CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 576|Reply: 6

[Tempatan] Kerajaan agih lampin pakai buang dewasa. Ada forumner yg belum dapat? dah dapat?

[Copy link]
Post time 17-1-2019 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Melaka agih lampin pakai buang dewasa RM1.4 juta
| 17 Jan 2019


MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi program lampin pakai buang dewasa yang akan diagihkan kepada setiap 28 Dun dalam masa terdekat ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, RM650,000 daripada jumlah itu telah diluluskan melalui dana kewangan negeri dan selebihnya merupakan dana yang disumbangkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang komited untuk bersama menjayakan program pemberian lampin dewasa.

Menurutnya, pemilihan penerima berdasarkan kepada laporan bancian yang akan dilakukan di peringkat JAPERUN dengan memberi keutamaan kepada warga emas yang kurang bernasib baik dan memerlukan selain maklumat data Jabatan Kebaijikan Masyarakat (JKM).

"Kita akan agihkan kepada pejabat daerah untuk disalurkan kepada setiap JAPERUN, kerana mereka yang akan memilih penerima yang benar-benar layak untuk mendapatkan bantuan ini.

"Peruntukan yang diluluskan adalah bagi tempoh sepanjang tahun ini dan jumlah yang akan menerima bantuan lampin pakai buang bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat kerajaan negeri di Seri Negeri, di Ayer Keroh, hari ini.

Adly yang juga Adun Bukit Katil berkata, pihaknya juga akan membuat penyelarasan tempoh perkhidmatan bagi penjawatan awam lantikan kerajaan negeri termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), penyelaras dan kakitangan JAPERUN dalam tempoh setahun.

Menurutnya, semua jawatan itu akan dinilai semula dalam tempoh setahun sebelum kerajaan negeri membuat keputusan sama ada perkhidmatan diteruskan atau sebaliknya.

Katanya, keputusan kerajaan negeri itu bagi melahirkan pekerja cemerlang dalam sektor awam selain mendukung prinsip integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ramai yang akan terlibat dalam tempoh penilaian setahun itu termasuk MPKK seramai 307 orang yang akan dikira berdasarkan tarikh pertama emolumen dibayar.

"Namun sepanjang tempoh itu mereka masih tertakluk pada peraturan, integriti dan isu jenayah yang membolehkan kerajaan negeri mengambil sebarang tindakan, walaupun perjawatan dinilai semula selepas tempoh setahun," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:10 PM | Show all posts
Kalau boleh agihkan sekali dekat mereka-mereka yang mengencing pengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
TENA?


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:14 PM | Show all posts
yg perlu silakan ambil ya... sementara dpt percuma ini ambil sahaja... ujung2 nya nnti mengeluh pula sbb ekonomi merundum.. harga lampin pula naik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal gak brand tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat negara afrika kene derma pad, dorang gi rebus pad yang ada absorbent jelly tu untuk dimakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah
Mahal lampin tu
Sampai mati pun pakai tau
Orang uruskan jenazah boh lampin kat arwah
Pastu yang lebih dia mintak nak ambik
Sedekah katanya
Hmmm ambiklah wpun mahal gila bayar upah mandi n kapan mayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.895153 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list