftarkan di dalam pendaftaran jenayah,” katanya.

Menurutnya, cadangan itu adalah berdasarkan keperluan untuk menghilangkan stigma kepada penagih dadah yang sudah pulih, membolehkan bekas penagih di bawah seksyen berkenaan memperoleh peluang pekerjaan, dan memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan baharu serta berfungsi dalam masyarakat.

Selain itu, katanya jawatankuasa mencadangkan agar insentif yang ditawarkan kepada majikan yang mengambil bekas banduan untuk bekerja turut diperluaskan kepada majikan yang mengambil bekas penagih dadah untuk bekerja.

“Hasil kajian menunjukkan kadar pemulihan akan lebih baik sekiranya klien (bekas penagih dadah) mempunyai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bagi menyara diri mereka dan keluarga,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) yang dilaksanakan sejak 2016 dipergiatkan di 178 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dadah.

Katanya jawatankuasa turut mempertimbangkam secara serius cadangan mengadakan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah seperti yang dilaksanakan di Iceland.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia boleh mengikut model yang dilaksanakan di negara itu, namun pelbagai perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Apabila ada perintah berkurung ibu bapa tahu mereka berada di mana dan mencegah banyak insiden dadah,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.192577 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list