CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 17

[Tempatan] Buku teks BM Tingkatan 1: Sarawak bukan pengeluar minyak?

[Copy link]
Post time 17-1-2019 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 17-1-2019 06:30 PM

lain kali jgn tanya ttg royalti minyak ka, cukai pelancongan ka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2019 06:18 PM | Show all posts
Kenapa buku teks BM Tingkatan 1 tidak senaraikan Sarawak sebagai pengeluar minyak?
    2019-01-17T00:30:02+08:00


KUCHING: Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 tidak menyenaraikan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Kesilapan itu dikesan pada ruangan 'Perkasa ilmu, Tahukah anda?' pada muka surat 23 dalam buku setebal 236 muka surat.

Ruangan itu ditulis 'Negara pengeluar utama minyak dunia ialah Amerika Syarikat (13.7 peratus), Arab Saudi (11.9 peratus), dan Rusia (11 peratus). Malaysia juga merupakan antara negara pengeluar minyak dunia. Kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.'

Penulis buku tersebut tidak memasukkan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak dan gas dalam ruangan yang dimuatkan di muka surat terbabit.

Buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dicetak pada 2016 itu ditulis Mardian Shah Omar, Solehah Mustafa dan Beseknorliana Remeng.  

Mengulas mengenainya, Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Lina Soo berkata, kesilapan itu adalah sukar untuk diterima.

Ia seolah-olah tidak menceritakan peranan sebenar Sarawak sebagai pengeluar minyak dan merupakan penyumbang terhadap pendapatan negara.

Menurut Lina yang juga seorang begitu vokal menyuarakan hak negeri ini, Sarawak menghasilkan minyak bernilai RM150 juta sehari.

Justeru, beliau meminta Kementerian Pendidikan dan Menterinya agar lebih prihatin tentang perkara yang diajar di sekolah.

Usaha untuk mendapatkan ulasan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kesilapan, gagal.

Kerajaan Sarawak menerima royalti minyak dan gas lima peratus secara tahunan daripada kerajaan persekutuan.

Proses memohon agar kadar royalti itu dinaikkan kepada 20 peratus juga kini giat dibincang antara kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:23 PM | Show all posts
R2D2 replied at 17-1-2019 06:18 PM
Kenapa buku teks BM Tingkatan 1 tidak senaraikan Sarawak sebagai pengeluar minyak?
    2019-01-17T0 ...



ada troll dari rakyat sarawak pasal isu ni...jp aku cari balik kt FB
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:28 PM | Show all posts
ok dah jumpa dari Hornbill Talks

https://www.facebook.com/hornbil ... 341/?type=3&theater

Ada orang tanya kenapa buku teks BM Tingkatan 1 tidak senaraikan Sarawak sebagai pengeluar minyak, mungkin mereka belum tengok peta Malaysia baru 😎




x pasal2..kan dah mendapat


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan? busuk2 bn dulu pun takda laa sampai jadi macam tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 06:50 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-1-2019 06:51 PM

Mesyuarat jawatankuasa teknikal MA63 (selepas bersama PM) baru baru ini tidak berjalan lancar spt yg diharapkan...heheh...




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 06:53 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-1-2019 07:03 PM
cHimo replied at 17-1-2019 06:48 PM
Kesilapan?  busuk2 bn dulu pun takda laa sampai jadi macam tuh..

KLCC, Putrajaya, Sepang ko bina guna duit sedut minyak dari Sarawak..ttiba bila bab sumbangan pengeluar minyak boleh lupa...mendapat la...


Kerajaan PH ni mmg nak menjahanamkan Persekutuan malaysia...

Tun-dari zmn PM ke-4...sambung plak ngan LGE...seteruk2 BN bawah Najib..xde la teruk mcm PH..


Aku berani cakap..PH ni...if seusia BN mentadbir negara....100x lagi korup dari BN...sama spt Tun..lebih bermotif menbalas dendam.

Tidak lupa bagaimana bercerakau jiwa Tun bila Sabah/Sarawak mendapat layanan istimewa dari Najib...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 10:41 AM | Show all posts
KGBS gesa pembetulan dibuat terhadap kandungan buku teks BM Tingkatan 1
    2019-01-18T00:30:01+08:00



KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) kesal dengan kandungan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 yang tidak menyenaraikan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak dalam Malaysia.

Presidennya Ahmad Malie berkata, sebelum laporan berita disiarkan Utusan Borneo dan The Borneo Post, pihaknya turut menerima rungutan dan aduan daripada ibu bapa di Sarawak yang prihatin berhubung perkara itu.

“Mereka merungut kerana fakta di dalam buku teks tidak tepat, malah boleh dianggap sebagai menafikan peranan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak terbesar di Malaysia.

“KGBS turut melahirkan rasa kesal di atas ketidakpekaan penulis dan juga panel penilai tentang kandungan buku teks yang berkaitan dengan fakta yang tidak tepat sekiranya rungutan ibu bapa yang diterima ini ada kebenarannya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam penghasilan sesuatu karya katanya, penulis berkaitan mesti berupaya memastikan fakta yang ditonjolkan adalah fakta yang betul dan kukuh.

Sekiranya tidak, sudah pasti murid-murid akan mewarisi ilmu yang tidak tepat yang akan menjadi pegangan sepanjang hayat mereka, malahan boleh dikaitkan dengan kualiti pendidikan negara, jelasnya.

Justeru, KGBS menggesa Bahagian Buku Teks (BBT) Kementerian Pendidikan Malaysia menyemak semula kandungan buku teks itu agar fakta lebih tepat.

“KGBS menegaskan jangan ambil mudah terhadap sesuatu kesilapan walaupun kita nampak kesalahannya kecil, tapi kesannya dalam pembinaan ilmu dalam kalangan murid-murid adalah amat besar,” katanya.

Ahmad diminta mengulas mengenai berita disiarkan Utusan Borneo dan The Borneo Post semalam yang menyatakan buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 tidak menyenaraikan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Kesilapan itu dikesan pada ruangan ‘Perkasa ilmu, Tahukah anda?’ pada muka surat 23 dalam buku setebal 236 muka surat.

Ruangan itu ditulis ‘Negara pengeluar utama minyak dunia ialah Amerika Syarikat (13.7 peratus), Arab Saudi (11.9 peratus), dan Rusia (11 peratus). Malaysia juga merupakan antara negara pengeluar minyak dunia. Kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.’

Penulis buku tersebut tidak memasukkan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak dan gas dalam ruangan yang dimuatkan di muka surat terbabit.

Buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dicetak pada 2016 itu ditulis Mardian Shah Omar, Solehah Mustafa dan Beseknorliana Remeng.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2019 10:31 PM | Show all posts
Kementerian Pendidikan akui ralat dalam buku teks BM, akan tambah nama Sarawak
    2019-01-26T18:05:26+08:00



KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melakukan pembetulan dengan menambah nama negeri Sarawak dalam buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 yang ralat pada halaman 23 buku terbabit.

Kementerian melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) sedang mengambil tindakan memuat naik penambahan nama negeri Sarawak dalam QR Code buku teks berkenaan sebagai ralat.

"KPM telah memutuskan untuk melakukan pembetulan dengan menambah nama negeri Sarawak dalam petikan yang dimaksudkan.

"DBP juga akan memastikan nama negeri Sarawak akan dimasukkan dalam pernyataan berkenaan pada buku teks cetakan semula (edisi cetak semula)," menurut kenyataan.

Maklum balas berkenaan susulan daripada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh 17 Januari 2019 berkenaan yang bertajuk "Kenapa buku teks BM Tingkatan 1 tidak senaraikan Sarawak sebagai pengeluar minyak?".

Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 tidak menyenaraikan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Kementerian mengakui adalah ralat pada halaman 23 buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 Kurikulum Standard SekolahMenengah (KSSM) terbitan DBP itu.

"KPM mengucapkan terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kementerian," jelasnya.

Kesilapan itu dikesan pada ruangan 'Perkasa ilmu, Tahukah anda?' pada muka surat 23 dalam buku setebal 236 muka surat.

Ruangan itu ditulis 'Negara pengeluar utama minyak dunia ialah Amerika Syarikat (13.7 peratus), Arab Saudi (11.9 peratus), dan Rusia (11 peratus). Malaysia juga merupakan antara negara pengeluar minyak dunia.  Kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.'
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh bukan ker buku tu cetakan 2016...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius? Nanti kat sekolah nak cekout buku teks KSSM BM Form 1.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:41 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 17-1-2019 06:23 PM
ada troll dari rakyat sarawak pasal isu ni...jp aku cari balik kt FB

see atuk kaki dendam.... haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 26-1-2019 10:34 PM
Ehhh bukan ker buku tu cetakan 2016...

Itulah. But adakah cetakan baru tahun ni yang bermasalah kerna if sejak 2016 takda, musti dah lama kecoh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:41 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2019 10:40 PM
Serius? Nanti kat sekolah nak cekout buku teks KSSM BM Form 1.

katun sarkis tul gomen baru ni kan haha....

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 26-1-2019 10:41 PM
katun sarkis tul gomen baru ni kan haha....

If betul, akak sokong Sarawak mengamuk!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 26-1-2019 10:41 PM
katun sarkis tul gomen baru ni kan haha....


Btw, ini teksnya:



Aiol gi sekolah nanti nak check hada beda tak buku terbitan 2016 dan 2018/19.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2019 10:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2019 10:43 PM
If betul, akak sokong Sarawak mengamuk!

elok sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorr..  Patut la atok x mau kasi royalti sama sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068681 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list