Edited by EJALTI at 17-1-2019 11:14 AM
Ditemui selamat selepas 4 hari hilang
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413165/ditemui-selamat-selepas-4-hari-hilang
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 4:25 PM Hazsyah Abdul Rahman
cnews@nstp.com.my
JAMELIA ditemui selamat selepas empat hari hilang. FOTO Ihsan Bomba
WANITA warga emas berusia 84 tahun yang hilang sejak Ahad lalu selepas keluar mencari daun keembung berdekatan rumahnya di Kampung Tandu Batu, dekat Pulau Jambongan, Beluran ditemui selamat, pagi tadi.
Jamelia Ungung, 84, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan hutan, kira-kira 2.5 kilometer (km) dari rumahnya jam 11.08 pagi oleh penduduk kampung dan anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Difahamkan, mangsa memberitahu pasukan SAR yang dia berjumpa dengan seorang remaja lelaki ketika mencari daun keembung untuk membuat tapai nasi, sebelum dibawa masuk ke dalam kawasan hutan.
Remaja lelaki itu kemudian didakwa ghaib dalam kawasan hutan dan warga emas itu tidak menemui jalan pulang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi berkata, susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan jam 11.40 pagi.
Wanita itu keluar rumah sendirian ke kawasan berhampiran untuk mencari daun keembung sejak jam 2 petang Ahad lalu, namun tidak pulang menyebabkan keluarganya menghubungi bomba pada keesokan harinya.
|