CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1673|Reply: 13

[Tempatan] Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100 juta

[Copy link]
Post time 17-1-2019 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-1-2019 10:48 AM

Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100j

https://m.malaysiakini.com/news/460637

Hafiz Yatim
17 Jan 2019, 6:43 petang (Dikemaskini 17 Jan 2019, 6:44 petang)




Shaariibuu Setev akan berada di Malaysia minggu depan untuk memberi keterangan dalam saman RM100 juta berkaitan pembunuhan anaknya, model Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Saman tersebut difailkan oleh Setev dan anak Altantuya pada 2007, setahun selepas pembunuhan itu, dan terhadap kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.


Empat tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Azilah dan Sirul.


Kedua-duanya dijatuhkan hukuman mati tetapi Sirul berjaya melarikan diri ke Australia selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka.


Peguam Sangeet Kaur Deo memberitahu Malaysiakini bahawa Setev merupakan saksi pertama yang dipanggil memberi keterangan dalam saman itu.


"Diharapkan beliau akan memberi keterangan pada hari Selasa atau Rabu di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas permohonan penzahiran (discovery application) kita didengar," katanya.


Sangeet Kaur Deo


Perbicaraan sivil itu akan dijalankan di depan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera selama dua minggu bermula Selasa ini.


Tahun lalu, hakim memutuskan nota dan penghakiman dalam prosiding jenayah tidak boleh digunakan dalam perbicaraan sivil.


Susulan itu, peguam Setev mungkin perlu memanggil semula para saksi yang telah memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah tersebut.


Awal minggu ini, Sangeet memfailkan permohonan penzahiran agar Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan kandungan kenyataan saksi dalam perbicaraan kes bunuh itu.


Ia termasuklah kenyataan DSP Musa Safri, bekas pembantu (ADC) bekas perdana menteri Najib Tun Razak.


"Kami mahu semua kenyataan dibuka, termasuklah saksi yang tidak dipanggil oleh pasukan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah," katanya lagi.


Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini pada 2015, Sirul berkata Musa sepatutnya dipanggil sebagai saksi.


Najib berulang kali menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan Altantuya dan polis juga membersihkan namanya. Razak Baginda - individu yang dulu dilihat rapat dengan Najib - didakwa atas kesalahan bersubahat dalam pembunuhan itu, tetapi kemudian dibebaskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
#12yearchallange



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya utk sebuah pembalasan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 07:35 AM | Show all posts
onexox97 replied at 17-1-2019 08:59 PM
Lamanya utk sebuah pembalasan

pembalasan ??? kan sudah dihukum pembunuhnya...tak kan mahkamah salah??? kalau mcm tu aku nak kementerian pelajaran check balik keputusan SPM aku..kot kot salah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-1-2019 07:35 AM
pembalasan ??? kan sudah dihukum pembunuhnya...tak kan mahkamah salah??? kalau mcm tu aku nak keme ...

soalannya sapa bg arahan bunuh...  najib?
tunggu je.  klau salah tu salah je...

bkn mcm mahacai ph
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:27 AM | Show all posts
Moga keadilan yg benar2 adil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan najib dah mintak kit siang buat laporan polis supaya desak krjn PH buka balik kes Altantuya, buka kes pengerusi Ambank, buka balik kes Tan Beng Hock. Harap krjn PH melakukannya segera supaya jgn lagi main persepsi nak fitnah dato najib
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:36 AM | Show all posts
iyelah mahkamah salah - anwar pon tak pasal2 merengkok dlm penjara sbb mahkamah punya pasal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 18-1-2019 09:31 AM
Kan najib dah mintak kit siang buat laporan polis supaya desak krjn PH buka balik kes Altantuya, buk ...

najib dah mintak pembantu dia buat laporan kan? tunggu kit siang lambat sgt. yg kena tuduh pulak yg buat laporan polis, yg menuduh dah menyorok belakang pintu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 18-1-2019 09:36 AM
iyelah mahkamah salah - anwar pon tak pasal2 merengkok dlm penjara sbb mahkamah punya pasal

Mahkamah mahathir mahkamah kangaroo kata bang non..  Haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:47 AM | Show all posts
ada lagi komen kaitkan najib.. ?

si kit siang tu pun dah jadi kit malam.. diam tak berkutik pasal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:56 AM | Show all posts
gujiwa replied at 18-1-2019 09:47 AM
ada lagi komen kaitkan najib.. ?

si kit siang tu pun dah jadi kit malam.. diam tak berkutik pasal ...

hahahaaa...ini lawak!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 02:53 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2019 09:19 AM
soalannya sapa bg arahan bunuh...  najib?
tunggu je.  klau salah tu salah je...

tunggu mahkamah tentukan...sekarang kerajaan PH pula tu...tak kan tak puas hati lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 18-1-2019 09:47 AM
ada lagi komen kaitkan najib.. ?

si kit siang tu pun dah jadi kit malam.. diam tak berkutik pasal ...

Hahaha....kit Malam...ok jugak...hahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.138557 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list