CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 7

[Tempatan] Persatuan pencetak bidas kerajaan, i.e. Kementerian Kewangan, beri projek buku t

[Copy link]
Post time 18-1-2019 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-1-2019 08:13 AM

Persatuan pencetak bidas k'jaan beri projek buku teks guna rundingan terus

https://m.malaysiakini.com/news/460741

Faisal Asyraf
18 Jan 2019, 2:44 tengahari (Dikemaskini 18 Jan 2019, 2:44 tengahari)




Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia mempersoalkan keputusan Kementerian Kewangan meluluskan pengambilalihan buku teks melalui rundingan terus.


Persatuan itu mendakwa pengambilalihan pencetakan buku teks bagi program dwibahasa (DLP) diberikan kepada penerbit awam dan bukannya pencetak.


Dalam kenyataan 13 Jan lalu, Kementerian Kewangan menyatakan bahawa kelulusan khas bagi pemerolehan buku teks September tahun lalu adalah bagi memenuhi keperluan pelajar dalam tempoh yang segera.


Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan sudah mempertimbangkan permohonan daripada kementerian lain atau agensi yang mempunyai keperluan mendesak untuk dilaksanakan melalui rundingan terus untuk proses pemerolehan.


Bagaimanapun, 16 Jan lalu, Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan yang berkata buku teks, termasuk bagi subjek Matematik dan Sains tingkatan 3, akan dibekalkan dan diedar pada Mac dan bukannya Januari.


Presiden persatuan itu, Muhammed Farhan Basheer menyorot keputusan kementerian itu dan berkata ia telah menyebabkan kelewatan pengedaran buku teks berkenaan.


"Apa pun alasan yang diberikan, Kementerian Kewangan seharusnya membuat tender terbuka dan bukannya rundingan terus bagi mengelakkan ia diberikan kepada kroni atau pihak yang tidak layak.


"Untuk apa syarikat bumiputera mengeluarkan banyak modal untuk membeli peralatan mencetak jika hak mereka dinafikan?" kata Farhan pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Farhan juga mempersoalkan sama ada berlaku kronisme dalam kerajaan.


"Persoalan yang perlu dijawab adalah kenapa projek itu diberikan kepada penerbit dan bukannya kepada ahli persatuan? Adakah penerbit mempunyai kemampuan membuat cetakan dalam skala besar?


"Adakah wujud kronisme dalam kerajaan?" soalnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 04:27 PM | Show all posts
mau projek kalu, undi PH la

ini tarak undi lagi mau projek juta juta

kau tak tahu ke berapa ramai jerung tgh main golf dalam pejabat semata2 dgn undi PH je


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:01 PM | Show all posts
itu la gunanya persatuan.
kami ni pun ada persatuan, kena jadi ahli dulu baru boleh dpt job
aku paham sebab nak jaga business local dan berlaku adil kat semua sykt.
kalau tak pasal persatuan ni, habis la dapat kat org luar.  sykt luar ni dah la modal besar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:15 PM | Show all posts
mmg masalah betul la buku teks form 3 DLP. budak lahir 2004 dari darjah 1 masalah buku teks lambat
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:33 PM | Show all posts
mungkin tender ternganga dah tak teluih kot.....wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ni semua salah limguanjeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah...  Klu BN yg buat cepat jer tuduh rasuah

Klu PH yg buat ialah kerana keperluan mendesak & segera..   This is kepala bana
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 18-1-2019 05:15 PM
mmg masalah betul la buku teks form 3 DLP. budak lahir 2004 dari darjah 1 masalah buku teks lambat:h ...

Chaitt  ... Direct tender ni. Klu BN yg buat terus kena cop rasuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064192 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list