CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3101|Reply: 27

[Tempatan] Amuk Guna Parang Sebelum Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 18-1-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEPASANG suami isteri berdepan detik cemas apabila diserang dengan parang oleh lelaki yang seolah-olah sedang dirasuk ketika menjalankan upacara rawatan tradisional sebelum lelaki terbabit membunuh diri dengan menikam badannya sendiri.

Mangsa yang juga pesara berusia 47 tahun dan isterinya yang berusia 41 tahun mengalami cedera ringan akibat dilibas dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 10.30 pagi ini selepas mangsa perempuan menghubungi talian kecemasan memaklumkan dia dan suaminya diserang seorang lelaki dengan parang, dalam kejadian di Taman Kiara Mas 2.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, suspek lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah institusi kewangan adalah adik angkat mangsa yang tinggal di Taman Sri Impian, dan kerap datang ke rumah mangsa bagi tujuan rawatan kepada isteri mangsa yang dikatakan mengalami penyakit buatan orang.

“Suspek datang seorang diri ke rumah mangsa sebelum terus menjalankan upacara perubatan dalam sebuah bilik sebelum secara tiba-tiba suspek dikatakan seperti dirasuk dan bertindak mencederakan mangsa menggunakan sebilah parang.

“Wanita itu yang cuba membantu suaminya turut dicederakan sebelum mereka melarikan diri dengan keluar dari bilik terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Abduh berkata, ketika sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang tiba di tempat kejadian, suspek masih berada dalam bilik terbabit dan usaha untuk memanggilnya keluar tidak berhasil.

Katanya, pihak polis kemudian bertindak memecahkan pintu bilik dan menjumpai suspek dalam keadaan terlentang sebelum pemeriksaan lanjut mendapati dia sudah meninggal dunia dipercayai akibat membunuh diri berdasarkan kesan tikaman di dada serta perut.

Beliau berkata, polis turut menjumpai sebilah keris panjang di belakang badan suspek.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian suspek,” katanya.

Mohd Abduh berkata, semakan rekod jenayah lampau pasangan suami isteri dan suspek mendapati mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 9:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
KEADAAN rumah yang berselerak dan mangsa (gambar kanan) yang cedera selepas diserang menggunakan parang oleh suspek di Taman Kiara Mas 2, Kluang. FOTO NSTP/Tular Media Sosial.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 02:18 AM | Show all posts
berubat dengan orang gila isim ke apa ni? kenapa tak berubat rukyah dengan ustaz?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:42 AM | Show all posts
dah nak masuk tahun 2020 dah ni. masih ada lagi yang percaya dengan penyakit kena buatan orang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukacactus at 18-1-2019 03:48 AM

Yg mengubat plak kerasukan ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur sempat selamatkan diri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 08:24 AM | Show all posts
nak berubat dgn sakit (yg bpotensi amuk tu), ko bawala geng, 5,10 org ka
ni ko laki bini ja, apa ko deadpool ka? ada blackbelt ka?,

kalau betul kene rasuk, bdk pmpn umo 10 tahun, leh hayun sblh tgn 2 laki dewasa ke lantai ler
tu yg aku tgk dpn mata masa zmn skola, terkial2 dorg nk pgang

ni ko slambe dgn   bini aja hadir buat rawat cmtu?
giler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 18-1-2019 08:24 AM
nak berubat dgn sakit (yg bpotensi amuk tu), ko bawala geng, 5,10 org ka
ni ko laki bini ja, apa ko ...

Sumber dari kenalan terdekat :

salam semua.. cerita sebetulnya ustaz ni dah biasa dtg rumah akak angkat dia.. pagi tadi dia dtg nak ubatkan.. tiba tiba dirasuk terus mengamuk nak tetak org dalam rumah tu.. pastu ustaz tu masuk bilik kunci pintu.. time polis dtg nak bukak pintu bilik tu tgk ustaz tu dah meninggal akibat kesan tikaman(bunuh diri).. org taman sy ni org TSI.. . dah ramai org berubat dgn dia.. sekolah area kluang kalau ade histeria mmg akan panggil ustaz ni.. kami sgt terkejut dgn berita ni pagi tadi.. ustaz sgt baik dgn kejiranan taman ni.. ustaz ni pon background nya baik baik dan merupakan staf bank area kluang.. .Al fatihah.. semoga arwah Ustaz Farhan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. dan semoga sesiapa yg menfitnah kata ustaz ni hisap dadah lah gila isim lah baik korang positifkan diri sedekahkan Al fatihah..Insyallah baik tempat nya..

C&P
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 08:49 AM | Show all posts
dah kenaper???
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:59 AM | Show all posts
Takziah kepada semua yang terlibat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu yg bunuh dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:29 AM | Show all posts
kalau kes macam ni, dirasuk lalu bunuh diri, adakah tidak akan bau syurga juga?
#SoalanSerius
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 18-1-2019 09:29 AM
kalau kes macam ni, dirasuk lalu bunuh diri, adakah tidak akan bau syurga juga?
#SoalanSerius

Persoalan ini hang kena rujuk pada ustaz. Tapi jangan tanya seorang dua ja.

Seeloknya bertanya ramai ustaz.

Dalam kes ini persoalannya memang bunuh diri atau kecelakaan yang membuatkan mangsa terbunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:48 AM | Show all posts
Remyda replied at 18-1-2019 09:33 AM
Persoalan ini hang kena rujuk pada ustaz. Tapi jangan tanya seorang dua ja.

Seeloknya bertanya ...

you rasa since arwah juga ustaz, adakah ustaz akan bias dalam menjawab soalan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 18-1-2019 09:48 AM
you rasa since arwah juga ustaz, adakah ustaz akan bias dalam menjawab soalan?

Ustaz pun tk berhak judge pengakhiran hidup seseorg. Luar bidang kuasa manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 10:13 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 18-1-2019 09:57 AM
Ustaz pun tk berhak judge pengakhiran hidup seseorg. Luar bidang kuasa manusia

maksud i tu..
tak apa lah abaikan..
i setuju dengan apa yang u sampaikan. i faham.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:58 AM | Show all posts
minguk replied at 18-1-2019 09:29 AM
kalau kes macam ni, dirasuk lalu bunuh diri, adakah tidak akan bau syurga juga?
#SoalanSerius

Kalau dia mmg berniat bunuh diri tu mmg confirm la. Tapi kalau dia kena rasuk lalu bunuh diri tanpa kesedaran diri itu lain kategori kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai macam mana boleh jadi macam tu. Apa pun syukurlah takde mangsa lain yang kena tikam juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 11:11 AM | Show all posts
DollahRepek replied at 18-1-2019 10:58 AM
Kalau dia mmg berniat bunuh diri tu mmg confirm la. Tapi kalau dia kena rasuk lalu bunuh diri tanp ...

owh oaky, faham.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.746351 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list