CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 2

[Dunia] "Government Shutdown", Trump order Mc D pakai duit poket sendiri untuk

[Copy link]
Post time 17-1-2019 07:11 PM | Show all posts |Read mode






Tahukah anda, kerajaan Amerika Syarikat sekarang sedang "tutup" sehingga Presiden Donald Trump terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli makanan segera McD untuk menjamu tetamu Rumah Putih?

"Government Shutdown" ini berlaku rentetan Dewan Kongres AS tidak meluluskan bejet yang dibentangkan oleh kerajaan, kerana salah satunya ialah peruntukan untuk membina tembok di sempadan AS - Mexico.

Bagi kongres, ia adalah satu pembaziran manakala bagi Trump pula ia perlu dilaksanakan kerana ia salah satu manifesto dalam kempen beliau sebelum ini.

Untuk mudah faham, bayangkan kongres macam sidang parlimen Malaysia. Bayangkan juga parlimen menolak bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

Itu yang berlaku di AS apabila kongres dikuasai oleh Parti Demokrat manakala Presiden pula dari Parti Republikan. Yang ini sukar digambar dalam kondisi demokrasi Malaysia sebab Malaysia tiada pilihan raya Perdana Menteri.

Apabila bajet yang dibentangkan oleh kerajaan ditolak oleh kongres, maka segala peruntukan tidak dapat disalurkan untuk sebarang operasi kerajaan seperti pembayaran gaji kakitangan awam, peruntukan pembangunan, pendidikan dan sebagainya.

Maka terjadilah "Government Shutdown".

Bagusnya Trump, dia berkeras untuk melaksanakan manifesto yang dijanjinya. Beliau lebih rela order McD guna duit poket sendiri untuk jamu tetamu rasmi Rumah Putih daripada memungkiri janji.

Semoga beliau istiqamah dan tidak U-Turn.





Afyan Mat Rawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2019 07:13 PM | Show all posts

Trump patut datang Malaysia berguru macam mana nak mungkir janji manifesto dengan alasan2 yang confident  




Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamberder! Refer to trump tweet...this fatty doesnt spell well...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.066294 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list