CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 0

[Tempatan] Ajarlah saya Bahasa Melayu!

[Copy link]
Post time 18-1-2019 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Ajarlah saya Bahasa Melayu!

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413486/ajarlah-saya-bahasa-melayu

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 January 2019 @ 3:31 PM

Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@nstp.com.my.


Ahli JKP Miri berbincang dengan penghuni rumah yang didatangi remaja lelaki berkelakuan pelik.  FOTO Ihsan JKP.

REMAJA lelaki berkelakuan pelik apabila membuka tingkap dan memaksa penghuni rumah yang tidak dikenali itu mengajarnya Bahasa Melayu di sebuah rumah di Luak, Miri pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, remaja lelaki berusia 13 tahun itu secara tiba-tiba membuka tingkap rumah penduduk menyebabkan penghuni rumah terkejut.


Ketua Sukarelawan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri, Malateh Mahmud berkata, remaja itu kemudian memberitahu mahu berjumpa anak perempuan pemilik rumah untuk belajar Bahasa Melayu.


Menurutnya, penghuni rumah kemudiannya meminta remaja itu pulang, bagaimanapun remaja terbabit enggan dan terus memaksa penghuni rumah ‘menerimanya’.



“Bimbang dan pelik dengan sikap remaja itu, penghuni menghubungi ahli JKP meminta bantuan namun remaja terbabit didapati sudah beredar,” katanya.


Berdasarkan keterangan penduduk, remaja itu pernah dilihat memanjat pagar rumah berkenaan malah beberapa pakaian dalam penghuni juga dilaporkan hilang.


“Laporan polis sudah dibuat penghuni rumah terbabit di Balai Polis Pusat Miri sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.229391 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list