CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9311|Reply: 125

[Tempatan] Al-Kisah rumah tak terjual - dah jual harga yahudi siapa mampu beli??

[Copy link]
Post time 18-1-2019 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kakyungpilah85 at 18-1-2019 09:15 AM

Sori kalau thread ni dah ada...dipetik dari BH

KUALA LUMPUR: Nilai rumah tidak terjual, sebahagian besarnya kategori mampu milik mencecah nilai RM22.5 bilion.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata unit kediaman itu akan cuba dijual menerusi ekspo pemilikan kediaman yang dijangka diadakan Januari depan.

Beliau berkata penelitian pihaknya mendapati 73 peratus daripada kediaman tidak terjual itu bernilai RM250,000 ke bawah dan hartanah berkenaan dikategorikan sebagai rumah mampu milik.

“KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) dan pemaju sudah berunding untuk mengadakan ekspo pemilikan kediaman seperti yang pernah dianjurkan pada 1998 serta 1999.

“Program ini akan diadakan dalam tempoh terdekat, dijangkakan Januari, kerana kita sedang tunggu (perincian daripada) pembentangan Bajet 2019 pada 2 November ini.

“Kita sudah bincang dengan Bank Negara Malaysia dan pelabur perumahan yang bersetuju untuk tampil membantu menyediakan skim pembiayaan bagi membolehkan pemohon mendapat kelonggaran pinjaman,” katanya ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (PH DAP-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Kui Lun meminta perincian mengenai langkah kerajaan mengatasi masalah lambakan unit rumah yang tidak dapat dijual berikutan kegagalan pembeli mendapatkan pinjaman kediaman daripada bank dan institusi kewangan.

Mengulas lanjut, Zuraida bagaimanapun berkata, kerajaan tidak menggalakkan individu yang ingin membeli kediaman tanpa memiliki kemampuan untuk menjelaskan hutang pinjaman perumahan.

“KPKT ada beberapa rancangan program dan dasar rumah mampu milik yang bakal dilancarkan, demi manfaat golongan sasar, khususnya kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40).

“Pada masa sama, kita ingin pastikan individu yang ingin memohon pinjaman mampu melunaskan hutang perumahan kerana kita tidak mahu kediaman mereka tergadai,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Kui Lun berhubung kesediaan kerajaan mewujudkan tabung khas bagi pembeli rumah pertama yang gagal mendapat pinjaman institusi kewangan, Zuraida berkata, cadangan merangkumi pemberian geran sedemikian bukan pendekatan terbaik bagi merungkai isu terbabit.

Beliau sebaliknya berpendapat bahawa dana kerajaan perlu diguna dan dimanfaatkan secara lebih lestari, namun tidak bermakna sebarang penyaluran bantuan demi manfaat golongan sasar akan dihentikan.

“Banyak lagi cara yang kita boleh laksanakan, bukan menerusi penggunaan dana kerajaan, termasuk pendekatan memanjangkan tempoh pembiayaan, pengecualian yuran perundangan dan sebagainya hasil rundingan dan kerjasama dengan pihak berkaitan,” katanya

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2019 08:46 AM | Show all posts
pandangan aku...kalau harga rumah mcm yahudi jugak memang xde sape mampu beli..nak2 golongan muda sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:48 AM | Show all posts
mcmana x terjual..jual umah mahal nak mampos...lepas tu buat lak style ok sebelum umah siap loan dr developer dulu byr selama 3 tahun then lepas tu br start byr bank..rega umah 1.7juta..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 08:50 AM | Show all posts
ell768 replied at 18-1-2019 08:48 AM
mcmana x terjual..jual umah mahal nak mampos...lepas tu buat lak style ok sebelum umah siap loan dr  ...

tu la...nak2 area kl ni umah kecik nak dekat saiz lubang kubur jual harga lebih setengah juta...pastu xdapat jual ko meroyan..abis ko wat rumah tu nak aim sape beli?ingat pendapatan org malaysia ni paling miskin 10k agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:53 AM | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 18-1-2019 08:50 AM
tu la...nak2 area kl ni umah kecik nak dekat saiz lubang kubur jual harga lebih setengah juta...pa ...

itu lah miskin bandar pon rm5k kot kan...tu pun kalau ada anak kt skolah cikgu jap2 minx duit jap2 minx duit..beli buku laa baju tu baju ni seme duit..pengsan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 08:56 AM | Show all posts
ni pon kalau buat expo pon kalau setakat letak diskaun 10% pon org masih xmampu nak bayar...pastu umah mesti kat tempat jin bertendang tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 08:57 AM | Show all posts
Pemaju perumahan pun perlukan tongkat dari kerajaan ke? Shameful...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 18-1-2019 08:57 AM
Pemaju perumahan pun perlukan tongkat dari kerajaan ke? Shameful...


Rakyat pun perlukan bantuan kerajaan. Hopefully kerajaan boleh sponsor rakyat beli rumah 50persen dr harga market utk pembelian rumah pertama.  Jadi kalau harga rumah 300k...separuh drnya gov bayar.....Then jgn allow resale within 5 years.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 09:07 AM | Show all posts
Bg aku senang cerita KPKT fail untuk regulate pricing mechanism menyebabkan REHDA & pemaju ni take advantage...Impact dia kita sebagai pengguna....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 18-1-2019 08:56 AM
ni pon kalau buat expo pon kalau setakat letak diskaun 10% pon org masih xmampu nak bayar...pastu um ...

dah harga cikai rm400k..,
harga tu monthly installment 2k++ so gj 5k ke atas je bleh beli dgn sakit la dgn kereta other expenses lg....

tu aku heran gj 3k eksen berhonda city... rumah tak beli
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:10 AM | Show all posts
iols borak ngan makcik iols dia ni mmg anti ngan BN..
dia bengang ngan BN sbb harga rumah tak terkawal..

ank dia nak beli umah which is area kl berdekatan.. tak mampu sbb terlalu mahal..
dia masih teringat zaman madey harga rumah 50-60k

memandang iols beli umah bawah pkns weols explain kat dia..
rumah pkns bawah kerajaan selangor pun paling murah kat umah iols 2 tingkat 250 ke atas..

kalau nk rumah selangorku pun kalau nak rumah ada tanah paling murah 180k

kalau rumah flat iols tak tahu la..

kalau nak juga harga umah 50-60k sila la beli umah kat bukit beruntung.. banyak rumah lelong..
tak mo plak..
tepuk dahi je la iols..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kakyungpilah85 replied at 18-1-2019 08:50 AM
tu la...nak2 area kl ni umah kecik nak dekat saiz lubang kubur jual harga lebih setengah juta...pa ...

Nak buat mcmane sis rakyat bukan makin lama makin sikit, rumah pun makin lama makin byk utk tampung manusia tapi tanah sekangkang kera. KL tu dh telampau padat and pesat. Patut dh start bangunkan bandar kedua terbesar selepas kL. Penduduk yg tak kemampuan tpi fefeling nk duk kwsn bndar boleh shift ke sana. Skg selangor pun dh padat n harga rumah pun mencanak. Next? N9 i think
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 la tu krjn PH nak tolong kroni developer.. Mana janji nak turunkan harga rumah??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:32 AM | Show all posts
tobby replied at 18-1-2019 09:26 AM
Udah2 la tu krjn PH nak tolong kroni developer.. Mana janji nak turunkan harga rumah??

manifesto ke bang?kan diorang dah cakap bukan kitab suci.. lupa?
#MelayuMudahLupa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni mmg nk marah..5k pn agent xblh bg kurang..konon2nye owner xbg..last2 rumah xdpt jual owner tanggung la cost cukai maintenance etc tu..simpan la rumah korg jd ikan pekasam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:34 AM | Show all posts
tobby replied at 18-1-2019 09:26 AM
Udah2 la tu krjn PH nak tolong kroni developer.. Mana janji nak turunkan harga rumah??

iols yang hari hari kerja hadap tender pun kadang menyampah ngan developer balik balik milion banglo mewah
benda ni bukan baru bang tobby

sebolehnya kerjaan sekarang boleh limitkan kelulusan pada developer untuk buat rumah yang harga yahudi tapi banyakkan rumah mampu milik bawah 250k

harga material pun dah naik tahun demi tahun so celah mana harga rumah nak murah dengan kos tenaga buruh lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 18-1-2019 09:34 AM
iols yang hari hari kerja hadap tender pun kadang menyampah ngan developer balik balik milion bang ...

Entahlah.. Ramai pengundi pru14 yg masih menaruh harapan sst boleh turunkan harga rumah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 18-1-2019 09:33 AM
Bab ni mmg nk marah..5k pn agent xblh bg kurang..konon2nye owner xbg..last2 rumah xdpt jual owner ta ...

Buat iklan.. Jual sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:52 AM | Show all posts
Beliau berkata penelitian pihaknya mendapati 73 peratus daripada kediaman tidak terjual itu bernilai RM250,000 ke bawah dan hartanah berkenaan dikategorikan sebagai rumah mampu milik.


Betul tu. Masyarakat sekarang nie nak rumah idaman mereka. Bukannya pikir nak rumah mampu milik. Budget rm200k tapi nak rumah landed + dekat area KL + guarded etc. Beli flat taknak pulak sbb nanti jatuh air muka bila sedara mara dtg melawat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:00 AM | Show all posts
soho size 450 sqft harga 250k
sape nak beli?
kalau besar skit kondo 800-1000sqft da jejak 1million
giler betul!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.437747 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list