CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 11

[Tempatan] Bunuh kucing: Pemandu teksi dipenjara dua tahun

[Copy link]
Post time 17-1-2019 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-1-2019 10:56 AM

Bunuh kucing: Pemandu teksi dipenjara dua tahun

https://m.malaysiakini.com/news/460598

17 Jan 2019, 3:47 petang
(Dikemaskini 17 Jan 2019, 4:36 petang)




Seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri, dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini.


Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas pemandu teksi A Mohanraj, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah, pada sebutan kes hari ini.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 14 Sept 2018.


Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept tahun lepas.


Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.



Sebelum ini rakan Mohanraj, S.Satthiya, 27, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan sama manakala seorang lagi pekerja kontrak K. Ganesh, 42, masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah.


Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor Roslan Mohd Isa memohon hukuman berat dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah zalim.


“Kes ini melibatkan kepentingan awam kerana menyaksikan tingkah laku menganiayai dan menzalimi haiwan yang tidak mampu melawan adalah satu sikap yang tidak boleh diterima masyarakat.


“Sebagai seorang manusia yang berakal tertuduh sepatutnya melindungi haiwan kerana haiwan tersebut (kucing) bukan haiwan berdosa atau berbahaya,” katanya.


Mohanraj yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama serta perlu menanggung keluarga.


“Saya berasa kesal dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi.


“Semasa saya berada dalam tahanan saya sering diejek dan dihina oleh banduan lain atas kesalahan saya ini,” katanya.


Mengikut fakta kes, pada 11 Sept tahun lepas pengurus dobi tersebut telah menerima panggilan daripada seorang pelanggan wanita yang memberitahu bahawa terdapat bangkai seekor kucing yang berada di dalam mesin pengering baju kedai dobi layan diri tersebut.


Pengurus dobi kemudian mengarahkan pekerja kedai membuat pemeriksaan di dalam mesin pengering itu dan mendapati seekor bangkai kucing berada di dalam mesin itu.



Hasil pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua lelaki dan seorang daripada lelaki tersebut telah mengambil seekor kucing yang berada di bawah meja lipat baju di kedai dobi tersebut dan mencampakkan kucing itu ke dalam sebuah mesin pengering baju.


Kedua-dua tertuduh kemudian memasukan token dan menekan butang mula sebelum beredar meninggalkan kedai dobi berkenaan.


Pengadu terpaksa menutup sementara kedainya akibat gangguan bau bangkai yang sangat teruk.


Berikutan itu, pengadu membuat laporan polis dan tangkapan dibuat pada 14 Sept tahun lepas.


Pegawai penyiasat telah mengambil sampel bulu dan darah yang berada di dalam mesin pengering baju itu untuk pemeriksaan DNA.


Laporan analisis DNA mengesahkan bahawa DNA yang dijumpai di dalam mesin pengering baju itu berpadanan dengan DNA seekor kucing jenis domestik.


Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam tiga individu yang membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering berkenaan.


Perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut kemudian tersebar di media sosial dan menerima kecaman masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan polis dan kedua-dua individu itu kemudiannya ditahan polis.


Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie.


Turut hadir mengikuti prosiding hari ini adalah Pengarah Penguatkuasa JPV Malaysia Zaharinan Abd Aziz.


-- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tahun je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 07:25 PM | Show all posts
Dijel, sumbat kucing dalam 'dryer'


MOHANRAJ (kanan).  FOTO Eizairi Shamsudin

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -kucing-dalam-dryer
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rotan?
Penampor jepun?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:49 PM | Show all posts
mcm bodoh aje masuk penjara 2 tahun sebab bunuh kucing. Bukannya dapat apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
HAHAHAHAHAHAHAHAA
tergelak aku...memang patut lah kau kena gelak dalam penjara tu... Org lain masuk penjara kemain kesalahan power2...sekali kau sebab kucing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 08:51 PM | Show all posts
tua2 pun bongokkk!! semoga kau pulak diseksa dalam penjara
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak masok2 jel je teros kene sebat berjemaah..  Dengan kucen bukan main rumbe ranggi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi macam melampau lah sampai 2 tahun penjara, binatang je pun. I hope lobai iphone RM23k  kat Senawang aritu tidak dihukom mengarut macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:51 AM | Show all posts
Ada ahli forum yg kepanasan bila India Hindu kena denda. Yang lobai 23K biarlah polis yg siasat dulu benda belum terbukti lagi bersalah. Saya pun sokong kalau lobai pun kena denda camni jika bersalah. Yang ni dah terang-terang kat CCTV.  Patutlah ada yang kata dia ni pembela India Hindu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tak payah masuk penjara la, campak jah setan ni dlm dryer 2 round, 1 round ganti penjara setahun. biar dia rasa mcmn kucing tu rasa seksa kena keringkan sampai mati. senang ko cakap nak sara keluarga bagai, kucing tu lagi la duduk diam2 je bawah meja tak kacau sape, jauh sekali mencuri mknn ko, tiba2 kena hukum. ada ko pikir masa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 02:15 PM | Show all posts
Celaka kau setan! Meringkuk la ko dlm penjara tu! Mampos terus pun takpe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.295203 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list