CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1835|Reply: 11

[Tempatan] Golongan bawah umur berpendapatan melebihi RM5K sebulan di wajibkan bayar cukai

  [Copy link]
Post time 18-1-2019 06:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-1-2019 02:11 PM


















GAMBAR hiasan

















SELEBRITI Internet dan individu lain, termasuk golongan bawah umur, yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial, tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai profesion, dan oleh itu mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.

“Kami menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk sampai kepada mereka, malah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita pada Program Pemberitahuan Sukarela Khas (SVDP), seminar yang dianjurkan oleh Institut Akauntan Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, lembaga itu akan dapat mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat yang membayar untuk perkhidmatan selebriti Internet terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang mereka upah.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai.

Bagi kes seumpama itu, ibu bapa atau penjaga masing-masing perlu mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh oleh anak-anak di bawah umur, bagi pihak mereka.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...na-bayar-cukai



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 11:49 AM | Show all posts
kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 01:23 PM | Show all posts
kui kui kui...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:36 PM | Show all posts
kutip slagi bolehhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Engkau dok sebok bawah 5k income and budak2 berpendatan tinggi.

Itu tua bangka dok melaram kehulu kehilir pakai audi, BMW, mesidis, Lexus tu. Masukkan penjara je kalau diaorg Tak bayar tax top bracket personal income tax. Siasat kendian.

Kejar yg to dulu la. Apa bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah deqqqq
jgn nangis ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2019 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Yng dok galak kaya semua siasat tngok2 tipu je income lebat nk ajak orng join mlm
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 08:20 PM | Show all posts
hello socmed famous..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua dia nak kutip miskin cukai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 11:46 PM | Show all posts
bukan ke dah lama isu ni. tu hah dulu anak cik ta ke anak scha tu yang dapat income ribu riban terus dapat surat dari lhdn kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada dlm akta cukai pendapatan 1967 kan. so
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2019 03:59 AM | Show all posts


Betullah tu. Dah buat income ribu ribu takkan nak elak cukai pulak?

Korang tengok di USA dpt duit menang loteri pun korang kena bayar tax. Dpt bonus pun kena bayar tax.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079552 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list