CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2845|Reply: 22

[Tempatan] 'Kemarau' ikan

[Copy link]
Post time 18-1-2019 03:44 PM | Show all posts |Read mode
'Kemarau' ikan

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/413371/kemarau-ikan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 10:00 AM

Helmy Abd RahmanShamsul Munir SafiniMahaizura Abd Malik dan Noorazura Abdul dan Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Harga lima jenis ikan utama di pasar beberapa negeri mengalami kenaikan ketara sejak bulan lalu berikutan kekurangan bekalan atas faktor cuaca.


Tinjauan Harian Metro di pasar dan jeti pendaratan ikan di ibu negara, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu mendapati harga hidupan laut itu tidak menentu, malah ada spesies ikan mengalami kenaikan tiga kali ganda.


Di Kedah misalnya, harga ikan kembung naik mendadak daripada RM4 sekilogram kepada RM12 hingga RM15 sebelum ini.


Begitu juga dengan ikan pelaling yang mengalami kenaikan harga daripada RM18 kepada RM20 sekilogram, selayang (RM10 kepada RM15 hingga RM18), bawal emas (RM25 kepada RM28) dan udang harimau naik RM75 daripada RM65.


Peraih ikan di jeti Kuala Muda, Butterworth, Pulau Pinang pula mendakwa kenaikan harga ikan turut berkait dengan kedatangan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.



Di ibu negara, peniaga mendakwa harga ikan memang sudah berada pada paras tinggi untuk tempoh agak lama sebelum ini.


“Harga ikan mahal sebab bekalan kurang akibat ribut dan bulan terang, jadi kita ambil bekalan ikan beku dari Thailand dan Indonesia,” kata Faridzawan Abd Rashid, 24, peniaga ikan di Pasar Chow Kit, semalam.


TINJAUAN harga ikan berikutan kerajaan melarang mengeksport ikan Kembong, ikan selar dan ikan pelaling di Pasar Chow Kit.


Peniaga itu memberitahu, harga ikan tidak menentu sejak empat minggu lalu disebabkan faktor cuaca.


“Harga ikan memang tak boleh dikawal kerana ikut musim cuaca.


“Kalau cuaca tidak elok, tangkapan berkurangan,” katanya.


Tinjauan Harian Metro mendapati harga ikan seperti selar hijau dijual pada RM26 sekilogram (kg), selar kuning (RM14), kembung (RM22), pelaling (RM22), selayang RM12 manakala bawal putih (RM40), bawal hitam (RM36) dan bawal emas (RM36).



Faridzawan yang berpengalaman lapan tahun dalam perniagaan itu mengakui, mereka terpaksa menjual sumber protein itu dengan mahal kerana mengikut harga pembekal.


“Kami terpaksa jual ikut harga orang tengah (pemborong). Kalau untung pun cuma RM2 ke RM3 sekilogram. Ada kalanya kami terpaksa menanggung kerugian kerana sudah mengeluarkan modal lebih,” katanya.


Sementara itu, harga ikan di sekitar Sentul, Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur dilihat lebih murah dan normal.


Ikan selayang dijual pada harga antara RM8 ke RM10, selar (RM9 ke RM14), kembung RM10 ke RM16, pelaling (RM7 ke RM10) dan bawal (RM16 ke RM20) masing-masing mengikut jenis, saiz dan gred.


PENIAGA ikan di Seberang Kota, Kuala Kedah menjual beberapa jenis ikan saja berikutan bekalannya berkurangan.


Peniaga ikan Pasar Borong Selayang, Zakaria Mohd Yahya, 40, berkata, harga berkenaan sudah kembali normal berbanding seminggu lalu.


“Ini harga paling rendah dan berpatutan. Seminggu lalu, ikan kurang kerana nelayan tidak turun akibat faktor cuaca buruk seperti angin kuat dan hujan.


“Jadi kita terpaksa ambil ikan import dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Myanmar bagi menampung tangkapan di perairan negara seperti di Kuala Selangor, Pantai Timur, Pulau Ketam, Sekinchan dan Selat Melaka,” katanya.


Katanya, mereka masih cuba meletakkan harga ikan berpatutan kerana tidak mahu membebankan pelanggan tetap yang biasanya beli bahan basah itu pada kuantiti sedikit.


“Kita kekalkan harga. Kalau ambil dari pemborong mahal, kita jual mahal sedikit saja daripada biasa.


“Dapat untung dalam RM1 sekilogram okey lah.


“Kita tak boleh tekan harga sangat kerana pelanggan kami kebanyakannya orang biasa, bukan berniaga (beli pukal),” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 03:49 PM | Show all posts
esok pi pasau nk tgk rege ikan

beli sikit2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:51 PM | Show all posts
bukan negeri Penang di bawah DAPee harga barang semua murah ka...wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:58 PM | Show all posts
ikan dok ada billion2 ekor pun maheiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 18-1-2019 03:51 PM
bukan negeri Penang di bawah DAPee harga barang semua murah ka...wakakakakakkakaka

skrg baru la sembang psl permintaan dan penawaran... baru ikut konsep ekonomi haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku pun complain ikan takde, harga mahal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 04:00 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 18-1-2019 03:58 PM
skrg baru la sembang psl permintaan dan penawaran... baru ikut konsep ekonomi haha

zaman kerajaan terdahuluuuuuu tu semuanya tipu...hang sembang la segala faktor ekonomi...depa tak percaya tu......ghapla la depa ahcai2 pakatan haramjada ni...wakakakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 07:48 PM | Show all posts
aku makan ikan kembong je. ikan lain 4 bulan sekali boleh la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nyaaa. dulu mampu jgk makan ikan bawal.  sekarang dh dibawah ph mampu beli ikan kembong je. itu pun bergilir dgn tempe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:48 PM | Show all posts
kembung pun mahai skg ni... mampu beli ikan sardin aje... tu pun tgk gak.. kalau yg putih mahai RM1 dari yg hitam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:17 PM | Show all posts
Ikan belaan kolam naik harga gak ka?....


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan kolam apa dibagi makannan sampah ka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai teringat pesta sardin run setahun stock sardin kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terang2 peniaga sendiri dah cakap harga ikan tak boleh nak kawal sebab ikut musim cuaca... masih ada yang dok kaitkan dengan kerajaan... bodoh tuh percuma.. tapi jangan beli semua kasi habis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 19-1-2019 12:23 AM
cHimo replied at 19-1-2019 12:00 AM
Terang2 peniaga sendiri dah cakap harga ikan tak boleh nak kawal sebab ikut musim cuaca... masih ada ...


sejak bn perintah dulu pun pembangkang
gigeh kaitkan dgn kerajan. dah tukar gomen ph boleh plk terima alasan alasan lojik yg bn bagi dulu.ke selama ini memang bodoh sekarang baru nak belajar cerdek.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikan selar rm20 sekilo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kira murah la jugak
byangkn malaysia terletak di mongolia
xde laut
pasti harga 500x ganda
bercukurla
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Crabstick berapa ringgit sekilo?

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 19-1-2019 12:16 AM
sejak bn perintah dulu pun pembangkang
gigeh kaitkan dgn kerajan. dah tukar gomen ph boleh plk  ...

kan dah kata skrg bleh plak cite faktor cuaca bagai... pdhl menda sama je
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bini aku santai2 jerk beli tenggeri 24 hinggit sekilo  .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.073981 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list