CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 4

DERITA TAK BERNOKTAH JIKA DAPAT PASANGAN YANG TAK BERTANGUNGJAWAB

[Copy link]
Post time 18-1-2019 11:23 AM | Show all posts |Read mode

    Kisah wanita yang penuh derita tapi masih tetap hadapi dengan tabah demi anak nya.nasib malang apabila pertemuan pasangan hidup kali pertama hanya indah bahagia pada awal perkhawinan.pernikahan yang tidak direstui keluarga akan tidak selamanya bahagia, bermula dengan nikah disempadan siam tanpa izin keluarga hingga mempunyai anak yang baru dilahirkan perlu didaftarkan di pejabat pendaftaran negara,       Disini akan bermula cabaran kehidupan apabila surat nikah tidak dapat diterima untuk berbinti/berbinti kan nama si pasangan.untuk daftar pernikahan di luar negara memerlukan kewangan yang agak banyak, bagaimana untuk meneruskan hidup dengan anak yang memerlukan segala keperluan, kos yang perlu disara pasangan sepanjang tempoh berpantang. pendaftaran yang tergantung tidak dapat diuruskan kerana masalah kekurangan sumber pendapatan.


      Tekanan yang dihadapi wanita semakin berat apabila tidak mempunyai sumber kewangan selain dari nafkah suami, suami akan merasa bebanan berat segala nafkah rumah isteri anak perlu dipenuhi. cara yang terbaik adalah minta bantuan dari keluarga. Keluarga tidak dapat menerima anak yang dikandung telah guriskan hatinya.lalu wanita ini alami tekanan hebat apabila keluarga tidak lagi menerima, anak yang makin membesar memerlukan keperluan hidup, saat ini lagi diuji apabila pasangan hilangkan diri tanpa khabar berita selama bertahun,atas desakan hidup yang tidak mampu ditangung jalan mudah hanya tinggalkan gantung tak bertali. nasib wanita ini terletak dimana? apakah jalan yang ada untuk wanita yang alami nasib bergini?

        Sampai bila kah mampu hati bertahan untuk hidup sendiri? keinginan untuk mencari pasangan baru untuk mengubah nasib diri hanya impian dalam hati, status diri yang tidak diketahui, sumber kewangan yang hanya sekadar mampu tidak dapat diselesaikan. ada wanita yang sanggup hidup seperti suami isteri tanpa ikatan sah hingga melahirkan anak tak sah taraf, dan apakah biro bantuan yang ada untuk wanita seperti ini?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga anda kuat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila buat silap bertaubat dan perbaiki keadaan
Bukannya meneruskan hidup dengan kesilapan demi kesilapan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 04:45 PM | Show all posts
dan wanita memang ternyata perlu kuat dari segi apa pun, mental juga fizikal..
berkata memang mudah,yang lalui situasi ini bagaimana? tolong lah bantu segelintir wanita yang berada masalah tekanan jiwa, luaran mungkin mereka tersenyum,, hakikat yang didalaman hanya allah yang tahu,
    bagi elakan berlaku perkara diluar kotak minda yang waras, adakan saluran bantuan dengan cara hebahan dari  media sosial,surat khabar dan lain. mungkin akan ada artikel yang mampu membantu menyelamatkan satu nyawa dan nasib wanita dan kanak kanak yang memerlukan keprihatinan.


    #bantulahinsanyangpatutdilindungibukandihinacaci..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:04 PM | Show all posts
jangan gunakan alasan anak untuk stay in marriage
kalau lepas cerai dan awak bagi attention dan focus pada anak, insyaAllah anak ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062486 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list