View: 7374|Reply: 87
|
[Politik]
Bekas Tukang Pacak Bendera DAP bercakap ttg fenomena trend setter oleh Najib Raz
[Copy link]
|
|
NAJIBNOMENA
Anda boleh memilih untuk tidak menyokong Najib Razak. Tetapi satu perkara yang anda semua tidak boleh nafi hari ini adalah bagaimana berkesannya beliau berfungsi sebagai pembangkang dan kebangkitan beliau dalam populariti politik.
Gaya DS Najib telah banyak berubah sejak PRU14. Politik beliau yang dahulunya stagnant dan skema hanya boleh berfungsi menambah maklumat semata mata. Ia membosankan. Hari ini beliau sudah boleh menghiburkan kita dengan 'personal touch' kepada cara hidup rakyat biasa, lebih natural dalam pergerakan tubuh / pengucapan awam dan mula menjadi trend setter.
Saya juga berani sebut bahawa beliau sudah mula menunjukkan ciri seorang negarawan. Dalam satu program di Kerinchi beberapa hari lepas, beliau ditanya adakah beliau mahu menjatuhkan PM Tun Dr Mahathir kerana 'menzaliminya'? Jawapan DSN ringkas. Tidak. Dia mahukan Tun diberikan peluang untuk memerintah dan beliau mahu bekerjasama dan menyumbang bagi meneruskan pembangunan rakyat.
You see, style begini bukan taraf ahli politik cabuk. Sebahagian ahli politik kita sanggup memburukkan kerajaan dengan fakta salah di luar negara dahulu. Sebahagiannya pula sanggup memujuk dan mendesak rakyat turun ke jalan raya. Semuanya bagi melihat kerajaan lama gagal. DSN tidak. Dia mahu kerajaan hari ini berjaya dan dia mahu membantu sama. Gagal kerajaan hari ini maka rosaklah negara.
Dan hanya orang yang boleh mendahulukan negara daripada kepentingan peribadi mempunyai potensi menjadi negarawan.
Anda boleh menuduh beliau dengan isu 1MDB. Tetapi apa yang anda semua mungkin tidak sedar, personal touch beliau kepada golongan pedalaman dan kampung masih kukuh berakar umbi. Sepanjang 9 tahun menjadi Perdana Menteri, kelompok ini lah yang paling banyak dibantu, paling banyak dibangunkan dan paling banyak menerima manfaat. BR1M, insentif tunai nelayan, petani, penoreh getah, pembangunan infrastruktur jalan pendalaman, bekalan utiliti asas, bantuan pemandu teksi, skim latihan pekerjaan, kemudahan kesihatan dan pelbagai lagi. Ini semua kebanyakannya dinikmati kelompok terbawah yang selama ini terlalu jauh tertinggal daripada kelompok bandar.
Apabila sebahagian nikmat ini hilang, maka kelompok inilah yang paling terasa. Menghapuskan GST tidak mengurangkan beban apa-apa melainkan kepada peniaga.
Jadi bukan sesuatu yang aneh bila kita melihat sambutan orang asli kepada beliau di PRK Cameron Highlands. Bandingkan dengan Bossmu Lim Kit Siang (林吉祥) yang hanya boleh bising pasal jalan roti canai walaupun mereka sendiri sudah jadi kerajaan.
Apabila kelompok pemandu teksi sendiri yang selama ini banyak berkempen untuk PH mula berpaling meminta bantuan DS Najib semalam, ia menunjukkan betapa efisiennya beliau sebagai pembangkang. Walaupun pendirian politik sebahagian pemandu teksi ini mungkin belum berubah, hadirnya mereka bertemu dengan DSN membuktikan bagaimana mereka melihat beliau sebagai 'penyelesai masalah'. [1]
Dan ia terbukti bagaimana tekanan2 bersahaja beliau di media sosial menyebabkan kerajaan hari ini tunduk dalam beberapa isu. Contohnya penurunan harga minyak.
Style penyampaian yang mudah dan ringkas yang dibuat oleh beliau hari ini dalam isu isu semasa termasuk townhall dan sesi dialog sebenarnya lebih berkesan. Sesuai dengan ayat Allah Taala berbunyi:
"Sesungguhnya kebanyakan manusia itu tidak mengetahui".
Apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan untuk menghancurkan kredibiliti beliau selama ini adalah melalui kaedah yang sangat ringkas. 1MDB rasuah. Rosmah beli cincin. Mana RM2.6 bilion. PH memahami bahawa majoriti rakyat adalah 'simpleton'. Atau tidak mengetahui / bodoh / malas berfikir. Memberi jawapan yang panjang lebar seperti yang dibuat oleh team BN dahulu kala walaupun mungkin betul tetapi tidak akan sampai kepada kotak akal majoriti rakyat.
Apa yang DSN buat hari ini adalah dengan strategi dengan hampir sama. Cuma fakta yang dibawanya adalah lebih kuat dan irrefutable (tidak dapat ditangkis).
Dan inilah yang membimbangkan PH. Mereka tidak ada masa untuk menyerang atau menjawab seperti dahulu kerana bebanan menguruskan negara sudah ada di bahu mereka. Belum lagi dikira pergeseran dalaman terbuka sesama pemimpin atasan.
Maka munasabah lah apabila Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sendiri terpaksa mengakui prestasi cemerlang DSN sepanjang menguruskan negara. [2] Atau ketika MITI sendiri mengakui perdagangan Malaysia adalah paling tinggi tahun 2017 sepanjang tempoh 13 tahun.
Itulah Najib. Berjaya ketika menjadi kerajaan. Dan efisien ketika menjadi pembangkang.
Benarlah kata orang tua tua dahulu. Benih yang baik, jatuh ke laut mana pun akan menjadi pulau.
Benih yang buruk? Tanya bossmu Lim Kit Siang lah!
Sekian,
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Tukang Pacak Bendera DAP
Parlimen P103 Puchong 2008.
--------------
Rujukan:
[1] https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/16/desperate-cabbies-turn-to-najib-over-threat-posed-by-e-hailing-service/
[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1372187949583528&id=1362080107260979 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum PRU14 sampaila 4-5 bulan lepas PRU, bila jenguk page fb rasmi dia memang tak jumpa la komen yg menyokong dia. Hampir takde langsung. Skrg ni, komen kutuk dia pulak yg hampir takde. Komen kutuk dia pun komen yg boleh nampak ketandusan idea. Macam tak tau dah nak kutuk ape. Bila DSN up satu isu macam isu cukai minyak atau isu ekonomi, post tu hanya dikutuk dgn komen lapuk mcm birkin, 1MDB dsb, bukannya komen yg menjawab isu yg diutarakan. Yang aku nampak, page2 pro kerajaan pulak yg banyak kena serang. Kalau buat poll, tak payah cakapla. Sapu bersih. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by RED 666 at 18-1-2019 01:34 PM
harizs replied at 18-1-2019 11:26 AM
Sebelum PRU14 sampaila 4-5 bulan lepas PRU, bila jenguk page fb rasmi dia memang tak jumpa la komen ...
karma sudah tiba kepada mereka, dulu dipuji skrg dikeji. Tapi dap tetap kukuh dgn lebih 90% cina di belakangnya. Pkr, bersatu, amanah mmg agak goyah |
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 18-1-2019 11:45 AM
karma sudah tiba kepada mereka, dulu dipuji skrg dikeji. Tapi lebih dap tetap kukuh dgn lebih 90% ...
melayu bersatu mmg tumbang la kerajaan 1 penggal... nanti ade mahacai bodoh tu kutuk lebai bagai... penyatuan umno pas tak berhasil sbb che det mahafiraun |
|
|
|
|
|
|
|
semasa jd Piyem..bila bergambar dgn marhaen...muka DSN xleh blah..mcm terpaksa
skrg.. nampak natural dan ikhlas... |
|
|
|
|
|
|
|
sejak jadi pembangkang... aku rasa dia lebih relax... ada masa untuk jadi manusia biasa. Ada masa utk sama2 selami perasaan rakyat. Tu yang nampak dia lebih ikhlas sekarang ni.
Yang sebabkan dia jatuh pon.. isu paling besar keborosan rosmah ngan isu 1MDB tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
balik2 komen penyokong pakatan adalah bila nak masuk sg. buloh, bising lah kau najib, itu je???? hahahahahahahaha kalau momentum ni terus dan BN ambil peluang sekarang ni kuatkan parti, memang pakatan akan jadi kerajaan sepenggal je, dgn performance rata2 muntri lagi teruk dari mat maslan, hassan malek, memang tapau lah, cuma aku ada nampak ada sikit swing dari kaum cina ke pembangkang sekarang, kalau dulu 99% sokong pakatan, la ni aku nampak mungkin tinggal 88% je or may be less.....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-1-2019 12:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Rakyat kecewa kena kencing... So mrk nampak najib tempat mrk mengadu nasib |
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 replied at 18-1-2019 12:18 PM
balik2 komen penyokong pakatan adalah bila nak masuk sg. buloh, bising lah kau najib, itu je???? hah ...
klau tgk dkt fb cina pun dok kutuk ph haha |
|
|
|
|
|
|
|
langkah terbaik yg dibuat oleh najib bila dia simpan kak mah kat rumah. Kak mah tu liabiliti BN sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
dinopower2 replied at 18-1-2019 11:53 AM
melayu bersatu mmg tumbang la kerajaan 1 penggal... nanti ade mahacai bodoh tu kutuk lebai bagai.. ...
Kalau ph tumbang parti yg paling berpotensi terkubur ialah amanah sbb keahliannya yg agak kecil berbanding yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah najib telah menjadi dirinya sendiri?
Dulu nk kene ikut ckp wife la..bomoh lg..kerja2 office lagi..stress smpi xleh tidur.. |
|
|
|
|
|
|
|
tukang pacak bendera DAPee? awat gobind tak layan whatsapp hang dah ka? hang mintak password unifi free dia tak bagi ka? wakakakakkakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
yang miskin terus miskin yang kaya terus mengaut kekayaan sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
CharlesDera replied at 18-1-2019 02:27 PM
tukang pacak bendera DAPee? awat gobind tak layan whatsapp hang dah ka? hang mintak password unifi f ...
klau bn menang pun mmg tmpt die pun.... klau kalah tu malu... - mahacai gemok
tlg simpan skrip ni haha |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik la najib bossku
orang2 yg terfitnah oleh kaki fitnah, pasti tuhan angkat darjat mereka.
yg buat fitnah, jawab la kat sana nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
DSN adalah satu satunya PM yg mendalami hati rakyat terutama di pendalam & org sabah dan sarawak.....sekarang dah tak jadi PM ..lagi lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam agama gereja anutan bodolgemok ada ka alam di sana nanti.....wakakakakkakakaka
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak kut, yg pasti sidodolgumuk tu kelahiran kali ke4 kali ni, jadi orang.
masa kelahiran kali ke3, dia dilahirkan sebagai kunang kunang
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... aku rasa betul la... orang memang sangat menyampah dengan Rosmah. Dgn DSN ni lite2 aje... Ni Nek Ros dok umah memasak je.. bersihla sikit imej DSN.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|