CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 3

[Tempatan] Mulianya hati abang polis...

[Copy link]
Post time 18-1-2019 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Mulianya hati abang polis...

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413448/mulianya-hati-abang-polis

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 1:15 PM

Mary Victoria Dass
maryvictoria@nstp.com.my


ANGGOTA MPV membantu pasangan Orang Asli yang menaikki motosikal ketiak hujan lebat berhampiran Kangkar Pulai.  FOTO Ihsan PDRM.

KERETA peronda polis yang berhenti di tepi jalan kerana disangka mahu menyaman motosikal yang dinaiki empat Orang Asli sekeluarga, tular apabila anggota polis terbabit sebenarnya mahu menolong keluarga itu yang membonceng motosikal dalam hujan lebat.

Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri itu mendapat perhatian masyarakat yang memuji tindakan murni membantu mereka yang memerlukan bantuan


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, tindakan anggota MPV itu menjadi antara teladan baik.


Katanya, tanggungjawab polis bukan setakat menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat serta negara malah prihatin serta bersedia membantu penduduk yang dalam keadaan memerlukan.


Beliau berkata, dalam kejadian berlaku petang semalam, beberapa anggota berkenaan terserempak dengan suami isteri Orang Asli bersama dua anak berusia setahun tujuh bulan dan tiga tahun membonceng motosikal dalam keadaan hujan lebat berhampiran Kangkar Pulai, dekat Iskandar Puteri.


“Mereka yang melihat kesulitan dialami keluarga berkenaan terutama mengambil kira keselamatan kanak-kanak, mengambil keputusan menawarkan bantuan untuk menghantar ibu serta dua orang anak mereka ke rumah terletak di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah.


“Setiap masyarakat kami anggap sebagai ahli keluarga dan dalam situasi seumpama ini, apa salahnya anggota polis membantu. Memang sikap berkenaan kami ingin tanamkan dalam kalangan anggota polis,” katanya.


Bantuan diberikan anggota polis berkenaan menjadi perhatian ramai apabila tersebar di media sosial sejak petang semalam.

Menerusi gambar yang tersebar, kelihatan ibu mendukung anaknya selain terdapat seorang kanak-kanak yang turut bersamanya dan suaminya.


Turut kelihatan gambar anggota polis membuka pintu kereta peronda bagi membolehkan tiga beranak berkenaan menaikinya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 07:46 PM | Show all posts
terima kasih abam polis... diorg berenti sebab nampak anak kecik. kebetulan pulak rupanya keluarga orang asal
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 07:55 PM | Show all posts
Terima kasih banyak Abang Polis. Lampu yang menerangi suasana gelap
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Good job
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059217 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list