CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9937|Reply: 139

[Tempatan] 'Tolonglah saya jelaskan RM90,000...'

  [Copy link]
Post time 17-1-2019 07:21 PM | Show all posts |Read mode
'Tolonglah saya jelaskan RM90,000...'

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/413172/tolonglah-saya-jelaskan-rm90000

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 4:30 PM

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my



PELAKON Iqram Dinzly yang diisytihar muflis, Isnin lalu memohon sumbangan ikhlas orang ramai bagi membantunya keluar dari masalah itu.


Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin yang juga cucu mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dia memerlukan lebih kurang RM90,000 jika ingin bebas dari senarai bankrupsi dan insolvensi.


“Saya dimaklumkan oleh peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ingin bebas dari status berkenaan saya kena jelaskan lebih kurang RM90,000 dalam tempoh yang berbaki 20 hari lagi.


“Disebabkan itu, saya mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Ini pertama kali saya buat macam ini. Saya berharap ada sedikit belas ihsan dalam diri mereka. Memadai jika saya dapat keluar daripada status muflis dan insolvensi supaya dapat membuat perancangan lain.


Selebihnya, saya boleh ikhtiar cara lain.


“Saya tak malu nak minta bantuan. Biarlah orang nak kata apa. Kalau ini cara yang boleh menyelesaikan masalah saya, apa salahnya,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Iqram, sekiranya gagal berbuat sedemikian sebuah rumah berupa unit kondominium dan dua kereta miliknya akan dilelong.


“Saya nak mengharapkan bantuan keluarga pun susah juga, sebab masing-masing ada komitmen. Dalam masa sama, takkan saya nak menyusahkan Mama pula. Saya tak nak bebankannya kerana dia pun ada banyak lagi tanggungan dalam keluarga.


“Diakui apabila timbul masalah ini, seorang rakan pun tak ada yang bertanya atau ingin menghulurkan bantuan. Saya pula jenis yang tak pernah mengungkit apa yang pernah dibuat sebelum ini.


“Kalau ada antara mereka yang ingat dan kenang jasa saya, mereka akan datang sendiri. Saya tak perlu tanya pun,” katanya.


Iqram berkata, jika ada yang ingin membantu boleh berhubung terus dengannya.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.


Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, Isnin lalu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:24 PM | Show all posts
kasihan retis sunni yg ting tong ini... haritu bkn main heshe nk sumpah LHDN pelbagai dgn nama elohim.. ujung2 nya takde mukjizat pun... tkkan la hari2 dok tonggang tonggek jubo dulu2 nya tkde hasil dari kerja itu... skrng nk mengemis sumbangan org ramai pula
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah replied at 17-1-2019 07:24 PM
kasihan retis sunni yg ting tong ini... haritu bkn main heshe nk sumpah LHDN pelbagai dgn nama elohi ...

klau dah 70k kena... kira la pndpt dulu brp tu... jenis tak pernah byr langsung
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:31 PM | Show all posts
Sanggup minta bantuan! Jual ajalah kereta tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual lah apa yg ada...kau sihat je pun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kau punya pendapatan yg kena cukai, kau nak suruh org lain bayarkan pulak, motif?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpayah tolong.dulu time ada duit xberingat byr cukai.ni mntak tolong org pulak.bukan nye masa kaya ada bg duit kt org lain pon.pehal org pulak kene byr hutang ko
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xlogik je aku nk tolong..ko ada kondo ada kete...aku yg xde ni pun sesak pi bgadai dr pinjam org..buat malu keturunan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik chiki cuba minta nasihat sis kuin hanis
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tolong. Org mcm ni x guna ditolong. Sila la cari kerja. Jgn nk menyusahkan org. Dpt duit kau enjoy sakan. Dah susah sibuk mintak tolong org
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:31 PM | Show all posts
HAHAHAHAHA. adoi......... takleh brain iols.... kalo mintak derma sbb takde duit nak buat tampung kos perubatan ka hapa iols faham lah jugak... ini sebab nak bayar cukai 77k, cukai je 77k, bayangkanlah pendapatan dia brp............

anyway, dia ni bukan ad buat bisnes ayam goreng ka hapa tah ????? dah tutup ke//
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual lah keta and kondo ko tuh. Baik duk umah kecik , naik public dari berhutang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni spesis kulit apa ni? Adik beradik n famili dia xmalu ke ada sedara gini? Biar jelah muflis pn...ko muflis ke x sama je kn? Tax x byr jugak job ntah ada ke xda...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:49 PM | Show all posts
hidup kena berusaha.. jauhi meminta2..

#donedakwah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Time2 emergency macam ni kita gadai aset yg ada. Ni sampai tahap sanggup mintak bantuan sbb takut kete dgn umah kena lelong. Masa duit banyak tak reti nak bayar cukai
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual la satu kereta dulu... ngada2 haih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aku keje berpuluh thn pun rasanya x cecah 70k lg byr cukai..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Why not jual 2 biji kereta tu and settle kan hutang cukai tu? Kereta boleh beli baru anytime
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah betul korang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 09:12 PM | Show all posts
“Disebabkan itu, saya mengharapkan bantuan daripada orang ramai. Ini pertama kali saya buat macam ini. Saya berharap ada sedikit belas ihsan dalam diri mereka. Memadai jika saya dapat keluar daripada status muflis dan insolvensi supaya dapat membuat perancangan lain.


Ape yang org dpt dgn tolong hang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071298 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list