CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Kerajaan PH cadang perintah berkurung (curfew) umur 18 tahun ke bawah

[Copy link]
Post time 18-1-2019 09:45 AM | Show all posts
bagus...patut buat lama dah..takdelah kes budak2  basikal lajak mati kena langgar, ujung2 driver pula disalahkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 09:48 AM | Show all posts
setuju
lagi-lagi yg bawah 12 tahun tu, merayau2.. main basikal tgh malam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:49 AM | Show all posts
proceed

memang nampak meningkat kes2 dadah yg melibatkan kanak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumbat je mereka ke penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:55 AM | Show all posts
bukan kerajaan Pas kelantan ke yg dh propose benda ni tp kena kecam by netizen yg support PH? har355
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:55 AM | Show all posts
mak bapak tak reti jaga anak asyik menghadap internet ja tu yang anak terbiaq tu...wakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2019 04:39 PM | Show all posts
Perintah berkurung: Pandangan berbeza
19 Januari 2019 3:00 AM


KUALA LUMPUR 18 JAN. - Pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun berdasarkan model diamalkan di Iceland disifatkan sebagai tidak relevan, malah bukannya jalan penyelesaian sesuai untuk menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.

Menurut Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa, pelaksanaan perintah berkurung tidak perlu dibuat terburu-buru dan mengharapkan kerajaan melakukan kajian secara mendalam terlebih dahulu sebelum mahu bertindak sedemikian.

Jelas beliau, kerajaan juga sewajarnya mencari punca sebenar mengapa gejala sosial semakin berleluasa sebelum me­laksanakan perintah berkurung.

“Menetapkan terus pe­rin­tah berkurung bukan jalan penyelesaian terhadap apa juga masalah sosial yang berlaku kerana situasi setiap negara itu sendiri berbeza. Di Malaysia, kerajaan mungkin perlu memberi tumpuan untuk menjadikan sistem keluarga yang berkualiti terlebih dahulu sebelum laksana pe­rintah berkurung.

“Sekiranya ditetapkan perintah berkurung bermula 12 tengah malam, remaja boleh keluar untuk melakukan apa sahaja gejala sosial termasuk penyalahgunaan dadah dan pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam. Jika perkara itu berlaku, masalah sosial tidak akan dapat ditangani dengan berkesan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) yang mempertimbangkan secara serius pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha pula tidak sependapat dengan Zambri apabila menyambut baik cadangan itu yang disifatkan sebagai unsur mendidik golongan remaja.

Walaupun mengakui pe­laksanaan itu bukanlah jalan penyelesaian kepada aktiviti sosial, namun Jufitri memberitahu perintah berkurung boleh menjadi satu daripada mekanisme terbaik mencegah gejala negatif dalam kalangan remaja.

“Perintah berkurung ini sama seperti konsep di sekolah berasrama penuh yang mana pelajar boleh menggunakan masa muda mereka untuk memberi tum­puan untuk menuntut ilmu berbanding melakukan perkara yang tidak berfaedah,” ujar beliau.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dapat rasa u turn kali ni akan jadik lebih tajam dari kebiasaannya.

Curfew adalah satu jalan penyelesaian abad ke 16, kita dah abad 21. All about liberty and rainbow. Cara penyelesaian yg pendek akal menunjukkan no.1 and no.2 negara mmg masih hidup pada zaman kolonial.

Fikir sikit sejarah, kenapa ada those new yorker gangs and chinese triad and japanese yakuza and geng 136. Semua bermula dari larangan itu, larangan ini. Masalah sosial akan meningkat.

Contoh, larangan merokok, selain langgar undang2 merokok, masalah lain pun muncul, sepak terajang mamak, lari penguatkuasa. Tinggal arson je bakal menyusul bila orang buang putung di tempat x sepatutnya.

Cara penyelesaian terbaik adalah kita divert masalah kepada pencegahan. Kita banyakkan aktivit belia. Contoh dulu, xda futsal, xda sport center, remaja cendurung cari hiburan lain, mesin, snooker, shady cc dan jual beli cd haram. Semakin banyak fasiliti belia, semakin sihat kehidupan sosial mereka. Mereka banyak tenaga, bukan mcm atok nenek yg pukul 9 dah padam.

Terbukti juga teori ni bila ada smoking area, penghisap rokok yg melanggar peraturan berkurangan. Semuanya alternatif.

Pada yg sokong curfew ni diwujudkan, mmg selayaknyalah kamu jadi keyboard warrior. Xda social life yg sihat. Turunkan phone ke atas meja, buka pintu dan lihat dunia. Xpernah terlambat.

Jangan hidup zamam atuk nenek kita, pukul 9 dah padam, derang bukan hidup zaman ada lampu jalan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 19-1-2019 05:58 PM
Aku dapat rasa u turn kali ni akan jadik lebih tajam dari kebiasaannya.

Curfew adalah satu jalan  ...

Setuju. Tidak sesuai pada zaman sekarang. Tak menyelesai apa apa masaalah. Mesti mulakan penerapan nilai. Cari kenapa. Malaysia sangat kurang tempat beriadah, berkelah, kawasan sungai yang dibangunkan untuk rehat, memancing. Ada ruang sikit, buat mall. Social ills ni salah satu punca tiada outlet.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:25 PM | Show all posts
lepak tgk bola kena gak ke... ke cmne nak impliment dia... anak gi kedai beli gula dekat taman perumahan kene gak ke.. ke cmne... setuju forumer diatas.. asik2 pacak wat mall.. tmpt taman pun susah nak jmpe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2019 10:11 PM | Show all posts
Perintah berkurung: Bawa mereka ke balai jika berada di luar selepas waktu ditetapkan - Pakar
Januari 19, 2019 15:18 MYT

KUALA LUMPUR: Masa yang sesuai untuk ditetapkan sebagai perintah berkurung adalah pada jam 11 malam dan anak-kanak yang didapati masih berada di luar kawasan rumah selepas waktu ini perlu dibawa ke tempat yang disediakan oleh kerajaan agar ibu bapa boleh membawa mereka pulang.

Menurut Profesor Undang-Undang, Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Noor Aziah Awal, ini adalah langkah untuk mengurangkan gejala sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Bagaimanapun jelasnya, pelaksanaan perintah ini memerlukan pemahaman dan kerjasama jitu dari pelbagai pihak.

“Selepas waktu 11 malam itu, kanak-kanak yang masih di luar rumah patut dibawa ke balai jika ditemui oleh pihak polis. Pihak polis kemudian akan memaklumkan kepada jabatan yang terlibat sebagai contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ibu bapa.
“Langkah ini bukan sebagai langkah penahanan tetapi sebenarnya adalah langkah untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada meluangkan masa di luar rumah dari masa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Prof Aziah berkata pelaksanaan ini bagaimanapun memerlukan kerjasama jitu dari pelbagai pihak untuk memastikan ia berkesan.

“Untuk pastikan berjaya, ia memerlukan kerjasama dari kerajaan, pihak berkuasa dan ibu bapa. Jika tiada kerjasama jitu ia akan menimbulkan masalah.

“Pasti akan ada ibu bapa yang mengamuk mengapa mereka perlu ke balai untuk mengambil anak-anak walhal tiada kesalahan jenayah yang dilakukan.

“Justeru fahaman mendalam tentang pelaksanaan ini perlu diperincikan dan dibentangkan untuk memastikan semua pihak memahaminya,” jelasnya.

Mengulas mengenai kenyataan Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengkritik pelaksanaan perintah berkurung, Prof Aziah berkata pelaksananaan ini adalah sebagai langkah pembangunan diri buat kanak-kanak.

PBB menerusi garis panduan pecegahan kesalahan juvana sebelum ini melaporkan pelaksanaan itu sebagai meletakkan stigma negatif terhadap kanak-kanak.

Katanya, pelaksanaan perintah tersebut perlu digubal semula dan keengganan perintah berkurung tidak sepatutnya dilabelkan sebagai satu bentuk jenayah dan dijatuhkan hukuman.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Acryl Sani ketika dihubungi berkata pihak polis menyerahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan dan cara pelaksanaan perintah berkurung terhadap remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah
Meluat tengok budak2 bergedik malam2
Bising
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju jek.. Kerah segala rela, jkkk, org mesjid seme... Jumpa je bebdk ni kutip.... Ikat2 kt tiang kerengga.. Gatai sgt nak berembun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan dah bagus tp nak bandingkan malaysia dengan iceland rasanya jauh beza. Nak kurung budak2 lepas 11 mlm, mohon le menteri2 turun padang, lihat suasana di penempatan2 golongan berpendapatan rendah, rumah 700sq PPR tampung sampai 7 ke 9 anggota ahli keluarga.

Suasana rumah sulit utk bebudak. Belum masuk kes2 seksual dlm umah, kes2 game addiction online.. pihak kementerian kena buat kajian menyeluruh le, apa aktiviti terbaik utk bebudak bawah umur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2019 07:47 AM | Show all posts

Apa guna perintah berkurung sekiranya remaja berkeliaran di alam maya? - Pakar
Januari 19, 2019 16:41 MYT

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan satu tempoh percubaan cadangan perintah berkurung terhadap golongan remaja di bawah umur 18 tahun perlu dilakukan untuk beberapa bulan bagi memastikan tahap keberkesanannya terhadap remaja dan kanak-kanak di masa hadapan.

Pakar psikologi kanak-kanak, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata ini boleh disusuli dengan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak untuk melihat impaknya sama ada ia positif atau sebaliknya.

"Pada saya, ia perlu dikaji dengan terperinci. Kenapa perlu dilaksanakan? Kita perlu kenal pasti ciri-ciri kanak-kanak dalam kelompok umur sedemikian dan apakan kesannya jika ia dilaksanakan.

"Kita perlu tahu, adakah benar apabila dilaksanakan (perintyah berkurung), kanak-kanak dan remaja kurang dipengaruhi dengan gejala dadah, berpesta di kelab malam dan sebagainya, maka ini boleh," kata Dr Mariani kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan sedang mempertimbangkan secara serius cadangan pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun.

Jelas Wan Azizah, perintah ini mencontohi pelaksanaan yang sama di Iceland yang membolehkan ibu bapa mengetahui lokasi anak-anak, yang sekali gus membendung golongan remaja dari terjebak dalam gejala negatif seperti menghidu gam.

Peraturan itu yang mewajibkan remaja berada di rumah sebelum 10 malam juga dikatakan dapat memastikan anak-anak mendapat tidur yang mencukupi, sekali gus memberi kesan positif kepada kesihatan mereka.

Namun, Dr Mariani berkata secara realiti kebanyakan kanak-kanak tidak tidur awal walaupun berada di rumah.

"Kanak-kanak dan remaja kadang-kadang tidur selewat-lewatnya 1 pagi atau 2 pagi kerana gajet.

"Apabila ibu bapa pantau, mereka akan tidur. Tetapi bila masuk jauh malam, mereka akan berinteraksi dengan kawan-kawan di media sosial.

"Walaupun perintah berkurung itu mengelakkan mereka berkeliaran lewat malam, mereka tetapi berkeliaran di alam maya," kata Dr Mariani.

Menurutnya, antara faktor utama menyebabkan golongan remaja sering keluar rumah adalah untuk mencari jati diri, berkawan dan untuk mendapatkan pengiktirafan dalam kumpulan rakan.

Beliau menegaskan ibu bapa memainkan peranan penting untuk menarik minat anak-anak untuk meluangkan masa di rumah, selain memantau kegiatan anak-anak serta memastikan mereka melakukan aktiviti sihat.

Tag: Wan Azizah, Astro Awani, Media, Perdana Menteri, media sosial, Dadah, Kanak-kanak, kesihatan, Timbalan Perdana Menteri, remaja, perintah berkurung, Mariani, Prof Mariani
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju..esp yg merempit n basikal lajak...smpi ke 2-3 pagi...esoknya x pergi sekolah......tp klu kat rumah sebok main game smpi mlm pulak...huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak tak pandai didik anak sampai jadi tanggung jawab kerajaan nak settlekan masalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju cadangan perintah berkurung remaja bawah 18 tahun

AIMAN SADIQ ABDULLAH
KUANTAN - Pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun disifatkan sebagai relevan dan mampu tangani gejala sosial.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai bersetuju pelaksanaan itu.
Bagi Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 35, perintah berkurung dapat mendisiplinkan remaja.
Menurutnya, selain perlu menghadiri kelas tambahan pada waktu malam dan meluangkan masa bersama ibu bapa,tiada sebab untuk remaja terbabit keluar selepas jam 12 tengah malam kerana mereka perlu bersedia untuk ke sekolah keesokan hari.
“Cadangan tu bagus. Mungkin ada yang tak setuju tapi disiplin kepada anak-anak bukan diamalkan oleh Islam saja, tetapi agama lain juga menitikberatkan perkara sama.
Pelajar sekolah, Azhad Sabiq Abdullah, 16, perkara itu tidak memberi kesan kepadanya kerana malah dapat mendidik remaja tidak keluar waktu malam.
Azhad juga positif pelaksanaan perintah berkurung bukan untuk menghukum atau mengurung, sebaliknya mendidik golongan bawah umur.
"Saya bersetuju dengan cadangan kerajaan kerana jika tidak dapat keluar rumah waktu malam ini akan mewujudkan hubungan yang lebih erat antara anak dan ibu bapa.
Bagi Nor Asfa Yusuf, 27, jika pelaksanaan itu menjadi realiti, dia berpendapat akan mengurangkan jumlah remaja yang terjebak dalam masalah sosial.
“Ini antara cara terbaik bagi mendidik golongan di awal remaja bagi mengatasi masalah menghidu gam, dadah dan rogol.
“Sebab itu, langkah ini jalan terbaik kepada golongan di awal remaja kerana mereka bukan sahaja senang dipengaruhi, malah masih memerlukan perhatian dan bimbingan terutama dari ibu bapa,” katanya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.154831 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list