CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 18

[Dunia] Pertama kali dalam sejarah pakatan AS-UK di Laut China Selatan

[Copy link]
Post time 18-1-2019 04:21 PM | Show all posts |Read mode



Latihan ketenteraan AS-UK di Laut China Selatan ini baru sahaja berlangsung dari 11 hingga 16 Januari 2019. - Foto REUTERS




1. Tidak sampai sebulan kerajaan United Kingdom (UK) mengisytiharkan rancangan untuk menubuhkan pangkalan tentera di Asia Tenggara, hari ini dilaporkan bahawa tentera laut UK telah mengadakan latihan ketenteraan bersama tentera laut Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya di Laut China Selatan.

2. Latihan ketenteraan AS-UK di Laut China Selatan ini baru sahaja berlangsung dari Jumaat 11 Januari dan berakhir pada Rabu 16 Januari 2019. Latihan selama enam hari itu melibatkan Kapal Pemusnah berpeluru berpandu USS McCampbell milik Tentera Laut AS dan Kapal Frigate HMS Argyll milik Tentera Laut Diraja UK.

3. Perlu ditekankan bahawa kapal Pemusnah USS McCampbell inilah yang baru-baru ini berlayar melalui 12 batu nautika di Kepulauan Paracel yang dituntut China, Vietnam dan juga Taiwan dalam operasi kebebasan pelayaran (Freedom of Navigation) mereka. Insiden pada awal tahun 2019 ini tentu sekali telah mengundang penerusan ketidakstabilan di Laut China Selatan dengan reaksi agresif China.




4. Kedua-dua kapal perang AS dan UK ini telah menjalankan latihan yang melibatkan komunikasi, taktik-taktik ‘division’, dan juga pertukaran para pegawai yang direkabentuk bagi kesiapsiagaan keutamaan keselamatan maritim serta menambahbaik ‘saling-kendali’ (interoperability).

5. Pada Ogos 2018, satu lagi kapal penyerang amphibious British, iaitu HMS Albion turut berlayar hampir dengan gugusan kepulauan Paracel yang sama dilalui kapal Pemusnah USS McCampbell ini. Kelihatan jelas bahawa pola pakatan AS-UK ini akan diluaskan dari semasa ke semasa di Laut China Selatan seperti mana yang saling diakui antara pegawai pemerintah Kapal Pemusnah USS McCampbell, Allison Christy dan juga pegawai pemerintah Kapal Frigate HMS Argyll UK, Toby Shaughnessy.



6. Peningkatan kekerapan pelayaran dan latihan ketenteraan laut AS di Laut China Selatan ini menepati ‘grand strategy’ Washington untuk mengekang China. Berbanding UK yang baharu menyertai pakatan Amerika di Laut China Selatan ini, tahun 2018 menyaksikan beberapa kuasa lain turut menyertai kempen Washington seperti Australia, Perancis, dan Jepun.

7. Walau bagaimanapun, ‘kemaraan’ UK ini adalah berbeza dengan kehadiran Jepun, Australia, dan Perancis pada 2018. Berbeza dengan Australia (yang sekadar mengirim dua kapal frigate mengiringi kapal penggantian mereka yang belayar ke Vietnam pada April 2018), Perancis (yang mengirimkan kapal penyerang Dixmude dan sebuah frigate ke Kepulauan Spratly pada Mei 2018), dan Jepun (yang mengadakan latihan ketenteraan melibatkan sebuah kapal selam, dua kapal pemusnah, dan sebuah kapal pengankut helikopter pada September 2018), UK jelas memiliki perancangan jangka panjang yang dijangka tidak membantu ke arah kestabilan di Laut China Selatan.


8. Setiausaha Pertahanan UK, Gavin Williamson beberapa minggu lalu dalam temu bual bersama The Sunday Telegraph pada 30 Disember 2018 secara terbuka mengisytiharkan bahawa UK merancang untuk membina pangkalan tentera di Asia Tenggara dan Caribbean – secara khusus beliau menyebut kemungkinan membuka pangkalan berkenaan di Singapura dan Brunei.

9. Laporan tersebut yang bertajuk “Britain to become 'true global player' post-Brexit with military bases in South East Asia and Caribbean, says Defence Secretary” ini menjelaskan fokus utama UK pasca-Brexit yang akan berlangsung pada Mac 2019 nanti. Ringkasnya, sebaik sahaja keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), UK ingin ‘kembali menjadi kuasa global’.

10. Adakah China hanya akan berdiam diri dengan kesemua perkembangan rancak pakatan ketenteraan Washington ini? Beberapa kenyataan pemimpin tertinggi kerajaan dan juga angkatan tentera China jelas mencerminkan betapa mereka tidak akan hanya berpeluk tubuh melihat peluasan kuasa mereka dikekang secara besar-besaran di halaman perairan mereka sendiri.

11. Laksamana Lou Yuan beberapa minggu lalu memberi amaran secara terbuka bahawa China boleh menghadang kemaraan Amerika (khusus dalam konteks di Laut China Timur) dengan “menenggelamkan dua buah kapal pengangkut pesawat AS”. Laksamana Lou Yuan yang juga merupakan Timbalan ketua Akademi Sains Ketenteraan China itu selanjutnya mengatakan bahawa langkah sedemikian bakal mengorbankan 10,000 kelasi AS dan “ketakutan terbesar AS adalah berhadapan dengan kematian”.






12. Amaran Laksamana Lou Yuan ini adalah cukup mengejutkan kerana secara konvensionalnya, sebarang tindakan menyerang – apatah lagi menenggelamkan – kapal pengangkut pesawat negara lain ialah isyarat permulaan perang secara besar-besaran. Realiti yang tidak boleh dipandang enteng ialah hakikat bahawa China sememangnya kini memiliki senjata peluru berpandu ‘hypersonic’ yang berupaya diubahsuai menjadi senjata pemusnah kapal (anti-ship weapons) untuk menjalankan serangan sedemikian – meski pun belum pernah teruji di medan peperangan yang sebenar.

13. Kedudukan geografi Taiwan – kepulauan yang menjadi fokus tarik-tali antara China dengan kuasa Barat yang cuba mendukung kedaulatan dan kemerdekaannya – menambah bahang di Laut China Selatan. Taiwan sendiri menguasai satu kepulauan besar di Laut China Selatan iaitu Pulau Itu Aba.



14. Kemuncaknya tentulah amaran keras daripada Presiden China Xi Jinping sendiri dalam ucapan 40 Tahun “Mesej kepada Warga se-Negara di Taiwan” beliau pada 2 Januari lalu bahawa penyatuan Taiwan ke dalam China “mesti dan akan” berlaku. Sekitar Jun 2018, tersebar idea bahawa Taiwan mungkin akan menjemput AS untuk mewujudkan pangkalan tentera di Pulau Itu Aba di Laut China Selatan.

15. Bagaimana pula dengan pendirian kita di Malaysia? Kerajaan Pakatan sejak mengambil alih tampuk kekuasaan pada 9 Mei 2018 jelas mengatakan bahawa Laut China Selatan seharusnya dibebaskan daripada kehadiran kapal-kapal tentera. Namun berdasarkan perkembangan ketegangan geopolitik semasa – peningkatan mendadak kehadiran angkatan tentera laut AS, UK, Perancis, Jepun, dan Australia di Laut China Selatan di samping pemodenan berterusan angkatan tentera China – pendirian kerajaan ini seolah-olah ‘mencurahkan air ke daun keladi’.

16. Maka Putrajaya perlu mempertimbangkan untuk merelakan – bahkan mungkin meraikan – berlangsungnya konsep ‘pengimbangan kuasa’ (balance of power) dan ‘pengimbangan ancaman’ (balance of threat), lalu tidak lagi mempertahankan retorik Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN) kerana dualisme sedemikian akan mengundang pelbagai implikasi 'inconsistency' negatif masa depan lalu menggugat kredibiliti negara yang merupakan aset di persada antarabangsa.



17. Kedua, jika benar Putrajaya merancang untuk meraikan keberlangsungan ‘pengimbangan kuasa’ (balance of power) dan ‘pengimbangan ancaman’ (balance of threat) di Laut China Selatan, maka Putrajaya perlu menyeru negara-negara di rantau Laut China Selatan agar tidak selektif membenarkan hanya kuasa pro-Amerika sahaja seperti UK atau Jepun atau Australia atau Perancis untuk hadir sebagai kuasa pengimbang.

18. Langkah sedemikian akan menjerat kita sebagai negara kecil di kaki simpati satu dua kuasa besar sahaja, seperti mana tragedi yang banyak terjadi dalam hubungan negara kecil-negara besar (rujuk karya sarjana seperti Robert Keohane dan juga John J. Mearsheimer). Maka negara kuasa besar dan kuasa pertengahan lain juga perlu diundang – seperti Rusia dan Turki untuk memecah risiko ‘kebergantungan’ ini.

19. Ketiga, dalam keadaan semasa Laut China Selatan yang sudah dipenuhi (overcrowded) kehadiran kuasa-kuasa besar, langkah memesatkan segera integrasi Komuniti ASEAN perlu dijadikan prioriti. Buat masa ini, ASEAN memiliki mekanisme seperti ASEAN Defense Minister Meeting (ADMM) dan juga ADMM Plus bersama lapan ‘rakan dialog’: AS, Australia, Jepun, Korea, India, New Zealand, Rusia, dan China.

20. Implikasi kepada negara-negara Asia Tenggara juga tidak kurang hebatnya. Kesatuan ASEAN sama sekali tidak sekuat Kesatuan Eropah (EU). Langkah merelakan pendekatan ‘pengimbangan kuasa’ (balance of power) dan ‘pengimbangan ancaman’ (balance of threat) di rantau Laut China Selatan turut mengundang persaingan sesama negara-negara ASEAN yang memiliki tuntutan bertindih di sana.

21. Situasi hari ini tidak akan selama-lamanya kekal seperti hari ini. Kebangkitan arus populisme haluan kanan di Eropah tidak mustahil menular di Asia Tenggara pula dan tuntutan wilayah di Laut China Selatan – khususnya antara Malaysia, Vietnam, Filipina, dan Brunei – akan berlanjutan menjadi perlumbaan senjata (arms race).

22. Tentulah, pendekatan sebegini jika tidak diurus secara bijaksana, dan jika ASEAN gagal menjadi peneraju, maka semakin banyak negara yang akan hadir dengan aset ketenteraan mereka, maka akan semakin tinggi jugalah risiko ketegangan untuk meningkat. Maka langkah ini – ‘pengimbangan kuasa’ (balance of power) dan ‘pengimbangan ancaman’ (balance of threat) – jika disepakati untuk diterima dan dilaksakana, ia akan meningkatkan – bukan mengurangkan – risiko perang dan pertembungan di Laut China Selatan.

23. Perang pernah meletus di Laut China Selatan antara China dan Vietnam pada 1974 dan 1988, dan banyak korban pernah terjadi dari semasa ke semasa termasuklah dalam pertembungan Amerika-China pada 2001 dan China-Filipina. Maka ia sama sekali tidak mustahil untuk kembali meletus dalam skala yang lebih besar dalam keadaan semakin banyak kuasa asing yang 'masuk ke gelanggang' di rantau kita ini pada hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sangat dengar komen/amaran/polisi dari Menteri Pertahanan Mat Sabu. Dah lama sangat diam...... inilah masa nak tengok kecerdikan Mat Sabu dalam konfliks pertahanan antarabangsa. Tun M bolih rehat....biar Mat Sabu buka mulut. Mungkin dengan kebolihan memasaknya...... kuasa2 besar semua akan aman2 je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka china...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang mengharapkan kuasa asing masuk campur tapi khuatir kesan negatif kpd negara2 dirantau ini. Kalau tension sangat pelabur2 pon lari. Dan negara2 Asean akan mula bersaing dan bermusuh utk klaim kawasan masing2 di spratly
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 18-1-2019 04:56 PM
Memang mengharapkan kuasa asing masuk campur tapi khuatir kesan negatif kpd negara2 dirantau ini. Ka ...


Tanpa us-uk pun rantau ni x akan stabil ngam china acah2 big bro....

ASEAN dorg selesai ngan rundingan..banding china yg angkuh tu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 18-1-2019 04:59 PM
Tanpa us-uk pun rantau ni x akan stabil ngam china acah2 big bro....

ASEAN dorg selesai ngan  ...

Cakap senang. Bila China mula buat hal, semua gelabah. Yg kena dan terkesan negara2 serantau lah.

Itu China. Negara2 Asean pon akan buat hal jugak.

Yg penting, aman dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 18-1-2019 05:18 PM
taikor replied at 18-1-2019 05:05 PM
Cakap senang. Bila China mula buat hal, semua gelabah. Yg kena dan terkesan negara2 serantau lah.
...


China la yg buat rantau ni x aman..
Slama ni mmg asean pun brebut dlm tuntutan..dh bbelas tahun..tp xde tyuding bw senjata.... xde la teruk mcm china... Bw kapal perang nk ugut negara asean

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:16 PM | Show all posts
bagus la, tunjuk kat china , jangan bagi dia besar kepala.
I think TDM pun sangat setuju, tak seperti PM yang terdahulu, bagi muka lagi sampai Beting patinggi Ali pun kena sailang .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 18-1-2019 05:16 PM
bagus la, tunjuk kat china , jangan bagi dia besar kepala.
I think TDM pun sangat setuju, tak sepe ...

Klu x silap ak..ada psetujuan dikal negara asean..utk wujudkan kjsama utk majukan pulau btindih..xhina yg dtg kacau bw senjata bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 05:29 PM | Show all posts
batu kikir replied at 18-1-2019 04:49 PM
Nak sangat dengar komen/amaran/polisi dari Menteri Pertahanan Mat Sabu. Dah lama sangat diam...... i ...




bukan ke dulu mat sabu cakap komunis pejuang yang sebenar?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 05:34 PM | Show all posts
taikor replied at 18-1-2019 04:56 PM
Memang mengharapkan kuasa asing masuk campur tapi khuatir kesan negatif kpd negara2 dirantau ini. Ka ...



ini buku jumpa ruas. kalau perang meletus pasti satu rantau asean kena tempias...



Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendirian Malaysia adalah makan popcorn sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 10:44 PM | Show all posts
kapir semua tu... bukan dapat pahala pun sokong mana2...

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hore.,..Mana Eli nak hendak kembali melindungi anak-anak asuhannya terhadap ancaman China... Sebagi rasa terima kasih...mungkin kita boleh mengirim  brigadir tenteram Diraja Melayu untuk menjadi penjaga istana Buckingham London pagi,  siang  dan malam....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap uk jajah balik malaysia lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tunggu dan lihat episod seterusnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ni article sokabar ke from blog? sapa yg tulis?

selalu mcm ni... share takde sumber..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Versi junior PUBG siap siaga untuk standby

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah Korea Utara & Rusia akan memihak kepada Cina ?

Malaysia buat apa? Duduk memerhati je la nak tunggu sokong siapa yang menang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068673 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list